klik2..

Monday, May 31, 2010

Lama plak tak menulis...

Salam all,

hmmm.. these few days tak rasa bape sihat dan mood menulis takde.. tapi sempat ler gak siapkan hubby nyer handphone casing ngan gi convo nur... pic??.. lom ada mood lagik nak upload.. anyway.. memalam buta nih sambil makan cocoa crunch, aku surf cari idea nak wat pape.. jumpa plak tutorial kat bawah nih.. kiv dulu.. tgh ada perancangan nak update blog... nanti ler.. dengan keje yang banyak kat opis dan 36 minggu nih.. hmmm beratnya rasa...

Tutorial - How to Make a Felt Clutch or Cosmetic Bag
http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5111246843707874523

ok... chow dulu...

Tuesday, May 25, 2010

Koleksi Felt - Pengenalan - DISKAUN!

Salam all,

Ni ler koleksi felt yang aku ada..


Sekiranya ada yang berminat aku boleh supply felt ni.
Saiznya ±12'x12'.. aku jual dengan harga RM X.XX sekeping. Ada dua jenis, yang keras dan lembut. Kalau berminat leh email kat aku mamamirza79@yahoo.com. Kalau ada yang bagi feedback nanti aku letak kod untuk setiap color.. takpon tinggalkan je comment kat sini.. cuma delivery charges korang kena tanggung sendiri.. leh pilih pos express atau pos laju.. kalau banyak aku leh bagi DISCOUNT.. no prob..

nanti aku update lagi..
chow..

Jenis-jenis Inner

Salam all..

Macam yang aku pernah tulis sebelum ni, aku mmg jenis yang suka pakai tudung dari jenis syria tuh.. Dan untuk pengetahuan, terdapat beberapa jenis inner yang berbeza.. Dalam koleksi aku pon byk yang berlainan.. Skang aku dalam proses wat inner nih... takdelah susah sangat.. dan jumlah kain yang digunakan bergantung samada ia selapis atau dua...

Yang kat atas ni dua kaler. Pada bahagian belakang dia siap ada tali untuk tutup bhgn belakang.. so rambut tak terkeluar..

Yang ni plak ada 3 kaler.. dan nipis je..

Yang ni dua kaler dan boleh disesuaikan ikut warna tudung atau shawl luar. Dua lapis dan boleh terbalikkan..

Yang last ni inner yang aku pakai untuk tutup leher biler aku pakai shawl nipis. Mula-mula aku pakai inner mcm kat atas.. pilih kaler sesuai dgn shawl.. pastu pakai inner cover leher yg hitam ni... last baru aku belit shawl..

Tu ler antaranya.. tutorial untuk buat beberapa jenis inner akan menyusul kemudian..
Chow..

Sunday, May 23, 2010

Hadiah untuk Teacher Akif

Salam all,

semalam tadika akif ada buat teachers day.. so sempat ler aku siapkan gift cikgu dia.. walaupon niat asal nak wat 6.. untuk semua cikgu yang keje situ.. tapi tiga je yang sempat.. so bagi cikgu yang ajar dia jelah...

Thanks a lot Teacher Shanti, Teacher Lia and Teacher Habibah.. memang besar kesannya apa yang diorang ajar.. memang nampak ler diorang ajar dengan bersungguh²... Ni ler bookmark yang sempat aku siapkan...

Aku gabungkan foam sheet dengan felt.. hehe.. bolehlah..

Nanti nak nulis panjang lagik.. siapkan laundry jap.. hehe..

Chow..

Saturday, May 22, 2010

Tips Untuk Menjahit Tudung

Salam all,

rasa terpanggil untuk menulis selepas pelbagai kesukaran yang aku hadapi untuk jahit tudung ikut suka aku sendiri.. ditakdirkan atas beberapa sebab aku tak bape suka nak pakai tudung² berawning yang banyak dijual bersepah² kat kedai.. minat aku lebih pada tudung syria dan shawl.. masalahnya.. bila aku cari kain lycra/jersey tuh (dah jumpa kat Casa Moda or Nagoya..)dan bila aku dah beli.. nak menjahitnya Allah saja yang tahu...

pelbagai kesukaran aku tempuhi.. maklumlah.. aku bukannya jenis yang nak berbisnes bagai.. mesin jahit pon jenis Singer yang paling murah masa aku beli tahun 2008 tuh.. aku gunakan Singer model 8280.. part paling kritikal untuk jahit tudung idaman aku ialah nak jahit bahagian tepi dengan cantum tudung tuh.. sbb kalau aku guna jarum biasa memang jahitan tak cantik dan tak lekat sempurna.. mulalah aku google ke sana sini nak dapatkan tips terbaik untuk aku jahit..

Hasil yang aku dapat:
1) Gunakan jarum emas - untuk pengetahuan, jarum emas ni pon ada beberapa saiz dan tak semua sesuai untuk jahit tudung.. sabar jelah.. tak berjaya aku gunakan jarum ni.. macam² jenis aku beli.. tapi still tak dapat jahitan yang kemas..
2) Hem foot - untuk jahit bahagian tepi tu ada plak yang suggestkan gunakan hem foot.. melilau plak aku gi carik.. malangnya.. kurang sesuai untuk kain yang licin.. kalau sekadar jahit cotton memang boleh cantik untuk buat lipatan tepi.. tu pon kena banyak praktis..
3) Gunakan twin needle - Alhamdulillah.. bagi aku ni adalah solution terbaik.. leh je aku jahit dengan kemas.. dan lekat sempurna.. cuma kat seremban ni aku cuma jumpa twin needle yang saiz 2mm je.. so belum betul² perfect.. tapi ok ler.. dah ada inner, inner shawl + tudung luar syria aku yang siap... suka².. best sangat aku rasa.. isnin ni aku menunggu plak Qaseeh poskan aku nyer twin needle 4mm.. sesiapa yang rasa² dah try banyak menda tuh leh ler cuba pakai ni...

Ni ler hasilnya.. cuma kalau guna yang lebih besar saiz dia lebih cantik ler..
Bahagian depan (atas)

Bahagian belakang (bawah)

Harap² membantu.. pernah aku merasai kesukarannya semoga insan lain tidak mengalaminya.. Lupa plak.. mana nak dapatkan twin needle ni.. lepas aku google² aku dapati jarum tuh boleh didapati di Bunga Juta (kedai ni sederet Gulatis kat Jalan TAR).. aku pon tak pernah pegi.. kirim kat sis in law aku tapi tak sempat lagi dia nak gi.. kedai ni jual barang kawin.. kalau dok area KL try ler carik.. tapi aku tak sure ler kot² abis stok ker.. atau dah tak jual.. hehe..

Cukup ler aku bebel.. nanti aku sambung lagik.. nak buat tutorial untuk jahit bengkung tuh.. pastu cara nak jahit inner dengan tudung syria.. nanti ler.. rehat² dulu...

Chow..

Friday, May 21, 2010

Giveaway dari PUTRI ROH...

Salam,

as usual.. banyak blog aku surf time hari jumaat nih.. sampai gift utk cikgu akif pon aku tak sentuh lagik... tapi aku tertarik pada giveaway nih.. first time aku join nih.. best gak rasa.. hehe..

Nih dia.. dari PUTRI ROH... nape PUTRI ROH?.. jap lagi aku nak godek blog dia.. baru leh kenal² sket.. hehe...


Rasa² nak buat gak ler macam yang koi buat nih... nak tambah follower gak.. nih 2 org je yang setia.. hehe.. adik ngan hubby aku.. tapi sbb aku wat biler rajin tuh yang aku tak kisah sangat.. tapi bagus gak kalau ramai kawan.. leh share² banyak benda.. especially felt craft ngan tudung.. hehe..

okie ler.. leh klik kat gambar atau PUTRI ROH nih...

p/s kalau menang dah kire sejarah besar dalam hidup aku nih... hahaha...

Chow..

Hujung minggu lepas.. hasil project..

Salam all,

Hihi.. cerita hujung minggu lepas yang baru nak aku tuliskan kat sini... Disebabkan sakit gigi geraham bongsu aku cuti sakit ari khamis... pastu ari jumaat tuh aku still demam.. dek kerana gigi yang aku cabut tuh... sakitnya tak ilang².. sampai demam² ler.. ntah dek kesilapan teknik heboh plak kat matrik (tempat aku keje tuh) kata aku dah bersalin.. dan pelbagai kontroversi timbul.. kuang².. cam orang penting jek.. haha.. sebenarnya bukan sebab aku orang penting tapi sebab ramai yang amik berat dan sayang kat aku nih.. hehe.. betul ke???.. huhu.. ikut suka aku ler...

Ari jumaat tuh mmg aku pulun rehat serehat-rehatnya.. Abang gi tadika dan adik gi taska.. jadi aku pon banyak tido je.. yelah takde ubat tahan sakit dan antibiotik.. Alhamdulillah ditakdirkan ibu yang mengandung tuh diberi lebih kekuatan dari Allah.. tu yang dah rasa sihat hari Sabtunya... Jadi aku mulalah gatal² tangan nak siapkan projek² aku tuh.. Both Mirzas pulak memberikan kerjasama yang baik... asalkan aku dan siapkan makan dan semua yang diorang perlukan...

Nih masa ari ahad... Akif ngan Harraz sibuk main games kat notebook.. lantak ler diorang asalkan tak kacau mama... Nih tengah diskas aper ntah.. time aku snap je diorang bergerak.. tu yang gambar tak cantik.. dah tuh aku amik pakai hp je.. malas nak guna DSLR bagai.. kang sibuk diorang nak tengoklah.. nak posinglah...

Nih ler hasilnya.. Dah siap sarung bantal 2 helai, bolster 2 helai, lampin besar 1 helai, alas tilam 1 dan bengkung.. ntah ler.. kalau aku rajin takyah ler tegur.. hubby aku kata leh jual.. haha.. boleh ker?.. jahit memain jek..

Nih masa jahit bengkung...

Dan ni plak hasilnya.. bengkung untuk lepas bersalin.. Aku nih jenis yang memang berpantang dengan bersungguh².. jadi akan pakai 24 jam sehari 44 hari sepanjang tempoh tuh.. (tolak ler time mandi dan waktu lain yang kurang sesuai) baru aku rasa selesa...

Bengkung camnih dah ada tiga termasuk yang aku baru buat nih... satu kakak aku punya.. time bersalin harraz dulu aku beli gak.. sekali dengan set leesa tuh.. pastu kali nih aku buat pulak.. harap² ok ler biler pakai..

Semalam aku gi Jcard Day Jusco S2.. sempat lagi tuh dengan perut yang dah sarat nih.. last shopping barang baby.. rasa² dah complete.. tinggal nak beli minyak² untuk urut.. aku suka stanby minyak panas.. senang nak sapu².. suma baju bby pon dah basuh.. termasuk baju abang² dia yang aku shopping skalik semalam..

Alhamdulillah.. banyak yang dah selesai...
Chow..

Wednesday, May 19, 2010

Tips Komputer 1

Menyenaraikan semua nama file dalam satu folder ke dalam satu text fail
Cara untuk melakukannya:
1) Pastikan tahu detail path folder terletak di mana. Klik kanan pada folder dan tekan properties. Lihat pada location. Contohnya C:\Documents and Settings\DEWAN KULIAH 2\Desktop
2) Klik pada Start>Run dan taip cmd.exe.
3) Skrin hitam dos akan dipaparkan dan taip cd \ untuk pergi kepada c:\
4) Kemudian taipkan dir C:\“Documents and Settings”\“DEWAN KULIAH 2”\Desktop /b >senarai.txt
5) Sekiranya nama folder mempunyai space contoh Dokumen Saya, gunakan “” iaitu “Dokumen Saya”.
6) Kemudian taipkan exit atau tanda pangkah untuk keluar dari dos command.
7) Untuk melihat semula fail yang telah diwujudkan, pada Windows Explorer lihat pada folder c:/ dan cari fail senarai.txt.
8) Semua nama fail yang ada dalam folder tadi telah dimasukkan ke dalam fail teks ini.
9) Nama fail teks boleh boleh diberikan mengikut keperluan pengguna, tak semestinya menggunakan senarai.txt.

*Since aku buatkan tips ni untuk panduan orang kat opis, aku tepekkan kat sini skalik.. hehe..

Chow..

Saturday, May 15, 2010

Projek aku hujung minggu nih..

Salam all,

biasalah aku time dah rasa sihat sikit... ada beberapa projek yang nak dilaksanakan...
1) jahit kain bedung besar sket untuk bby
2) jahit sarung bantal + alas tilam bby
3) jahit bengkung..
4) siapkan gift untuk cikgu akif...
yang tiga kat atas tuh dah potong.. tinggal nak jahit je.. semoga boleh ler siapkan.. hehe...
gift untuk cikgu akif tuh aku buat guna felt.. tapi lom siap lagi... nih tgh google cara nak guna rolled hem foot tuh.. dah jumpa kat beberapa website... thanks to owner web nih..
http://my.crazyartzone.com/?p=719
http://www.sleepingbaby.net/jan/Baby/hemming.html
dan ada lagi satu yang aku dah tertutup.. nih nak try guna... ok.. gtg.. banyak yang nak dibuat.. few pics akan diletakkan selepas kerja² siap.. hehe..

wish me luck...
-mama dgn perut besar yang tiba² rajin-

Wednesday, May 12, 2010

Tutorial Barut Bayi

Salam all,

ni nak share sikit apa yang aku buat beberapa minggu lepas untuk bby nih.. ntah mengapa ye rajin pulak nak buat sendiri.. walhal untuk abang yang duorang dulu nenek diorang yang buatkan.. aku buat ni ikut keselesaan sendiri.. so kalau rasa ada mana² yang terkurang tu bolehlah adjust ikut keselesaan sendiri.

Cara membuat barut baby

1) Bahan yang digunakan hanyalah kain putih cotton dari jenis yang lembut sikit. Ada juga yang suka gunakan kain flannel yang bercorak².. ni aku ada jumpa kat nagoya.. tapi disebabkan aku jenis yang anggap putih paling sesuai untuk bby aku pon pilih kain cotton ni.. jenis yang biasa untuk buat bju sekolah tu macam agak nipis so aku pilih yang mahal sikit.. Selain tu, aku beli tali putih yang dah siap tuh.. dalam gambar tuh nampak ler.. aku beli kat tesco.. satu gulung dah cukup ler..

2) Mula² potong kain mengikut saiz di bawah. lebihkan sikit untuk jahitan. Garisan di tengah tu ada lipatan. Maknanya barut tu nanti dua lapisan kain ler..

 (sekiranya bby anda dijangkakan besar ->3kg, tambahkan lebar kain jadi 18')
3) Kemudian gunakan ukuran di bawah. Buat satu garisan semi bulatan dan potong mengikut bentuk yang sesuai. Kenapa bahagian ini dibentuk sedemikian rupa adalah untuk memberi ruang pada bahagian punggung bayi untuk mengelakkan terlalu panjang pada bahagian belakang yang boleh menyebabkan terkena najis.

4) Sekiranya dibuka, kain yang telah digunting akan berbentuk seperti di bawah.

5) Untuk tali barut, potong tali siap di kedai mengikut kepanjangan di bawah. Gunakan 6 untuk setiap barut.


 (kalau suka nak ikan reben, panjangkan jadi 12')
6) Pada bahagian luar, jahit tali mengikut ukuran yang diberikan seperti di bawah. Jahit hanya pada satu bahagian kain. Ini untuk mengelakkan jahitan terkena kulit bayi yang sensitif.



7) Terbalikkan kain dan dari bahagian dalam, jahit bahagian tepi barut seperti garisan merah kecuali satu bahgian untuk menterbalikkan kain.

8) Terbalikkan kain dan iron untuk memberi kekemasan sebelum menjahit satu lagi bahagian yang terbuka dari luar. Lengkaplah proses membuat barut.
9) Basuh dengan cecair pencuci yang sesuai sebelum dipakaiankan kepada bayi anda.

Harap dapat membantu bakal ibu yang memerlukan.
Till then..

Friday, May 7, 2010

Diari Aku : Minggu yang sibuk..

Salam all..

beberapa rancangan aku masih tergendala... kesnya.. aku busy giler sepanjang hujung nih dan minggu depan... ari nih dah jumaat.. pagi² dah ada meeting.. sambil² tuh sempat juga aku update sistem untuk pendaftaran esok.. petang ni dah ada test run untuk pendaftaran... hmmm.. antara event besar sekali setahun.. menyambut kehadiran pelajar baru ke kolej nih... ntah macam mana ler proses tahun nih... first time aku lalui tahun lepas suma smooth jer.. alhamdulillah.. semoga pengalaman lalu akan membantu aku..

esok plak.. kenalah aku gi keje gak.. hmmm.. pendaftaran untuk pelajar expdt.. maknanya budak yang amik program dua tahun mendaftar untuk tahun kedua... biasanya menda nih kacang jek.. lagipon ada 130 orang je.. semoga semuanya lancar.. amin...

pastu ahad malam plak aku dah kena stanby ke sini.. taknak esok paginya aku kelangkabut nak ke opis dan dalam waktu yang sama berebut dengan parents yang nak anta anak mendaftar.. tahun ni 4000+ student dalam sistem aku.. tapi biasanya tak semua akan datang mendaftar.. biasanya kurang dari 2k.. harap² telahan aku tepat.. hehe..

ada dilema jek yang asik terpikir² dalam minda aku nih.. kalau hubby jadi stationed kat melaka camner kehidupan dan perancangan selepas ini????...

ok ler.. nanti aku update benda² sepanjang pendaftaran tuh.. hehe..
chow..

Wednesday, May 5, 2010

Hujung minggu lepas dan Nur...

Salam all,

Minggu lepas entah apa mimpinya aku buat cheese tart yang aku rasa teringin sangat nak makan.. kesnya teringat cistat yang dot kawan aku nak bagi tuh.. huhu.. walaupon tak jadi sangat tapi rasa dia aku suka.. hehe... balik keje kebetulan hubby cuti... jadi anak² memang dia dah amik.. terus aku gi beli barang² yang diperlukan.. buttter, philidelphia cream cheese ngan beberapa benda lagik.. dan akhirnya.. hehe.. ni ler rupanya.. walaupon pas dah masak kureng cantik sikit tapi still menarik.. hehe.. bagi aku ler.. dapat ler aku makan... ni masa ari rabu malam nih... tapi yang sedihnya mixer aku dah rosak.. maklumlah aku beli pon cap ayam jek... tu pon masa aku pregnant akif.. maknanya dah 5 tahun ler.. kire ok ler tuh.. seb baik sempat aku siapkan cistat aku.. hehe.. alhamdulillah...


sabtu lepas sempat plak bawak budak berdua nih gi jusco.. cam biasa ler.. nampak plak bola² besar tuh.. apa lagi gembira sakan ler adik... dia memang minat giler ngan bola.. sempat ler berposing.. hehe..


aku selitkan sekali gambar hubby aku... yang comel sentiasa bagi aku.. hehe.. luv u hunie...

ni plak sedikit tanda kenangan yang aku buatkan untuk kawan aku yang dah pindah ke kelantan.. ikut hubby dia... moga EG akan mengingati aku bila terpandang pada pemberian aku yang tak seberapa nih.. hehe..
nih masa dalam process.. baru siap potong.. dan tampal tulisan...

tada... nih yang dah siap.. hehe.. ok ler kan.. untuk beginner cam aku...

koleksi felt yang aku ada... ada beberapa projek yang menunggu nih...

last skalik... ni ler beberapa org staf kat tempat keje aku.. nih bukan anak buah aku nih.. yelah.. aku nih menumpang kat opis orang.. hehe.. anyway diorang nih memang baik ngan aku...

NUR atau EG yang diraikan yang pakai baju cokelat tuh.. semoga bergembira dan bahagia bekerja di tempat baru..

ok.. till then... chow..

Sunday, May 2, 2010

Hujung minggu... project²...

Salam all..

hmm.. hujung minggu aku yang bz... tapi lepas breakfast sempat gak aku merayap ke seremban dengan budak duorang tuh (siapa lagi... akif ngan harraz ler..).. kesnya gi cari twin needle utk mesin jahit aku.. biasalah.. banyak projek untuk diri sendiri.. malangnya kat sri nona dengan kedai sebelah dia tuh takde.. pastu aku pusing plak ke kedai singer.. malangnyer kedai tuh plak dah pindah ke jalan rahang.. aper ler... tensen jek... pastu aku gi pusing gak tgk² kalau leh jumpa kedai tuh kat jalan rahang.. tapi tak jumpa plak.. hmm.. mmg takde rezeki.. plan nak gi yang kat pilah ler.. ntah biler.. time rehat opis mmg aku malas nak kuar... tengok ler..

balik dari pusing² tuh singgah plak jusco s2.. macam besa ler.. bebudak tuh nak gi main keta kat atas tuh.. balik dr jusco... singgah ns corner beli nasik ayam untuk budak².. memang betul² budak² yang makan.. tinggal ayam dengan salad je untuk aku.. dua bungkus diorang makan dengan sungguh².. dah peferet diorang.. nak wat camner.. pas berkemas sikit.. angkat + sidai kain, aku cuci plak mesin basuh aku tuh.. sian dia.. bekas untuk downy tuh dah agak kotor.. pastu aku cuci dengan sungguh².. hehe.. terlebih rajin plak..

siap suma tuh aku sambung iron barut bby yang aku buat semalam.. dah jahit sampai siap, complete 6 helai untuk bby ni.. ingat nak buat tutorial sikit camner aku buat.. tapi nantilah.. ada projek lain nak kena buat dulu.. upload pic pon nak buat kemudian.. bila siap tutorial tuh aku upload skalik.. nih nak sambung satu project guna kain felt tuh.. khas untuk seseorang.. gtg...

chow..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..