klik2..

Tuesday, December 22, 2015

PENGANJURAN FREEMARKET DO AND DONT'S

Assalammualaikum..

FREEMARKETSEREMBAN2.0 baru sahaja berlalu beberapa hari lepas.. dan ini FM kedua dibawah penganjuran akak.. kali ini kami buat sendiri.. tanpa sebarang sokongan dan bantuan daripada mana2.. purely gunakan seluruh ahli keluarga, petugas dan sukarelawan yang tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan..




Ok.. before cerita banyak pasal FM tu akak nak ceritakan, nak bagi sedikit panduan kalau korang berhajat nak buat FM kat tempat korang.. jangan tanya boleh ke tidak atau mampu ke tidak.. soalan tu balik pada diri sendiri.. akak pon orang biasa, pendapatan biasa2.. kerja sebagai kuli kerajaan.. ada anak dan suami.. jadi masa sangat terhad.. memang sangat terhad.. macam mana pulak akak ada masa buat FM.. semuanya milik ALLAH dik.. jadi akak kembalikan pada DIA.. Kalau rasa tak cukup masa maka MINTALAH.. eh.. boleh ke? KENAPA TIDAK?.. atau rasa, tak kuat nak angkat barang, susah nak berfikir.. takde duit minyak nak gi amik barang.. lagi sekali MINTALAH.. jangan risau.. letakkan pergantungan pada DIA.. DIA akan mudahkan melalui jalan yang tidak disangka2.. Banyak sangat terjadi, dalam FM ni, akak baru terfikir dan minta dalam hati, terus ada yang menderma.. terus ada yg bgtau.. terus ada yang bagi cadangan.. memang ini diluar apa yang terfikirkan akal manusia biasa.. tapi itulah.. DIA MAHA SEGALA-GALANYA.. hatta sekelumit di dalam hati sudah dimakbulkannya.. jangan lupa minta.. apa sahaja.. nak dapatkan parking pon minta.. tapi bila sudah dapat.. bila sudah diberi.. bila sudah dimakbulkan, jangan pula lupa.. pulangkan kembali KESYUKURAN itu kepada DIA.. kalau terlupa, maka buatlah sekarang.. kita sangat kerdil.. hina.. dan tak punya apa2.. SEMUA adalah dari NYA..

Mulakan dengan niat yang baik.. buat FM untuk DIA.. supaya DIA redho akan kita.. nak baiki diri.. baiki hati.. nak berkhidmat pada orang lain.. nak membantu mana yang boleh.. InshaAllah.. akan dilorongkan dan dipermudahkan..

Ok.. bila hati dan jiwa serta niat betul kita cuba fikirkan dan survey:
1) Lokasi - kalau boleh cari tempat yg dekat dengan golongan sasaran. macam akak, sasaran golongan pertengahan dan kurang berkemampuan..
2) Kemudahan - apa yg ada pada tempat tu.. panas, hujan.. ada tak alternative.. ada tak meja, tempat parking, jalan yang sesuai.. kalau org ramai, ok tak..
3) Keizinan/Permission - kalau buat kat dewan.. atau masjid, cuba tanya pengurusan masjid, bagi tak.. dewan boleh pakai tak..
4) Cari tarikh - yang bersesuaian..
5) Mula iklan dan mengumpul barang.. buat poster, buat banner (jika kewangan mengizinkan) tapi akak takde banner.. buat poster dan banyak viralkan kat fb dan media sosial jer.. tengok sekali group #freemarket kat dalam fb tu.. banyak boleh belajar dari situ
6) Jangan lupa kumpulkan volunteer sekali.. seeloknya org terdekat memberi sokongan.. tapi kan.. kalau husband tak bagi buat, isteri tak boleh buat ya.. doa banyak2 sampai dia bagi izin.. lepas tu jadi lebih mudah..
7) Rancang dari banyak sudut.. bila nak sorting, susun barang macam mana.. cara agihan macam mana.. (ni nanti akak cerita panjang lagi..)

Kalau boleh, biarlah orang yang nak membantu tu orang yang kita kenal.. cara pemikiran dan hala tuju sama.. kalau ada volunteer atau petugas yang kita tak boleh percaya memang susah.. kalau ada kesempatan briefing dulu.. meeting dulu.. kalau nak kutip barang, ingatkan penderma, biarlah barang YANG MASIH DISAYANGI, MASIH ELOK dan BERFUNGSI.. tengok sekali penerimaan ajk masjid atau ajk tempat tu.., kalau tak berapa menyokong baik cari tempat lain.. macam akak ni, pengurusan Masjid Dato' Kelana Petra Lela Mohd Yusof ni memang tip top.. sentiasa menyokong dan bersedia membantu.. nak minta apa sahaja dengan mudahnya dapat..

Ok.. tu dulu mampu akak tuliskan.. bersambung..

wasalam.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..