klik2..

Friday, August 26, 2011

SALAM AIDILFITRI


PAPER QUILLING : KAD RAYA PENTADBIRAN

Meh tengok gambar... huhu...
 Dah siap... tapi lom tulis...
 huhu... gam pon tak kering lagik.. dah amik gambar...

dah tampal hari jumaat lepas.. tapi arinih baru nak upload... haha...
p/s mood nak raya... dah takde mood keje... buruk perangai.. <--- kata bos aku

Thursday, August 25, 2011

BUBUR LAMBUK KESBA

Kami membuat bubur lambuk bersama²...
seronok sangat... kemeriahan terasa... tolong sikit² jer sbb semua buat reramai... dan.. hasilnya, sedap bagi saya... versi kelate... ada kerang, ikan, udang, daging ++++... sedap.. hehe.. :)

BORANG MAKLUMAT : BALIK KAMPUNG - PDRM

Salam kengkawan...
*pic Google

just nak share... terbaca kat blog Putri Roh tentang borang nih... dan rasa sangat sesuai untuk dikongsikan dengan kengkawan... klik kat SINI.. harap² takde masalah nak bukak... korang kena isi kalau rasa akan meninggalkan rumah agak lama.. yelah... mood dah raya je kan...

senang jer... lepas bukak dan print... korang bacalah TIPS PENCEGAHAN JENAYAH : PECAH RUMAH.. nih dah memang ada banyak ingatan untuk kita.. dan memang bagus untuk diikuti.. pehtu.. isi keratan yang sebelah tuh dan anta kat mana² balai polis terdekat dengan umah korang.. In case tokleh bukak link kat atas tuh, cuba korang guna nih plak..
http://www.rmp.gov.my/filebase/document/40773_BORANG_MAKLUMAT_BALIK_KAMPUNG.pdf

Selamat Hari Raya yer... :)

Wednesday, August 17, 2011

ZAKAT FITRAH, CUKUPKAH BERAPA YANG KITA BAYAR??

Salam Ramadhan,

just nak share sedikit tazkirah rakan saya tadi...


Zakat fitrah dalilnya bersandarkan kepada Hadis Nabi S.A.W. riwayat daripada yang bermaksud:
“Rasulullah S.A.W. telah memfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas manusia dengan mengeluarkan satu gantang kurma atau satu gantang gandum (syair) ke atas setiap orang merdeka atau hamba lelaki atau perempuan orang tua atau kanak-kanak yang terdiri daripada orang Islam.”
(Riwayat Al-Bukhari)
 *pic google
Sumber hadis disini..

Berapa kadar bayaran zakat fitrah???

Kalau ikut kat N9 nih Rm6.50... cuma persoalannya.. cukup kah nak dibandingkan dengan satu gantang beras yang saya makan kat umah... Katakan kita makan beras yang harganya RM 5 sekilogram (yang membezakan orang makan beras mahal dan murah..)... so kalau nak bayar untuk satu gantang = 2.7 kg adalah bersamaan dengan RM 5 x 2.7 = RM 13.50.. Maknanya, untuk satu kepala kena bayar RM 13.50.. Kalau katakan kita bayar RM 6.50 maknanya kurang lagi RM 7.. macam mana??.. persoalan didunia tiada masalah.. selesai tak untuk diakhirat??

Kawan² rasa macam mana??

p/s meninggalkan persoalan yang mungkin mampu dijawab individu² tertentu...

Thursday, August 11, 2011

PAPER QUILLING : FRAME.. cubaan kedua

masih banyak yang perlu dipelajari.. dan... time takde ler nak wat benda²... di bulan mulia ini..

Tuesday, August 9, 2011

PAPER QUILLING : FRAME.. cubaan pertama

Aku selalu pk.. camner nak wat frame supaya card yang aku wat tuh senang disimpan... akhirnya.. jumpa kat satu blog camner nak wat frame nih... akan update lagi nanti... tengok hasilnya ya... sori ler.. percubaan pakai recycle paper jer.. hehe.. :)

Friday, August 5, 2011

RAMADHAN : BOLEH KE BERPERFUME?

 *pic from google
Nih gambar perfume aku.. (yg nih aku amik dari google.. aku nyer dah separuh wokeh..)... en mavellous yang belikan untuk isteri dia yang dia sayang nih... dan... aku suka ler... bau dia pon ok... Ramadhan taun lepas.. en mavellous aku kata... bulan posa orang pompuan tokleh pakai perfume... soo.. ok.. aku folo... tapi taun nih aku tak pueh ati... aku citer ngan ja... kawan kat pejabat aku.. dan syukur waktu solat zohor tuh ada ustazah solat sekali...

Kami pon mula bertanya.. ustazah tuh kata... tak kira bulan Ramadhan ke.. atau tak Ramadhan ker, hukum perempuan pakai perfume adalah HARAM... terpana aku... betapa jahilnya aku.. dan ustazah tuh terangkan... kalau ada lelaki yang terbau wangian kita tuh, memang dapat dosa HARAM tuh free jer... waaaa... sedih aku.. ustazah tuh kata, kalau lelaki takper.. cuma tak boleh dalam ihram (termasuk wanita lagi tak bleh..)... kalau nak pakai juga boleh.. pakai untuk suami di rumah.. takpon untuk adik beradik dan mak ayah... ok... no prob.. pasni nak pakai kat umah... pastu ada pulak issue pasal alkohol dalam minyak wangi nih... yang nih issue lain.. dan panjang ceritanya... aku dulu ada belajar kimia gak.. so...ikut yang mana difahami.. berbalik pasal perfume tadi.. ustazah tuh kata kalau nak pakai sbb takut bau badan, pakai macam powder tuh ker.. takpon deodorant tuh takpe.. tu jer.. so... sesama ler kita saling mengingat..

Tengah ari nih nak try qailulah.. jom sesamer kite cuba.. :)

p/s akif ngan harraz posa semalam.. :)

Thursday, August 4, 2011

63 PETUA BAHAGIA SUAMI ISTERI

DARI : DR FADZILAH KAMSAH

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira gerak batin (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ¡menang-menang¢.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan pasangan.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut I love you sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

p/s.. untuk ingatan diri sendiri.. tq baca..

BAJU ANGRY BIRD

Pengaruh terhadap anak²... dah asik excited tgk org pakai... aku pon blikan.. pueh mencarik yang ok.. last² jumpa.. bebudak nih suka maen angrybird nih.. pueh ler try download angry bird nih.. pastu ada prob plak... dapat dari anak buah... baru ok maen.. hehe.. :)

p/s anak zaman it... nak wat camner??

Wednesday, August 3, 2011

2 ANAK BUJANG PUASA

Salam...

just nak bgtau satu donia... haha.. 2 orang anak bujang telah berjaya puasa penuh satu hari semalam... Akif dah 6 tahun memang dah puasa setart ari pertama.. tapi semalam Harraz yang 4 tahun dapat posa satu ari penuh... cuma letih ler sket nak menjawab bila dia sebok nak minum air.. dah pukul 6 tuh... terpaksalah tarik perhatian ke arah lain.. maen game kat pc.. plant vs zombie (nih Akif yang suka..)
 *pic Google...
buka di rumah MIL.. lauk banyak giler.. dan sedap.. memang maveles... hehe.. pastu pekena durian pulak.. sejak² en suami tersayang tu giler durian, i happy... coz i memang dari dulu dah giler durian.. semalam beliau beli yang baek punya.. sodap.. hehe..

p/s.. mood gembira walau sedikit ngantuk.. lalalala...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..