klik2..

Tuesday, December 22, 2015

PENGANJURAN FREEMARKET DO AND DONT'S

Assalammualaikum..

FREEMARKETSEREMBAN2.0 baru sahaja berlalu beberapa hari lepas.. dan ini FM kedua dibawah penganjuran akak.. kali ini kami buat sendiri.. tanpa sebarang sokongan dan bantuan daripada mana2.. purely gunakan seluruh ahli keluarga, petugas dan sukarelawan yang tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan..




Ok.. before cerita banyak pasal FM tu akak nak ceritakan, nak bagi sedikit panduan kalau korang berhajat nak buat FM kat tempat korang.. jangan tanya boleh ke tidak atau mampu ke tidak.. soalan tu balik pada diri sendiri.. akak pon orang biasa, pendapatan biasa2.. kerja sebagai kuli kerajaan.. ada anak dan suami.. jadi masa sangat terhad.. memang sangat terhad.. macam mana pulak akak ada masa buat FM.. semuanya milik ALLAH dik.. jadi akak kembalikan pada DIA.. Kalau rasa tak cukup masa maka MINTALAH.. eh.. boleh ke? KENAPA TIDAK?.. atau rasa, tak kuat nak angkat barang, susah nak berfikir.. takde duit minyak nak gi amik barang.. lagi sekali MINTALAH.. jangan risau.. letakkan pergantungan pada DIA.. DIA akan mudahkan melalui jalan yang tidak disangka2.. Banyak sangat terjadi, dalam FM ni, akak baru terfikir dan minta dalam hati, terus ada yang menderma.. terus ada yg bgtau.. terus ada yang bagi cadangan.. memang ini diluar apa yang terfikirkan akal manusia biasa.. tapi itulah.. DIA MAHA SEGALA-GALANYA.. hatta sekelumit di dalam hati sudah dimakbulkannya.. jangan lupa minta.. apa sahaja.. nak dapatkan parking pon minta.. tapi bila sudah dapat.. bila sudah diberi.. bila sudah dimakbulkan, jangan pula lupa.. pulangkan kembali KESYUKURAN itu kepada DIA.. kalau terlupa, maka buatlah sekarang.. kita sangat kerdil.. hina.. dan tak punya apa2.. SEMUA adalah dari NYA..

Mulakan dengan niat yang baik.. buat FM untuk DIA.. supaya DIA redho akan kita.. nak baiki diri.. baiki hati.. nak berkhidmat pada orang lain.. nak membantu mana yang boleh.. InshaAllah.. akan dilorongkan dan dipermudahkan..

Ok.. bila hati dan jiwa serta niat betul kita cuba fikirkan dan survey:
1) Lokasi - kalau boleh cari tempat yg dekat dengan golongan sasaran. macam akak, sasaran golongan pertengahan dan kurang berkemampuan..
2) Kemudahan - apa yg ada pada tempat tu.. panas, hujan.. ada tak alternative.. ada tak meja, tempat parking, jalan yang sesuai.. kalau org ramai, ok tak..
3) Keizinan/Permission - kalau buat kat dewan.. atau masjid, cuba tanya pengurusan masjid, bagi tak.. dewan boleh pakai tak..
4) Cari tarikh - yang bersesuaian..
5) Mula iklan dan mengumpul barang.. buat poster, buat banner (jika kewangan mengizinkan) tapi akak takde banner.. buat poster dan banyak viralkan kat fb dan media sosial jer.. tengok sekali group #freemarket kat dalam fb tu.. banyak boleh belajar dari situ
6) Jangan lupa kumpulkan volunteer sekali.. seeloknya org terdekat memberi sokongan.. tapi kan.. kalau husband tak bagi buat, isteri tak boleh buat ya.. doa banyak2 sampai dia bagi izin.. lepas tu jadi lebih mudah..
7) Rancang dari banyak sudut.. bila nak sorting, susun barang macam mana.. cara agihan macam mana.. (ni nanti akak cerita panjang lagi..)

Kalau boleh, biarlah orang yang nak membantu tu orang yang kita kenal.. cara pemikiran dan hala tuju sama.. kalau ada volunteer atau petugas yang kita tak boleh percaya memang susah.. kalau ada kesempatan briefing dulu.. meeting dulu.. kalau nak kutip barang, ingatkan penderma, biarlah barang YANG MASIH DISAYANGI, MASIH ELOK dan BERFUNGSI.. tengok sekali penerimaan ajk masjid atau ajk tempat tu.., kalau tak berapa menyokong baik cari tempat lain.. macam akak ni, pengurusan Masjid Dato' Kelana Petra Lela Mohd Yusof ni memang tip top.. sentiasa menyokong dan bersedia membantu.. nak minta apa sahaja dengan mudahnya dapat..

Ok.. tu dulu mampu akak tuliskan.. bersambung..

wasalam.. :)

Tuesday, November 24, 2015

FREEMARKET dan AKAK..

Assalammualaikum..

Terlebih dahulu akak mohon maaf.. banyak sangat comment yang akak tak tengok kat blog ni.. maafkan akak.. terutama yang nak minta soalan peperiksaan.. dulu ada je masuk kat email akak.. ntah nape sekarang takde.. maafkan akak..

Tapi akak nak cerita tentang freemarket.. akak bukan sesiapa.. baru belajar untuk buat.. belajar untuk urus.. tapi akak ada pendirian sendiri.. bila akak buat FM akak nak FM tu dibayangkan sebagai free.. percuma.. dan.. akak tak suka banyak karenah.. akak taknak buat sorting orang.. akak taknak bagi pada orang tertentu sahaja.. akak taknak.. akak tak menilai orang.. akak tak tahu baca berapa gaji daripada baju yang dipakai.. akak tak nampak berapa orang anak kat rumah daripada seorang perempuan.. akak tak boleh nampak ke syurga atau ke neraka bila sorang perempuan datang masjid tak pakai tudung.. akak tak boleh.. akak tak nampak.. dan akak taknak nampak..

FREE itu PERCUMA.. dan akak tak paksa untuk buat donation. Menderma juga ikhlas dari hati.. jadi macam yang akak sebutkan kalau bersama akak kena berpegang pada itu.. jangan menilai orang.. kalau orang berebut ambil atau dia cuba ambil lebih pasti ada sebabnya.. Mementingkan diri? Tamak? Layak ke kita cakap macam tu? Diri sendiri pon jauh lebih hina dari batu di tepian jalan. boleh ke cakap macam tu? tahukan kita apa yang tersirat.. Berebut kerana ada 5 mulut yg dah lama x makan lauk.. hanya nasi dengan garam.. bila dapat beras adalah sedikit duit buat beli sayur.. ada rasa tak bila akak tulis begitu? Jika tiada check hati sendiri.. hati akak hitam.. memang hitam.. semoga Allah mudahkan akak untuk putihkan.. ni dalam proses.. tengah buat persediaan.. tiada apa nak dibawa bila mengadap NYA nanti..

Syarat kalau nak menderma atau terlibat.. jangan JUDGE.. jangan buat PENILAIAN.. itu serah pada Allah.. serah pada DIA.. bukan hak kita.. kalau nak tapis2.. nak sort2.. tu akak biarkan orang lain buat.. banyak lagi jabatan.. bukan akak buat..

FREEMARKET untuk semua.. tanpa kira golongan mana.. Kalau kaya tak boleh pergi FREEMARKET? tak boleh ambil apa2.. siapa cakap? kalau perlu ambil.. jika tak jangan ambil.. AMBIL KERANA ALLAH.. selebihnya serahkan.. serahkan pada DIA..

-Akak-

Friday, October 9, 2015

SUDAH LEBIH LIMA TAHUN..

Itu sudah lama.. 
Sudah lebih lima tahun dan empat bulan..
Dia sudah besar..
Menjadi anak baik yang sangat disayangi..

Apa yang terjadi itu titian perjalanan..
Yang sememang sudah ditentukan..
Jadi sudah tentu aku redho..
Semuanya hanya pinjaman.. 
Milik Yang Maha Pemurah..

Adakah aku kurang bila ia tiada..
Adakah aku tidak sempurna..
Kitakan semua sama.. 
Sempurna itu bukan sifatnya kita..
Yang penting kau mensyukuri..
Setiap nikmat yang diberi..

Jika hari ini kau diuji..
Itu kerana kau mampu menghadapinya..
Jika tiada ujian..
Manakan tau kau lebih baik atau masih seperti itu.. 
Masih ditahap sama..
Ujian untuk menguji sejauh mana keimanan.. 

Walau aku rindu..
Jika aku menatap tangan comel..
Bila aku melihat yang perempuan..
Tapi aku bersyukur.. 
Menumpang kasih dan gembira..

Alhamdulillah ya Allah.. 
Walau pun tidak punya lagi..
Aku pernah merasainya..
Jika masih punya, syukurilah..

-tanpa rahim-

Saturday, August 8, 2015

JUS UNTUK GOUT

Some Suggested Combos (measurement for one portion):
  • 2 carrots + 1 cucumber + 8 ribs of celery
  • 2 green apples + 1 cucumber + 1 fennel + 6 leaves of big kale + ¼ lemon slice + thumb-size ginger
  • 2 green apples (or chayote) + 6 ribs of celery + ¼ cabbage + thumb-size ginger
  • 2 carrots + ½ celeriac + 1 fennel + 1 cucumber + ¼ lemon slice
  • 1 green apples + 1 cucumber + 1 small bitter gourd + ¼ lemon slice
  • 1 cucumber + 1 medium-sized beetroot + ¼ lemon slice + thumb-size ginger
  • 6 ribs of celery + ½ small pineapple + ¼ lemon + thumb-size ginger
  • Daily drinking young coconut water (fresh, not packaged coconut water)
  • 1 shot of wheatgrass juice, neat with a squeeze of lemon
  • Eat about 40-50 tart cherries daily
  • Lemongrass-ginger tea

Thursday, August 6, 2015

PETUA MENGUBATI RESDUNG

Bahan-bahan sumber daripada Facebook.
Saya copy ke sini sebagai panduan/ingatan dan mudah dicari.
Sumber asal saya nyatakan di bawah artikel.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bahan
1. Limau nipis 8 biji.
2. Daun pandan 10 helai
Cara-cara.
Hiris daun pandan halus mcm bunga rampai.. Perah limau nipis tadi.. Gaulkan smpai sebati..Satu sebatian akan terbentuk.. Sapu pada muka.. Kalau bersesuaian.. tak sampai 5 minit ulat resdung akan keluar ikut kulit muka.. Paling bnyk akan keluar ikut kening. In shaa Allah ramai yg elok lepas tu..
Buat 3 kali seminggu.. Elok dilakukan antara jam 10am -3 ptg kerana waktu ini virus sedang aktif.. Campuran lebih boleh disimpan dlm peti ais..tapi yg masih baru lebih efektif.

Wednesday, August 5, 2015

PETUA KANSER, DIABETIS, ARTHRITIS

Bahan-bahan sumber daripada Facebook.
Saya copy ke sini sebagai panduan/ingatan dan mudah dicari.
Sumber asal saya nyatakan di bawah artikel.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

GUYABANO (SOUR SOP) TEA FOR CANCER, DIABETES, ARTHRITIS AND OTHER INFLAMMATORY DISEASES. COME AND LETS TALK ABOUT IT.
HOW TO PREPARE:
You will be needing 40 pcs of Guyabano leaves
1 liter clean water
NOTE: USE MATURE BUT NOT TOO OLD LEAVES. AIR DRIED LEAVES ARE BETTER THAN FRESH LEAVES BECAUSE IT CONCENTRATES THE MEDICINAL PROPERTIES OF THE LEAVES MAKING IT MORE EFFECTIVE. DON'T ALSO DO SUN OR OVEN DRY BECAUSE TOO MUCH HEAT WILL COOK THE NUTRITIONAL VALUE OF THE LEAVES, THUS LOSING ITS POTENCY.
PROCEDURE:
1. Boil the 1 liter water in a sauce pan.
2. As soon as it boils, add the leaves and turn the heat to low.
3. Simmer it for 20 minutes. The color will turn to golden brown or just like the color of regular tea.
4. let it cool before drinking.
The tea is only good for 7-8 hours and may be refrigerated.
*GUYABANO TEA MUST BE TAKEN FOR 30 DAYS, 3 TIMES A DAY, ONE GLASS BEFORE MEALS. THE TEA IS EASILY ABSORBED IN AN EMPTY STOMACH.
*It should only be taken for 30 days. More than that, it will destroy the normal flora.
*After 30 days, have yourself checked by your doctor to examine if the disease is still there. If the symptoms is still there, taper the dose to maintenance dose.
*If the symptoms disappear before the 30 day treatment, continue taking the tea to make sure that no single sick cell is present.
30 day treatment, 3x a day, one glass 30 minutes before meals no skipping.
MAINTENANCE DOSE:
ONE GLASS OF TEA A DAY 30 MINUTES BEFORE MEALS FOR 5 DAYS EXCEPT SATURDAY OR SUNDAY. HAVE AT LEAST 2 DAYS REST PERIOD A WEEK.
***Don't mix the tea with other healing substances to avoid incompatibility.
*** Dont overuse the tea. Follow the procedure.
Sumber/sources : Pinoy Rap Radio

Tuesday, August 4, 2015

PETUA TONSILITIS

Bahan-bahan sumber daripada Facebook.
Saya copy ke sini sebagai panduan/ingatan dan mudah dicari.
Sumber asal saya nyatakan di bawah artikel.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
2 Cara Mudah Untuk Hilangkan Bengkak Tonsil
.

Sakit anak tekak ataupun bengkak tonsil boleh terjadi pada sesiapa saja. Tak kira umur samada kanak-kanak ataupun yang dewasa.

Kebiasaanya kita dengar orang tua-tua cakap “mesti badan hang nie kurang air, tue jadi bengkak tue”. Nak menunjukkan yang dalaman badan kita “panas” hingga tonsil boleh membengkak.

Tonsil sebenarnya adalah sebahagian sistem pertahanan badan kita. Tonsil bertindak untuk menghalang bakteria yang cuba masuk melalui saluran penafasan kita.

Bengkak tonsil boleh dikurangkan dengan aiskrim dan air garam dan vitamin shaklee
Tompokan putih menunjukan jangkitan kuman

Tonsil hanya bertindak pada peringkat tahun pertama kita lahir sahaja. Selepas itu, limfa akan ambil peranan untuk “menapis” semua bakteria yang cuba masuk.

Apabila tonsil dijangkiti kuman ataupun bakteria (sejenis bakteria streptococcus), dipanggil tonsillitis. Apabila ia akan membengkak dan menyebabkan kita sakit dan susah untuk menelan makanan. Ia boleh membawa kepada demam-demam, batuk, pening dan muntah-muntah.

Lebih teruk, bengkak tonsil ini akan menyempitkan saluran penafasan kita dan akan menyebabkan nafas berbau.

Bengkak tonsil akan surut secara semulajadi tetapi dengan pengambilan antibiotik akan mempercepat proses penyembuhan. Tonsil akan bengkak berulang kali jika sistem pertahanan badan lemah kerana jangkitan kuman.

Dan sebenarnya ada kes yang kritikal apabila tonsil membengkak hingga teruk dan jangkitan kuman merebak ke organ dalaman penting iaitu ke bahagian jantung dan buah pinggang. (Sumber)

Jom saya kongsikan disini cara yang mudah, senang dan murah untuk hilangkan bengkak tonsil.

2 cara mudah untuk hilang bengkak tonsil:

1. Makan aiskrim vanilla

Cara ini paling mudah dan senang. Tambahan mudah untuk pujuk anak-anak yang memang susah nak makan ubat kan.

Beli aiskrim perisa vanilla (kalau boleh yang dalam bekas, bukan yang stick). Elak ambil aiskrim yang perisa chocolate ataupun strawberi ke.

Bengkak tonsil boleh dirawat dengan aiskrim vanila

Memang boleh surut bengkak tonsil. Ini pengalaman diri sendiri.

2. Berkumur dengan air garam

Ini bertujuan untuk matikan kuman-kuman yang ada di sekitar tonsil. Garam dibancuh dengan air suam dan kemudian dikumur kan.

Bengkak tonsil boleh dirawat dengan air garam

Jangan sampai tertelan pula ye. Lakukan berulang kali hingga tekak rasa lebih selesa.

Sumber : Resepi Lauk Pauk Kuih Muih Melayu

Monday, August 3, 2015

PETUA GOUT

Bahan-bahan sumber daripada Facebook.
Saya copy ke sini sebagai panduan/ingatan dan mudah dicari.
Sumber asal saya nyatakan di bawah artikel.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Raya baru nie ada sorang pakcik bagi petua .
Petua merawat penyakit gout..
Katanya ambik beberapa helai daun sirih. Rebus dengan 1 gelas air..Rebus sampai air tinggal separuh.. Dah suam minum..
Buat 3-4 x seminggu.
Ada sorang Ustaz dah cuba...Alhamdulillah. .
Jari yang bengkak dah surut. .Dulu tak boleh bawak kereta..
Sekarang dah boleh drive sendiri. .
Kena amalkan baru menjadi...Katanya lepas beberapa minggu amal akan keluar kristal kristal halus di tepi tepi kaki...
Cuba lah mana tau Allah izinkan kesembuhan..
Sumber : Liza Zainan

Sunday, August 2, 2015

SAYURAN ANTI KANSER

Bahan-bahan sumber daripada Facebook.
Saya copy ke sini sebagai panduan/ingatan dan mudah dicari.
Sumber asal saya nyatakan di bawah artikel.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Ranking sayuran anti kanser :
01: Ubi keledek direbus/dimasak 98.7%
02: Ubi keledek mentah. 94.4%
03: Asparagus. 93.9 %
04: Broccoli, 92.8%
05: Kubis/cabbage. 91.4%
06: Bunga Kobis/Cauliflower 90.8%
07: Saledri. 83.7%
08: Terong. 74.0%
09: Paprica. 55.5%
10: Wortel. 46.5%
11: Golden cauliflower 37.6%
12: Capsella/shepherd's purse 35,4%
13: Cohlrabi. 34.7%
14: Mustard. 32.9%
15: Brassica juncea. 29.8%
16: Tomato. 23.8%
Tips utama: Semua kentang mgandung kolagen, terutama ubi keledek kuning paling banyak. Sedangkan bahan antikanser paling banyak adalah ubi keledek ungu dan jus lemon hangat tanpa gula.
Penemuan resepi baru dari negara China: bagi yg berpenyakit diabetes tak usah susah berubat ke doktor lagi. Cukup dgn memblender 12 batang kacang panjang di campur 1 buah tomato merah. Minum 2x sehari. Silakan cek kadar gulanya esok hari, dijamin langsung turun kadar gulanya. Sudah banyak yg membuktikan, mujarab tanpa pantang makan lagi.
Bantu kirimkan berita ini ke semua kontak. Bantu mereka yg sakit diabetes agar sembuh ! 🙏 selamat mencuba! Share... disimpan juga tak ada gunanya, lbh baik bantu di share... Selamatkan nyawa sahabat kita.

Saturday, August 1, 2015

PETUA DARAH TINGGI

Bahan-bahan sumber daripada Facebook.
Saya copy ke sini sebagai panduan/ingatan dan mudah dicari.
Sumber asal saya nyatakan di bawah artikel.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


PETUA darah tinggi

minum air kelapa seminggu berturut turut. insyaalah akan turun tekanan darah keparas yg mengembirakan.

HILANGKAN DARAH TINGGI Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak kali, bersabar dan bertawakal.

minum lengkong asli

Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.

Rebus beberapa helai daun pandan wangi dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan minum setiap pagi dan petang.

Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus atau ambil beberapa ulas bawang putih dan kulitnya. Kisar bawang putih tadi hingga halus untuk mendapatkan pati bawang putih. Ambil 6 titik pati bawang putih dan dicampur dengan segelas air kosong. Amalkan minum air tersebut 3 kali sehari.

Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

Makan biji buah Peria.

Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.

Minum air rebusan daun Pokok Ati-ati.

Jadikan pucuk Pokok Pala sebagai ulaman.

Minum air rebusan Pokok Dukung Anak.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu yang mengandung yang mengalami tekanan darah tinggi, minumlah air kembang semangkuk atau biji selasih campur dengan air suam atau air sirap. InsyaAllah tekanan darah menurun.


Sumber Asal : Ida Shahida

Friday, July 31, 2015

AIR NABEEZ

Bahan-bahan sumber daripada Facebook.
Saya copy ke sini sebagai panduan/ingatan dan mudah dicari.
Sumber asal saya nyatakan di bawah artikel.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Pernah dengar tentang air nabeez? Air nabeez adalah minuman sunnah yg mempunyai byk khasiat. Rugi kalau tak pernah buat atau tak nak buat. Ia adalah minuman berakali, mampu membantu membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan serta menyingkirkan bahan2 toksin dari badan. Dalam ertikata lain ~ sebagai detox!! (Tak payah nak popular kan lemon... Guna kurma lagi bagus... Ikut sunnah)
Air nabeez tinggi dengan kandungan fiber, membantu sistem penghadaman, dan menguatkan daya ingatan. Air nabeez juga membantu sistem limpa, hati, tekak melapangkan dada dan bagus utk prostate. Sbb tu kaum lelaki amat di galakkan amalkan air nabeez. Juga bagus untuk pesakit Arthritis & pesakit Gout ~ kerana air nabeez membantu menuetralkan kadungan urik asid di kalangan pesakit Gout
Cara penyediaan air nabeez ni, mudah yg amat. Selepas isya', rendam kira2 100gm kurma/100gm kismis didlm 1 liter air. Kurma ajwa adalah yg terbaik, tapi boleh jugak gunakan kurma2 yg lain. Kalau kismis, manaqqa (warna kuning) lebih baik dari yg hitam. Saya guna 3 biji kurma @ segenggam kismis utk segelas air. Kalau kurma, lebih baik angka ganjil... Tutup gelas tersebut, dan biar semalaman@ kira2 12 jam. Guna air biasa jek, bukan air panas ya. Lagi satu, jgn di campur kurma & kismis. Gunakan salah satu sahaja... Esok pagi, kluarkan kurma tu, kacau & minum. Kurma tu blh di makan begitu jek atau di kisar dgn air nabeez tadi, dan minum. Kalau nak minum malam, boleh rendam pada waktu pagi. Minum sebaik2 nya selepas makan, bukan time perut kosong. Lebih baik 2 jam setelah makan terutamanya selepas makan daging. Tapi ingat ya, dilarang meminum air rendaman kurma/ kismis yang sudah memasuki 2~3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma/ kismis yang dibiarkan melebihi 2~3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula dan air rendaman kismis/ kurma itu sedang dalam proses menjadi arak dan haram diminum. Utk lebih selamat, simpan dlm peti sejuk agar nabeez tidak mudah rosak.
'Abdullah r.a berkata; aku mendengar Sufyan bertanya ttg nabeez, Nabi menjawab; 'buat lah di malam hari dan minum ketika pagi'
Hadis sahih dari Sunan an Nasa'ai vol 6, buku 51, Hadith 5745
Abu Qatada r.a meriwayatkan bahawa ayahnya mendengar Nabi berkata; Jgn menyediakan nabeez dgn mencampurkan kurma separuh masak dan kurma yg tlh masak bersama2, dan jangan mencampurkan anggur(kismis) Dan kurma bersama tetapi hendaklah di lakukan secara berasingan.
Sahih Muslim Book 23 Hadith 4904
Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa nabeez yg disediakan utk Nabi saw akan di minum oleh baginda pada hari tersebut, sehari selepasnya dan sehari berikutnya. Pada ptg hari ketiga, baginda akan minum dan memberi kepada sahabat nya. Baki air tersebut Akan di buang.
Sahih Muslim Book 23 Hadith 4974

Saturday, April 4, 2015

BB CREAM HEBAT?

BB CREAM HEBAT?

Ini yang saya kata hebat..

Anda perlu cuba dulu baru boleh katakan apa yang saya tulis benar atau tidak.. 

Hubungi saya untuk dapatkan produk hebat ini.. 

Hanya RM 55.00 

Effi Rahmat  

Call/Whatsapp/Telegram 012-6376422 

Email mirzashoppe@gmail.com


Friday, March 20, 2015

DISTRICT 21 @ IOI MALL PUTRAJAYA

Assalammualaikum..
Kejap jer cuti sekolah dah menjengah.. Rasa macam baru je daftarkan budak sekolah ritu.. Tup tup dah amik result xm sblm cuti sekolah.. Tak lama terus cuti lak.. Maka tiga hero akak tu pon akan bercuti.. Diorang dah sesiap sound.. Boring dok umah... Ala hai anak oii.. Time mama ko kecik lagilah xde program time cuti.. Ok jer.. Boring tu tak bagus.. Bersyukur ya anak.. Ada org rumah takde internet pon.. Jgn kata astro.. Tibi pon xde tau.. Insaf skjap.. Huhu..

Ok.. Xm diorang elok.. Sorang dpt no satu.. Sorang dpt no sebelas.. Mama korang ni bersyukur nak oii.. Kita dah usaha kan.. Kipidap.. Gitu.. Mana yg kurang elok kita tambah baik.. Yg penting bekal tu.. Bekal..

Cuti raya cina ritu dah balik kg.. Yang sebenar balik kg tu balik johor ya.. Rumah mak akak nih.. Sbb kampung jiboi yang kat sini tuh mmg selalu balik dah.. Jadi cuti nih idokle balik johor.. Walau ttp selalu rasa nak balik.. Nak jumpa mak abah yg dirindui.. Huhu.. Jadi cuti skolah dgn cuti mama papa yg tak bape nak byk.. Uii.. Papa punya byk.. Mama jer yg sket.. Maka dgn itu mama isytiharkan senin lepas mama cuti.. Kengkunun nak bwk budak bejalan..

Maka pg senayan tu terus akak sibuk ururs budak2.. Kengkunun sopink komplek tu bukak terus nak terjah.. Hihi.. Mlm tu baru budak2 tau mama mo papa nak bwk gi district 21.. Tp apa kebenda tpt tu mmg diorang x tau.. Mama tau pon pasal faizal budak opis tu citer.. Kitehorang mmg kepoh sikit.. Hihi.. Bebudak grup feb bulan kita ada plan nak gi.. Tp plsn punah saat2 hampir sbb hal yg x blh dibendung.. Haha apalah ayat akak nih.. Sapa suh baca kan..
ni gambar dari http://www.district21.com.my
Bebalik pd citer asal.. Sampai kat district 21 tu kna gi kaunter utk isi form.. Kira apa berlaku atas tanggungjawab sendiri lerr.. Masukkan suma org bwh tanggungjawab kita.. Perlu nama dan no kad pengenalan.. Termasuk org yg non-active.. Ehh.. Apa lakk tu.. Sbb boleh jer masuk tp tak main.. Kena byr gak.. Rm seploh.. Ok akak citer pasal bayaran ok..
                      Budak2 = rm 45 untuk yg lebih 90 cm.. Kurang dari tu free..
                      Dewasa = rm 55
                      Non-active = rm 10
Tapi.. Dia ada pakej.. Untuk 4 org masuk.. Tak kire apa size diorang sebut PACKAGE ACTIVE 4 dikira rm 165.. Cam akak punya sbb ada 4 budak maka budak count satu pakej.. 2 adult dan satu non active jadilah rm 285.. Gitu.. Eh.. Akak gi ni blm gst tau.. Kot pasni rega lain x tau ler akak..
 Ni gambar anak-anak sebelum masuk.. yang berdiri paling rendah tu anak buah akak..

Cuti sekolah bukak 10 pg sampai 10 mlm.. Ko maenlah sampai lebam.. Dah kuar boleh masuk balik.. Tapi outside food not allowed.. Dan mesti pakai kasut.. Glove dan socks akan diberikan.. Dah termasuk dlm bayaran.. Mmg ada yg khas.. Ada getah punya.. Akak ni semangat.. Suma mmg lengkap dgn sport attire.. Sesuwai sgt..

Kol 11:02:54 dah dpt resit masuk.. Mmg sesunggguh ler kan.. Pastu masuk x tau nak maen apa dulu.. Lol.. Byk sgt nih... Hihi.. Bebudak pon sama.. Kita balun jelah..
Gambar akak ler nih.. kat atas tuh.. kecik bebenor kan?? tinggi ok.. hihi..
Nak citer lagi tapi............
Bersambung..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..