klik2..

Thursday, January 31, 2013

MERISIK KABAR

Salam pembaca blog saya,

waktu rehat ini, saya ambil kesempatan.. maka sesi menghabiskan bacaan buku saya tertangguh seketika.. sekarang saya sedang membaca buku ini..
pic from Google
dimana biasanya quote "AWAS! JANGAN TAHAN AIR MATA ANDA!" di belakang buku itu menjadi nyata.. sukar untuk menahan nya bila rasa diri kerdil, hamba yang tidak sedar diri.. :(
hari ini saya menulis blog.. mahu letakkan gambar ini:

Majlis merisik dan seterusnya bertunang satu-satunya adik suami saya.. merangkap adik ipar saya.. Alhamdulillah.. saya sangat bersyukur... semoga dipermudahkan sehingga pernikahan dan seterusnya berkekalan hingga ke syurga..

Yang berbaju kurung purple itu Nur.. adik ipar saya... tersenyum bersama bakal ibu mertuanya... gembira hari itu.. dan majlis berjalan lancar.. Alhamdulillah... hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.. tapi kami memang diselubungi kegembiraan dan kesyukuran.. itu semasa tanggal 19 Januari 2013.. Gembira... Alhamdulillah...

Hari ini pula, suara mak yang saya rindui turut membawa berita gembira... semalam juga abah sudah cerita sedikit dengan cik abang saya.. walau ada berita yang sedikit sedih tapi saya bersyukur.. Adik saya Zana pula akan dirisik orang.. dan jika semuanya berjalan lancar, akan bertunang juga dalam waktu terdekat... gembira saya... ini menjadi sebahagian permohonan saya.. dan Dia hampir makbulkan.. Alhamdulillah semoga dipermudahkan juga urusan adik saya ini... kemudian mak bercerita pula.. tentang adik saya Izam.. kepalanya terkena besi.. risau juga saya... Alhamdulillah.. dia tidak apa-apa.. Ya Allah, semoga adikku itu sihat hendaknya... mereka semua pelengkap hidup saya yang menggembirakan... Izam juga sudah bertunang.. cuma majlisnya masih dalam proses.. semoga dipermudahkan juga urusan adik saya yang ini...

Adik saya ramai.. saya ada 5 orang adik yang hebat... Shahril dan Nisa sudah berkahwin dan ada anak.. masing-masing ada 3.. tinggal Zana, Izam dan sorang lagi Ikin... mereka semua sangat saya rindui.. sebab kami agak rapat... dan saling berkongsi cerita suka dan duka.. Alhamdulillah... terima kasih Allah.. Kau memberikan mereka semua padaku....

Mahu tulis banyak lagi... bersambung nanti ya..

Salam penutup bicara..


Wednesday, January 23, 2013

MAULIDURASUL & RED VELVET

Salam,

pagi ini awal pula saya sudah sampai di opis.. mahu rasanya tidur dulu sekejap.. tapi jemari saya menari-nari di atas keyboard pula.. cuma dalam perjalanan saya ke kafeteria, saya lihat pelajar sudah mula berbaris.. cantik.. budak² perempuan.. baju pula mengikut tema blok.. mula-mula dari jauh saya nampak biru.. kemudian purple, pink... cantik.. tapi budak lelaki biasa sahaja.. dari bilik saya boleh nampak mereka... cable usb hp saya sudah rosak.. jadi tak boleh upload gambar mereka... saya snap juga pic budak lelaki.. yang jelas kelihatan beratur dari bilik saya... mereka memang ramai.. pelajar di sini hampir dua ribu setengah.. jadi memang ramai.. kedengaran juga alunan selawat yang menyentuh hati saya.. tak pasti pula program apa.. terus sahaja membeli breakfast dan naik ke penthouse saya.. hehehe...

breakfast saya.. yang tidak saya jangkakan hari nih.. jumpa red velvet dengan cream cheese.. wahhh.. menarik.. rm 3.50.. kemudian, saya beli juga nak sebut apa ya namanya... macam tempura tapi panjang.. nampak sedap... tapi belum dijamah lagi...

Alhamdulillah.. Allah tarik sedikit sahaja.. nikmat selera itu.. saya tetap bersyukur... semoga ia akan datang kembali... terkadang risau juga saya.. sebab sedikit sangat yang sama mampu jamah... saya berdoa.. jika waktu saya sudah hampir, moga saya akan tahu waktu itu...walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana saya masih boleh makan.. semuanya masih boleh dimakan.. cuma kurang selera sahaja... jadi saya paksakan juga tekak menelan... semoga apa yang saya beli ini boleh diterima tekak saya pagi ini.. hehe.. :)

Ambil juga pic red velvet itu.. SECRET EDEN CAKES & PASTRIES.. bagi saya rasa dulu ya...

Salam penutup bicara..

Friday, January 4, 2013

BRAINY BUNCH @ SEREMBAN2

Salam rakan-rakan..

Hanya nak cerita... tentang semalam... hantar anak-anak... abang Akif memang dah sekolah start 2/1/2013.. dah masuk darjah dua.. jadi takde apa sangat yang merisaukan mama.. abang memang dah cukup besar.. boleh mengurus diri dan boleh menjaga adik-adik.. cuma bezanya, lepas sekolah abang akan KAFA di tempat yang sama dengan adik²..

* pic Google
Berbulan juga saya mencari tadika baru untuk Harraz.. dan selaras dengan itu, memikirkan segenap sudut.. macam mana hendak ke taska.. adik tinggal dengan siapa.. abang hendak KAFA bagaimana.. semuanya memerlukan saya survey banyak perkara.. termasuk tengok semua aspek... Asalnya Harraz ke Tadika Muttaqqin Pintar di Seremban2.. di Garden Homes.. disebabkan dia sudah 2 tahun di situ.. dari usia 4 tahun, dia mahu ke tempat lain.. saya cuba daftarkan ke Pra-Sekolah di SK Seremban 2B tempat abangnya belajar, tetapi dukacita kami tidak berjaya.. Kami survey juga Tadika Dzul Iman, Genius Aulad, Genius Aktif, Little Caliph dan banyak lagi..

Bila saya ke Brainy Bunch itu, saya tertarik dengan pelbagai perkara.. bukanlah English yang kami utamakan.. cuma pendekatan untuk mendidik mereka yang saya suka.. mereka janjikan kami dua perkara.. pertama anak saya boleh bertutur bahasa inggeris.. dan yang kedua anak saya boleh solat.. bagi saya, yang kedua itu yang paling penting.. saya mahu mereka boleh solat.. dan program mereka juga bermula seusia anak 2 tahun.. bermakna Firas juga boleh masuk ke situ... terdapat juga program seperti KAFA untuk Akif.. akhirnya...

Gambar mereka pagi² semalam... adik nanges juga bila kami balik... tapi pastu dia nangis sikit².. tapi tak sampailah aunt call mama untuk datang amik adik... petang pula bila abang Akif balik dari sekolah untuk KAFA dia ok jer.. masa saya ambil pukul 6 tuh mereka baru selesai belajar solat dan akif dok kacau² abang-abangnya... Alhamdulillah.. moga mereka akan menjadi anak yang soleh..

Saya akan cerita lagi nanti².. semalam petang ada juga cikgu dari pra-sekolah call bgtau dah ada kekosongan sbb ada yang menolak tawaran.. cuma... sangat lambat bagi saya.. sudah mula sesi persekolahan.. semua telah dilunasi.. memang banyak yang perlu kami keluarkan.. cuma bagi saya bila tiba di tahap ini, apa lagi yang mahu saya kejar dalam hidup.. kereta.. rumah.. Alhamdulillah.. DIA sudah berikan untuk kami.. bilamana saya tidak mampu lakukan bersendirian, tidak mampu mengajar mereka sendiri, saya perlu serahkan pada guru yang lebih mampu.. biarlah.. setiap RM yang DIA berikan, ada hak anak-anak.. saya cuba sediakan sebaiknya.. saya mahu mereka gembira.. saya mahu mereka dididik.. bukan diajar.. saya mahu mereka solat bukan sebab kami suruh.. tapi DIA suruh.. dan mereka mahu.. ikhlas kerana DIA..

Ini pula hari sebelumnya... ayah belikan helmet untuk mereka.. sbb ayah selalu naik kapcai gi keje.. jadi senang nak hantar mereka terus.. hehe..

Semoga apa yang saya buat adalah yang terbaik untuk mereka.. mesti mereka akan rindukan Taska Nur Aisyah.. sangat lama mereka di sana..sejak Akif berusia 2 tahun lebih... YA ALLAH, berkati dan redhai setiap yang kami lakukan.. andai tersalah, KAU ampunilah kami.. jadikan mereka anak-anak soleh yang berjaya hidupnya di dunia dan akhirat.. Amin ya rabbal alamin..

Wasalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..