klik2..

Friday, September 27, 2013

ROTI JALA

Salam..

sorry.. ini entry tertunda.. entah zaman bila.. :)

Baiklah.. jika anda pren saya di pesbuk mesti ada lihat saya letak gambar roti jala ini..



Resepi roti jala ini mudah saja.. dan saya sesuaikan ikut dapur saya..  baiklah.. berikut untuk satu adunan.. (saya mesti buat dua sbb satu tak cukup)

Roti jala
Bahan-bahan
1 cwn tepung gandum
1 biji telur
150 ml air
150 ml susu cair (susu segar/santan)
3 sudu makan minyak jagung (mentega cair)
Secubit garam
Pewarna kuning (serbuk kunyit)

Cara membuatnya
Campur semua bhn kecuali tepung dlm blender.. blend sekejap..
Masukkan tepung dan blend lagi..
Tapis dan gunakan acuan yang disukai..
Jalakan mengikut suka atas non stick pan yang telah disapukan sedikit minyak.. gunakan api kecil..

Kari ayam simple
Bahan-bahan
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Rempah tumis
Rempah kari
Kicap pekat - sedikit sahaja
Ayam
Kentang
Asam keping
Garam dan gula

Cara membuatnya
Tumis rempah tumis, masuk bawang, rempah kari hingga naik bau..
Masukkan kicap dan air diikuti ayam, asam keping dan kentang..
Perasakan dgn garam dan sedikit gula..
Kecilkan api.. sehingga sedikit pekat..
Saya tak gunakan santan utk kari nih..

Baiklah.. bolehlah dihidangkan.. tq..

Tuesday, September 10, 2013

CINTA AKU


"Ya Allah, berikanlah cintaMu kepada ku dan jadikanlah aku mencintai orang yang mencintaiMU dan mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu. “

Cinta anugerah indah Rabb kepada hamba.. fitrah diri suka dicintai.. dan menyintai yang lain sebagai pelengkap.. cinta pasangan membawa satu hidup penuh impian dan harapan.. ke mana arahnya, kiri atau kanan hanya dihari pengadilan akan diketahui jawaban.. hari ini jika rasakan hidup penuh sempurna dengan kecintaan pada pasangan mungkin dek kerana diri terhijab dengan kelemahan.. melihat hanya semua kecantikan.. atau jika rasakan hidup terhimpit derita dek cinta yg hanya mainan.. belum tentu kearah kiri atau kebinasaan.. dunia penuh tipu daya.. kerana selalu yang dilihat bukan dengan mata hati. .

Cinta dunia lebih2 lagi ujian buat hamba.. kerana selalu nampak seperti bukan apa2.. mahu makan itu keperluan.. mahu kenderaan itu keperluan. . Betulkah begitu? Dunia banyak sudah terpahat dihati.. semuanya dilihat keperluan. . Tak boleh hidup dengan rumah sempit.. atau kereta hanya sebuah tidak cukup. Banyaklah belajar.. hatta pabila sudah memegang sesuatu, menunggu duit bertukar tangan masih  sempat lg menolak jika tersedar dek bukan keperluan. Hanya kehendak..

Tapi jgn berkompromi bab mengeluarkan wang dan sifat cinta kerana Allah. . Sudah mahu memasukkan duit ke tabung derma.. ah... tidak mahu. Kehendak..sedangkan.. itu dilakukan kerana berkehendak redho Ilahi.. mengejar cintanya.. atau bila mahu menutup aurat sempurna.. terasa tidak perlu kerana itu dan ini.. tidak mahu terlihat baik.. tidak mahu orang berfikir itu dan ini.. sedangkan apa yang sebenarnya perlu difikir-fikir dan ditimbang adalah dari Yang Satu..

Ya Rab, semoga cinta Mu dan redho Mu mengiringi perjalanan ku. Amin.

Friday, September 6, 2013

AKU BUKAN BIDADARI

Memang aku bukan kerna aku masih disini.. kau masih bisa melihat aku.. di alam fana ini..

Justeru aku memang bukan.. dan aku terhiasi dari banyaknya yang tidak sempurna.. tutur kataku terkadang membelah jiwa.. dalamnya terkandung nista.. terkandung harapan yang tidak terlunasi.. dalamnya diiringi riak takabur meninggi diri.. dalamnya cerita bukan aku dan engkau.. ada dia yang terlarang dari bicaraku.. tutur ku banyak yang perlu kujagai.. supaya yang menutur.. dan yang mendengar tidak terseret sama.. maafkan aku... maafkan aku.. maafkan aku...

Justeru aku memang bukan kerna amal perbuatan dan tingkahku cacat lakunya dimata kalian.. terikut bisik yang suka menyesatkan.. maafkan aku.. untuk kesekian kalinya..

Justeru.. aku bukan bidadari.. entah apa yang dilarikan jemari atas paparan skrin juga mampu membelah rasa.. maafkan aku...

Hanya harapanku.. aku akan menjadi bidadari. . Zaujah pemunya diri.. di surga yang abadi..

Akhirnya. . Maafkan diriku.. atas segala tingkahku.. perkataanku.. perbuatanku.. entahkan yang lalu, sekarang atau akan datang.. maafkan aku..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..