klik2..

Thursday, June 24, 2010

BBY.. HOSPITAL.. ICU Part 1

Salam all,

lama dah tak update blog nih... dan selama itulah pelbagai cabaran (Alhamdulillah) merintangi perjalanan hidup ini... untuk bergelar ibu kepada seorang lagi zuriat hasil perkongsian hidup kami... kali ini perjalanan getir terpaksa aku tempuhi.. (Alhamdulillah).. bagiku semuanya mengandungi pengajaran terbesar dalam hidupku.. dan ALLAH HANYA MENDUGA INSAN YANG MAMPU MENANGGUNG DUGAANNYA.. dan aku bersyukur untuk kesekian kalinya..

Rasanya mmg banyak benda yang nak aku tuliskan.. tapi biarlah aku menulis mengikut kemampuanku.. (masih belum betul² sihat).. cuma nak share tentang kegembiraan kami sekeluarga.. menerima seorang lagi cahaya mata... melengkapkan 3 orang lelaki yang akan menggamatkan rumah kami.. hehe.. MUHAMMAD FIRAS MIRZA BIN MUHAMMAD HIJRAH.. firas tuh gigih.. mirza tuh pulak anak yang baik.. memang ketiga² boys tuh MIRZA kami ler.. hehe..

Terima kasih tak terhingga untuk insan² yang banyak memberikan sokongan terutama hubby, nur, mak, apak, k khis, mak, abah, fiza dan semua yang turut mendoakan aku... jasa kalian hanya Allah yang dapat membalasnya...

Till then..

Tuesday, June 1, 2010

Special Congrats to My Love..

Salam all,

saja je nak nak tuliskan entry ni untuk yang tersayang... tahniah atas pencapaian.. walaupon akan berdepan dengan halangan yang lebih besar selepas ini, tapi itu semua bukan masalah.. kita akan hadapinya bersama-sama.. you and me.. more than 10 years... segala kesukaran, cabaran, halangan pasti akan kita hadapi bersama selagi kepercayaan, kasih sayang, kerjasama dan cinta menjadi pegangan kita..

untuk tugasan baru yang lebih mencabar, selamat berjaya.. semoga Allah akan mempermudahkan segala urusan kita..

sepenuhnya kepercayaan dan sokongan dari...
-isterimu @>-->--

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..