klik2..

Saturday, January 11, 2014

4 GOLONGAN MANUSIA DAN KEMARAHAN

Salam rakan-rakan, Sungguh susahnya manusia itu mengawal marah.. kerana saya juga begitu.. bila marah, akan hilangnya kawalan diri. menjadikan akhlak buruk terpapar terutama pada tempat yang tidak sepatutnya.. akan keluar perkataan yang sebenarnya tidak dimaksudkan pada ketika itu.. jika diandaikan dengan api yang membara, ia lebih dari itu.. marah bisa memadam sebuah persahabatan, memutuskan sebuah ikatan perkahwinan, melerai ikatan kekeluargaan dan banyak lagi.. pendek kata.. banyak membawa pada negetif jika tidak dikawal.. Maka, jika kamu marah.. amalkan yang berikut: 1) Diam.. Mengapa diam.. jika bersuara, akan keluar kata yang tidak sepatutnya.. banyak.. cacian.. makian.. talak.. banyak lagi. 2) Jangan berdoa Kenapa tidak boleh berdoa? waktu diri tidak terkawal dikhuatiri apa yang didoakan bukan sesuatu yang baik.. contohnya, meminta orang mati, celaka atau hidup melarat, atau jadi anak derhaka.. Jika sudah boleh mengawal diri maka.. 1) Mengambil wuduk 2) Solat 3) Berdoa 4 golongan manusia. 1) cepat marah cepat reda 2) cepat marah lambat reda 3) lambat marah lambat reda 4) lambat marah cepat reda Ya Allah, semoga saya dan kalian yang membaca akan tergolong dalam golongan keempat. Manusia yang lambat marahnya dan cepat redanya adalah yang terbaik. Tiada bagusnya menyimpan kemarahan lama-lama.. syaitan akan suka, menghimpit dan menghasut.. supaya terus marah.. dan jauhkan redha dan kemaafan dari diri.. Insha Allah.. Salam penutup.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..