klik2..

Thursday, September 25, 2014

CARA MEMBUAT SIRIH JUNJUNG MUDAH 3

Salam,

Seperti biasa, saya memang selalu ambil tender buat nih.. termasuk hantaran dan kali nih memang pakej hiasan meja pengantin sekali.. dan.. lukiskan henna sekali.. kakak pengantin nih bukannya pandai sangat.. tapi nak menjadikannya nampak comel tu boleh laaa...

Since dah ada beberapa tutorial sebelum ini, saya just continue dengan yang simple untuk majlis ikin nih... ok.. basicnya masih sama.. saya gunakan polisterin bulat pada bahagian tengah.. biasanya memang ada banyak jual kat kedai pengantin.. cuma agak panjang saiznya.. so.. potong sikit ikut ketinggian sirih junjung yang kita nak..

bahagian dalam, cover dulu dengan sirih.. alaskan sahaja.. saya gunakan glue gun.. senang.. kemudian sirih yang berdiri tu dah ada dalam tutorial sebelum ini.. susun².. pastu gunakan peniti...

 Last sekali hiaskan dengan bunga hidup.. siap.. senang kan???
Selamat mencuba!

-kakak pengantin-

Wednesday, September 24, 2014

WEDDING - ADIKKU

Salam...

Hmmm... lama sangat tak hapdet cerita.. dan harini, walau kepala rasa berdenyut².. nak juga coretkan sesuatu..

Alhamdulillah.. adikku sah menjadi milik Daus.. dalam majlis sederhana di rumah mak abah saya.. dan sekarang bila di sini sudah terasa rindu pada seluruh keluarga.. walaupon semasa di rumah mak kami semua bertungkus lumus menggunakan seluruh kudrat yang ada..

Saya tetap menjaga diri.. sebab xnak jadi terlalu penat.. tapi sangat penat juga.. sementelah cik abang saya juga tidak berapa sihat.. seperti biasa, banyak yang nak diceritakan.. tapi tunggulah masa sesuai.. ok.. bukan faktor masa tapi faktor m saya.. hihi..

Adik saya ni, rupa yang paling hampir dengan saya.. betulkah?? dulu saya rasa dia sama saiz dengan saya.. rupanya tidak.. kakak dia lagi kurus.. huhu..

Kepada adikku.. semoga berkekalan till jannah.. love u always.. always..

-kakak-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..