klik2..

Monday, December 31, 2012

KEMAS YANG SEMAK.. 2013

*pic from Google..
Salam pembaca blog saya...

Terima kasih sebab datang lagi membaca disini.. sekarang sudah pukul 1:08 tghari.. sudah waktu saya berehat... saya penat... sbb mengemas opis saya... huhu.. satu kesimpulan saya... semakin lama seorang pegawai bertugas di satu jabatan, semakin banyak dia tahu... dan semakin menimbun juga dokumen yang perlu disimpan... saya bukanlah rajin benar memfailkan memo-memo, surat panggilan mesyuarat, surat-surat, dokumen arahan kerja staf saya, minit mesyuarat, dokumen kemaskini data.. etc.. jadi bila sudah beberapa bulan, saya jadi serabut... jadi.. walau saya ada mesyuarat petang ini dan ada kerja lain yang perlu dibereskan, saya gagahkan diri juga mengkategorikan kertas2 yang banyak, menebuk lubang dan memasukkan ke dalam fail berkaitan...

Satu kotak yang berat sudah saya minta 'badang' saya tolong angkat untuk di buang... kemudian, ada satu kotak lagi perlu dirincih.. huhu.. ada maklumat yang berkategori sulit.. hmmm... letih.. tapi puas hati.. sekarang pejabat saya lebih kemas.. meja saya sudah kosong.. hanya beberapa buku nota.. stationary.. dan fail2 nipis yang masih ada keterhutangan kerja di dalamnya...

Saya mohon bertukar.. dan januari ini saya akan memohon lagi dengan bersungguh.. bukan isu kerja yang menjadi masalah saya.. tapi lebih kepada isu peribadi.. dan memang susah sangat nak mencari F41 yang hendak berpindah ke Kuala Pilah.. saya tak putus semangat.. akan terus berusaha.. mohon.. disamping melunasi tanggungjawab saya sebaik mungkin.. saya berdoa agar Dia berikan yang terbaik untuk saya...

Walaupon gambar diatas itu kurang mesra. tapi itu bukan opis saya ya... cuma kesimpulan sepanjang tahun 2012 yang tinggal beberapa jam lagi, saya rasakan tahun yang berbahagia untuk saya... kehidupan berkeluarga saya... anak-anak saya... rakan-rakan di pejabat... tidak ada yang meninggalkan kenangan pahit untuk saya.. saya memang tidak menyambut tahun baru.. cuma ia menjadi titik untuk sesetengah perkara.. dan akan bermula yang baru untuk sesetengah perkara.. hhhmm.. rasa nak alih furniture dalam bilik pula.. hmm.. setat ler gatal2 tuh.. haha.. takkan meja nak menghadap lain pula.. hmmm ntah apa-apa pula..

Salam akhir kalam.. ** mcm tergantung pula n3 nih??

Saturday, December 29, 2012

GAMBARAN HARI KIAMAT


Luangkan sedikit waktu untuk membaca Gambaran Hari KIAMAT ini.

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Friday, December 28, 2012

MAAFKAN MAMA SAYANG


Kisah Pengajaran dan Pedoman

TAJUK: MAAFKAN MAMA SAYANG !!!!!!!!

“Kakak!!!!!!!”. Saya menjerit kuat.

Sudah terlambat. Saya hanya mampu memandang, cermin mata saya yang bingkainya sudah patah. Segera suami mengambilnya dari tangan Aqila.

Saya menahan marah, membisikkan pada diri supaya sabar. Sedang mengawal minda agar menekan butang ‘pause’ dari melakukan sebarang tindakan tidak wajar pada anak kecil itu.

Si kecil yang masih belum faham bahawa ibunya sedang marah, meluru pada saya. Senyum dan memeluk erat kaki si ibu ini.

Di saat kondisi kewangan yang agak menghimpit ini, untuk membuat cermin mata baru, ia satu masalah besar bagi saya. Silau mata yang agak tinggi tidak memungkinkan saya memandu dalam keadaan tidak bercermin mata.

Saya diam. Suami juga diam.

Membiarkan sahaja insiden itu berlalu.

Esoknya, satu beg kertas ada di atas meja, berisi cermin mata baru.

Diam-diam suami ke bandar, buatkan cermin mata baru untuk saya. Ditanya harganya berapa, dia hanya menggeleng kepala. Perasaan saya bercampur baur. Terharu dengan tindakannya, dan serba-salah juga ada. Memikirkan duit yang dikeluarkannya untuk cermin mata saya, di saat-saat begini..

Marah pada si kakak berjaya dikawal. Tidak seperti di awal-awal kelahiran si adik dulu. Si kakak kerap menjadi ‘mangsa’ saya melampias marah.

Marah kerana dia mencubit adik dan adik menangis.

Marah kerana dia ulang alik ke dapur, buka peti sejuk dan ambil telur mentah, acapkali pecah terhempas ke lantai.

Marah kerana dia sepahkan mainannya.

Marah kerana dia meragam tak tentu pasal.

Marah kerana dia menangis di tengah-tengah malam kerana saat terjaga, saya sedang menyusukan adiknya.

Marah dilampiaskan dalam bentuk pukulan dan tengkingan. Dan acapkali dia menangis saat menerima ‘habuan’ itu.

Entah bagaimana kacau bilaunya perasaan si anak yang menjadi kakak di usia setahun setengah itu. Masih kecil, masih belum mengerti apa-apa.

Entah betapa kecewanya dia, mungkin merasakan ibu sudah tidak sayangkannya sejak si adik menjengah dunia.

Entah betapa sedihnya dia menghadapi situasi yang berlarutan beberapa minggu ketika saya menjalani tempoh berpantang.

Mengenangkan jahilnya saya ketika itu, betapa saya ini tidak pandai mengurus emosi. Si anak menjadi mangsa.

Kerana itulah, airmata si ibu ini mengalir laju saat Ustaz Rujhan berkongsi kisah ini ketika ceramah beliau di kolej 2 minggu yang lalu. Kisah yang diceritakan oleh seorang ibu, perihal anaknya yang terlalu nakal.

Rumah yang sudah cantik dikemas oleh si ibu disepahkannya. Berulang kali, meskipun sudah dimarahi.

Si ibu ini sudah hilang sabar. Suatu hari, ditariknya telinga si anak bila dia menyepahkan rumah. Diajarnya pada si anak, agar setiap kali ibu menarik telinganya kerana kenakalannya, si anak perlu berkata: “Ibu, maafkan abang”.

Suatu hari, saat ibu sibuk memasak di dapur, si anak seperti biasa membuat sepah di ruang tamu yang telah dihias rapi oleh ibunya.

Ibu meradang. Si anak ketakutan dan lari ke luar rumah.

“Dummmm!!!”. Kedengaran bunyi sesuatu di luar rumah.

Sudah terlambat, saat si ibu meluru keluar, anaknya sudah terbaring di atas jalanraya. Darah merah memenuhi jalan.

Si ibu memangku si anak yang sudah nazak.

Dengan bibir terketar-ketar..si anak menuturkan kata-kata yang cukup mengusik hati si ibu:

” Ibu…maafkan abang.”. Si anak minta maaf kepada ibu kerana telah menyepahkan rumah tadi. Dan itulah ungkapan terakhir anak buat si ibu….

Saya mengesat airmata yang berlinangan. Mengenang saat saya memarahi anak.

Menyalahkan diri sendiri. Sukarkah memberi maaf pada anak? Kita juga pernah kecil seperti mereka. Bersabarlah wahai ibu! Maafkan mereka..

Hargailah saat mereka ada di depan mata. Kerana kita tidak tahu, sampai bila ianya akan begitu. Saat ia hilang, ia tentu satu perasaan yang sangat sukar untuk ditafsirkan.

Nakal anak tangani dengan hikmah.

Marah hanya membuatkan mereka keras hati. Berdoalah untuk mereka, kerana doa seorang ibu, sangat mustajab buat anaknya.

P/S : Anak-anak itu adalah rezeki. Hadirnya mereka bersama ujian, cabaran buat mematangkan ibu bapa. Sabar itu harus dipupuk sentiasa. Gerun saya memikirkan, anak-anak andai sentiasa dimaki, diherdik, ditengking ibu bapa sendiri yang tidak pandai mengurus emosi, bagaimana emosinya di saat membesar? Akan jadi pendendamkah anak-anak itu nanti?


Sumber : FB.. semoga jadi peringatan untuk kita semua.. termasuk saya...

Wednesday, December 12, 2012

KERETA ROSAK - FIKIRKAN

Salam pembuka bicara..

Bukan kereta saya rosak.. cuma mahu ingat perumpamaan ini...

Kalau kereta kita rosak, anta workshop, pastu mekanik akan repair.. kalau mekanik tak boleh repair maka tak boleh salahkan pengeluar kereta kan???
Sama juga kalau hantar anak pergi sekolah, cikgu mengajar.. kalau anak kita tak pandai, tak boleh salahkan mak ayah je kan???

Ada beberapa kemungkinan..
  • ada defect masa pengeluaran kereta..
  • pereka kereta tak pandai reka kereta..
  • mekanik tak cukup bagus..
  • masa yang diberikan untuk repair tak cukup..
  • kereta taknak berubah??
Huhu.. cuma mahu fikir-fikirkan.. sebab selalunya kalau kita menunding jari pada orang, lagi empat jari balik pada diri sendiri..

* entry ini saja-saja.. bukan sebab saya ada bergaduh dengan sesiapa.. hehe..

Thursday, December 6, 2012

RESEPI DURIAN CREPE

 * hasil tangan saya.. :)
RESEPI DURIAN CREPE - yang ini gunakan 5 jenis tepung.. dan yang saya rasa senang untuk membuatnya..

Sumber saya ambil daripada blog Zach yang memetiknya daripada Siti Hafizah@FB

Bahan untuk Crepe
A: 
20g tepung superfine
10g tepung ubi
10g tepung kentang/potato starch
10g tepung kastad
10g tepung jagung
1sb gula kastor
***Campur semua dan ayakkan dalam satu bekas.

B: 
1 biji telur Gred A
1sb minyak jagung/butter cair - saya guna minyak jagung, senang..
1st esen vanila
80 ml susu cair
110 ml air masak
Sedikit garam - nih saya tambah
***Campurkan semua dalam bekas lain.

Cara:
1. Campurkan Bahan A dan Bahan B. Gaul rata dan tapiskan.
2. Panaskan nonstick frying pan (saya punya 20cm.) Jika perlu, sapu sikit dengan butter/minyak untuk elak melekat. Saya gunakan api yang kecil..
3. Tuangkan sedikit adunan supaya tak terlalu tebal. Bila menggelembung terus angkat (tak perlu terbalikkan).
4. Biarkan sejuk baru letak inti whipping cream dan durian.
5. Simpan dalam peti sejuk baru sedap di makan.

Macam yang saya sebut sebelum ini, saya ambil dalam secawan whipping cream dan pukul hingga soft peak.. saya tak campur apa-apa.. Ambil sehelai crepe dan pipekan whipping cream, letakkan durian, tutup semula dengan whipping cream dan lipat membentuk bantal.

Saya dapat rasakan kalau campur cream custard mesti lebih sedap.. tapi 'M' saya besar.. lain kali kot.. hehe.. ok.. selamat mencuba...

Salam penutup bicara.

DURIAN CREPE

Salam  rakan-rakan pembaca,
Since beberapa hari ini saya cam rajin sikit nak meng'crepe' dek kerana keinginan untuk memakannya, maka saya pon membuatnya.. Hari Selasa saya beli durian di pasar malam @ Seremban2.. tapi tak bape nak sedap rasanya.. warnanya pon agak kurang menarik.. saya cuba usahakan juga.. memandangkan saya tak sempat nak menghadiri kelas Kak Zalina yang sepelaung sahaja jaraknya dari rumah saya.. maka saya surf internet sahaja untuk cari resepi.. ini bukan kali pertama buat.. sebelum ini guna tepung gandum.. hari selasa itu saya cuba yang guna 7 jenis tepung...

Saya sebenarnya mengikuti juga perkembangan 'panas' tentang crepe nih... bagi saya yang memang mengenali cikgu yang mengajar nih, memang puas ati kalau belajar... saya dah beberapa kali pergi kelas demo.. dan kelas diy juga... memang belajar dengan cikgu adalah yang terbaek... cuma kebelakangan ini hidup agak huru-hara.. sangat susah nak arrange masa... jadi saya buat mana yang 'dan' sahaja.. hehe.. cuma.. semuanya milik Allah.. kembalikan padanya.. kita kena faham adat orang meniaga.. dan kena faham juga kalau ada yang kata yuran kelas mahal... cuma.. tak perlu berkata sana sini.. tepuk dada tanya selera.. :)
Crepe yang saya buat malam tadi.. tq hubby amikkan gambar...
Di internet ada resepi crepe yang menggunakan 7 jenis tepung.. 5 jenis.. 2 jenis.. ikut suka nak guna yang mana.. cuma, masa first time try yang 2 jenis tepung tu, cam susah sikit nak melipat.. masa cuba yang 7 jenis pula, macam tak menjadi.. maklumlah.. saya nih beginner je.. bukan pandai sangat nak masak2 nih pon.. masalah saya tentang butter yang cair tuh... cam taknak sebati je.. saya pon pakai butter murah jer.. pastu saya cuba resepi pakai 5 jenis tepung.. so far berpuashati dan sangat selesa.. hehe.. tu yang terhasil yg kat atas tuh..
Saya pack dalam bekas.. senang nak bawak g opis.. okeh.. cuma bab filling saya tak sempat yg bercream custard.. mesti lebih sedap.. jadi saya godak je whipping cream dan terus guna.. malas namanya nih... ok.. sbb masa mencemburui saya, maka saya akan masukkan resepi kemudian ya.. lagipon dah lupa sumber resepi.. nak kena cari balik.. :)

Okeh... salam penutup.. dan maaf,.. pagi² dah tunjuk makanan.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..