klik2..

Wednesday, November 30, 2011

PAVLOVA MUDAH- STEP BY STEP

Resepinya sudah saya tuliskan sebelum ini.. kalau mahu tengok.. kelik saja disini.. sekarang saja-saja mahu tunjuk gambar..

1) Ini gambar putih telur itu.. saya pukul bersama gula sahaja.. masukkan gula sedikit-sedikit ya..
2) Kemudian kaup balikkan dengan cuka, tepung jagung dan esen vanilla..
3) Masukkan dalam piping bag, paipkan atas kertas minyak yang dah dilukiskan bentuk bulatnya.. jangan pulak lukis belah atas.. belakangnya.. nanti ada tambahan karbon pensel plak... memula buat bulat base bawah.. start kecik kat tengah dan pusing sampai jadi bulat.. cam ubat nyamuk tuh... pehtu belah atas tepi paipkan sikit-sikit dan susun macam kat bawah nih..
3) Close-up.. sowie.. keje orang tak pakar.. takdelah cantik.. bulihlah...
4) Pehtu masuk dalam oven.. abaikan oven murahan saya yang kurang menarik itu ya..
5) Bila telah sejuk dalam oven, amik whipping cream, whip jer sampai kembang... curah atas dia dan letak buah-buhan comey supaya nampak ensem.. last sekali ngap.. sedap... hehehehe...
Okies selamat mencuba.. :)

Tuesday, November 29, 2011

PAVLOVA MUDAH - SEDAP DAN SENANG

Biler tengok kengkawan blogger buat Pavlova, saya dah teringin benar.. tapi tidak tahu mana hendak membeli.. cubaan pertama saya totally failed.. taknak jadi merinque langsung putih telur itu.. beberapa sebab telah dikenalpasti.. antaranya sebab putih telur itu telah agak lama saya biarkan pada suhu bilik.. jadi untuk buat keli kedua saya pastikan telur fresh from chiller.. nak dari ayam tak dapek lor.. tak penah bela ayam.. untuk cubaan kedua.. taraaaa...
saya sangat suka... rasa pon sedap..


PAVLOVA
* resepi asal dari abang mat gebu.. dan beberapa blog omputih.. kemudian saya olah ikut saya.. hehe..

Bahan-bahannya
- 75 ml putih telur (lebih kurang dari 2 biji telur saiz agak besar)
- 110gm gula kastor
- 1 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu teh cuka
- sedikit esen vanilla

Cara membuatnya
- pada kertas minyak, bentukkan bulat (saya buat besar-besar cawan, dapat 6 bijik) guna pensel. Terbalikkan dan letak atas dulang pembakar.
- panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius.
- putar putih telur hingga berbuih.. (guna mixer ya..) kemudian masukkan guna sesudu demi sedudu sambil diputar.
- sehingga berkilat, berketul atau senang kata menjadi merinque (terbalikkan mangkuk dia tak jatuh..)
- gunakan spatula, kaup balikkan bersama tepung jagung, cuka dan esen vanilla.
- masukkan dalam piping bag.. (saya masuk dalam pelestik jer..)
- paipkan atas kertas minyak tadi.. ikut ler bentuk bulat yang kita dan buat tadi..
- bakar selama 1 jam 10 min dengan suhu 120 darjah cencius atau hingga nampak kekuningan, terus biarkan menyejuk dalam oven.

Untuk topping atas nya, saya gunakan 100ml whipping cream dan saya putarkan sahaja.. selepas diletakkan pada base pavlova dan hiaskan dengan buah-buahan.. saya gunakan kiwi, strawberry dan blackberry..

bagi saya, saya suka rasanya.. sebab manis pada bahagian bawah dan atasnya buah-buahan yang masam.. kalau tidak suka manis boleh kurangkan lagi gula.. ada orang letak gula pada toppingnya.. tapi saya suka begitu.. rasa cream dah cukup.. :)

Monday, November 28, 2011

CHEESE BROWNIES JADI KEK CEKELAT

Pada pukul 4.10 pagi baru sekejap tadi nih saya membongkar freezer dengan penuh semangat.. berkobar rasa nak membuat cheese brownies untuk majlis adik saya pagi ini.. siap menyuruh en tersayang membelikan telur semasa beliau pulang untuk berehat waktu maghrib semalam.. (terima kasih yang.. siap basah2 kena ujan lagi..) tapi terpana seketika.. saat mahu mengeluarkan butter.. sudah abis stok rupanya.. waaaa.. geram dengan diri sendiri.. kini baru saya menyedari kenapa asik berkobar hendak ke bakers mall jer.. rupanya nak beli stok barang buat kuih saya..
*pic en google punya..
otak berpikir ligat.. nak buat pavlova macam tak logik pulak.. (sbb semua barang nak buat ada...).. so.. saya pon tukar plan ke chocolate kek yang sangat mudah.. huhu.. ini je yang termampu.. di saat ayam pon tengah tido... semalam kepala berat sedikit.. tekak pon sudah sakit.. tanda2 mahu demam.. itu yang tidak jadi membaking malam tadi.. jadi lepas membancuh kek pagi ini sudah saya telan panadol siap2 2 biji..

saya menghadapp pc kerana menunggu kek masak.. dalam pukul 5.30 akan siaplah.. topingnya pagi nanti saya buatkan.. sbb kek masih panas dan rasa mahu tidur selepas kek siap nanti..

kesimpulannya.. sentiasa pastikan apa yang perlu ada itu ada.. (maklumlah saya rajin menchepkan diri sekarang.. hahaha.. ) dan.. sangat rindukan paper quillin skang nih.. takpe.. yang wajib didahulukan.. semoga Allah sentiasa berikan kelapangan dan kesempatan buat saya untuk buat apa yang saya suka.. :)

Thursday, November 24, 2011

TIP MERAWAT HATI YANG DUKA

DARIPADA  Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad
Berikut adalah 7 Tip Merawat Hati Duka. 
1) Apabila memberi tidak perlu mengharapkan apa-apa. 
2) Yakinlah kebaikan kita Allah nampak dan pasti dibalas Nya 
3) Usah terlalu fikirkan isu itu, fokus pada perkara yang membuatkan kita gembira. 
4) Dalam kita berduka, masih banyak sebab untuk kita merasa bahagia. 
5) Baca al-quran dan berzikir. 
6) Mengadulah pada Allah bukan pada manusia. 
7) Duka atau suka adalah pilihan kita, orang lain tidak boleh membuat kita berduka kecuali kita mengizinkannya. 
Fikir-fikirkan dan semoga semua gembira hari ini.

SEKALI LAGI - FIRAS BERSAMA AYAH

Terpaksa lagi meninggalkan bby comel ini.. terasa sudah rindunya.. selalu.. petang balik kerja dia sudah menerkam pada saya.. mahu melekat saja.. bila petang ini.. terpaksa lagi di Ancasa untuk takwim.. saya sudah rasa semacam.. tempat masih di hotel yang sama dengan minggu lepas.. malas ada... boring pon ada.. nasib baik perbincangan menarik dan mendapat respon baek semua orang...

Caiyok.. semangat.. harap-harap mereka boleh datang ke sini.. rindu pada 4 lelaki itu.. sangat banyak... :(

Wednesday, November 23, 2011

AKIF DAN INSYIRAH

Exceli... entry nih bukan nak citer pasal diorang duorang.. cuma nak tunjuk gambar jer.. inilah gambar sekitar majlis konvo budak itu.. maksu pon ada tau.. banyak maksu tolong.. tenkiu ya nur.. nih gambar insyirah dengan akif ya.. hehe..
Akif nyanyi nasyid... pastu harraz nyanyi lagu kepompong dengan chicken dance.. memang comel dia buat.. masa record video tuh tergelak² saya.. walau dok jauh.. bila dah zoom nampak jelas apa yang dibuatnya.. hehe...
Adik firas pulak rajin tawaf keliling dewan.. suka betul dia.. alhamdulillah dia tak meragam.. walaupon dah ngantuk sebenarnya.. :)

Tuesday, November 22, 2011

GRADUATION - MUHAMMAD AKIF MIRZA


Ini cerita dan gambar hari Ahad lepas.. sudah habis pendidikan pra sekolah untuk abang.. tahun hadapan akan menjejak kaki ke Tahun 1.. huhu... tahniah anakku atas segala daya usahamu... Mama cukup bangga dengan Akif.. Akif lebih pandai dari mama masa mama seusia Akif.. dah pandai mambaca.. menulis.. mengira.. mengurat.. (aikk.. nih pon ada ker??).. hehe... ada gambar dia dengan Insyirah.. bukan ada apa² yang serius.. cuma gurauan zaman kanak².. hehe.. stop... byk kije... nanti ya... upload banyak sikit gambar konvo nih.. hehe..

Tuesday, November 15, 2011

MAMA DAN FIRAS

Hmmm.. beratnya nak menulis.. sebab ati sedih... sbb teringat kat budak comel.. bukan suka-suka teringat... tapi sbb bangun pagi-pagi baju dah basah dek susu.. pastu baca pulak mesej dari papa dia.. malam dia merengek sejam lebih.. menangis slow-slow.. tidak mahu minum susu botol.. kasihan dia... dan hati sedih bila mengenangkan itu...
pagi ini di Ancasa KL menyambung perjuangan untuk mesyuarat ptm.. hmmm.. petang ini nak balik selepas meeting.. jika diizinkan-Nya.. semoga dipermudahkan....

Sunday, November 6, 2011

PANDUAN IBU BAPA : BACALAH..

PANDUAN MENDIDIK ANAK

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan... tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
See More

Saturday, November 5, 2011

SYAWAL YANG TERLEWAT : JAMUAN RAYA ICT

Salam..
Sudah hampir Aildiladha.. Gambar Aidilfitri tidak terupload lagi.. jadi ini.. hanya gambar² untuk kenangan semua..
Azma sedang memotong cheese brownies yang dibuat oleh saya.. hehe..
Lemang.. sedap nih.. bukan kami membakar.. tapi kedai.. ditunjuk oleh ishak dan zubir..
Ini saya, Azma, Zubir, Shahrin dan Ishak..
Saya dah Azma... sekarang berposing dan amik gambar guna hp saja.. malas sungguh nak menghangkut dslr itu.. kasihan dia.. duduk di dalam beg saja.. :(
Meja desert.. penuh kan??.. macam-macam ada.. tapai pulut.. aiskrim, cendol, kek choc... macam²... dan.. sangat seronok.. time nih ler leh rasa nasi daging dari kawan baek saya... laksa johor.. ketupat.. lemang.. rendang.. kuah kacang.. sedap².. penuh ler perut saya time tuh..

Walaupon penat.. tapi sangat berpuas hati.. harap² tahun depan ICT leh buat lagi jamuan raya nih.. :)

BOOK REVIEW : THE PRACTIKAL HANDBOOK OF CARD-MAKING

Just nak share dengan kengkawan yang suka nak buat kad.. dan aktiviti seumpamanya.. saya jumpa buku ini.. sangat murah dan sangat menarik.. memang tak habis lagi saya membeleknya.. a lot of very attractive pictures with step by step on how to make it.. really owesome..
nih muka depan buku tuh...
antara kandungannya..
siap ada template lagi. ..
dan step by step bagaimana membuatnya...
template untuk pelbagai projek yang dihasilkan..
saya sangat suka... ok... beli di MPH.. dan harganya sangat murah sbb bawah 50 hengget consider ok for me.. :)

Friday, November 4, 2011

SEMINAR ICT @ PUTRAJAYA

Pergi seminar pon nak amik gambar kan?? hehe.. suka jer.. sbb dah boring... ada speaker yang sorang tuh ok... yang lagi 2 tuh boring sket.. dah ler sampai lambat.. sbb kami pusing nyer jauh nak sampai ke purtrajaya nih.. hahaha...

Dalam dunia hari ini memang ada beberapa perkara perlu diberi perhatian terutama pelbagai jenis penipuan yang melibatkan email.. fb... selain tuh langkah keselamatan bila kita terlalu mendedahkan xtvt pada umum juga perlu diberi perhatian... banyak ler.. cam sambung bagi ceramah pulak... cuma conclusion maybe laen kali saya tuliskan.. bukan apa.. untuk jadikan peringatan pada diri sendiri dan kengkawan...

Pastu.. nak gak tepek gambar apam... apa sinonimnya?? takde.. sbb saya selalu buat apam nih.. nak dot² memang tak bape ada masa.. so saya lukiskan ikut suka saya.. hahaha.... seni ler konon... bulih gitu...
Nih buat time firas sakit mulut.. x selera nak makan.. kalau ada apam nih memang konpem dia makan.. suka dia... baru kuar dari kukus dan mintak.. :)

Thursday, November 3, 2011

PAPER QUILLING : FRAME PENGARAH..

cantik tak?? hehe.. saya buatkan untuk pengarah kolej saya yang bersara.. memula malu nak bagi.. yelah.. bukan pandai sangat buat.. nanti orang kata syiook sendiri jer.. huhu... tapi yang penting saya ikhlas buat untuk dia.. kenang-kenangan untuk dia.. dalamnya ada pantun yang saya dedikasikan untuk dia...

bagi saya banyak kesannya kehadiran bos saya nih walaupon seketika cuma.. banyak saya belajar... semoga saya akan ingat suma pesan² x boss saya nih.. :)

frame nih saya beli.. pastu tepekkan dengan bunga yang saya buat tuh.. kebetulan saya plak pakai baju yang sama tema dengan frame yang saya buat nih masa hari persaraan beliau... semoga persaraannya adalah waktu terbaek sepanjang hidupnya.. :)

Wednesday, November 2, 2011

KAMI MAKAN ICE-CREAM KAT TESCO S2

Salam...

ari ahad lepas... papa kami kije... mama kami bawa kami pegi tesco lepas kami bekpes.. masa bekpes tuh papa kami ada.. tu pon masa kami makan tuh papa kami kena pegi opis dulu.. jadi kami makan dengan mama kami.. saya makan roti canai.. (saya cakap nak roti canai.. tapi mama saya order roti kosong..) tapi bila dapat.. hehe.. sama jer.. saya minum milo.. adik saya harraz makan nasi goreng.. pehtu firas makan roti telur.. tu mama saya suapkan..

lepas makan.. baru papa sampai... saya kena jaga adik sbb mama saya nak makan pulak.. dia makan soto kot.. pastu order lagi roti kosong untuk harraz.. sbb dia tak cukup pulak.. mama kata gi tesco sbb nak beli berus gigi saya.. untuk kat taska punya.. tak ader lagi.. yang lama ntah mana..

kat tesco kami pow mama kami aiskrem.. saya nak milo punya.. harraz pon sama.. ini gambar kami... hehehe... comel kan adik saya firas tuh.. huhuhu...
mama saya dok pegang sekerim dia.. pehtu mama tolong abiskan bila seketul besar jatuh kat tangan mama.. hahaha..
ini bukan akif yang taip.. tapi mama dia... saja jer.. hehehehe..

NASI ARAB DAMSYIK BERSAMA ANAK BUAH

Dah berapa minggu berlalu.. cuma waktu nih gi arab damsyik dengan anak buat.. suma ada kecuali Azma.. sakit mata.. nak wat camner.. maka kami ber 7 jelah yang mengngap nasik tersebut dengan sedapnya..
nih anak buah saya yang lelaki.. abang ujang sebagai yg paling tua diorang suh makan dengan kitorang yang pompuan.. hehe.. saya dan fiza ler tuh... nampak menyelerakan.. memang pon.. saya suka.. :)
candid gambar fiza yang sedang menuang teh dengan bersungguh².. hehe...
ini saya.. dan dia.. kalau ada azma bertigalah kami... untuk semua anak buah ICT saya.. terima kasih atas kerja yang dijalankan.. u all memang mavellous.. hehe... hope u all akan berikan kerjasama terbaek itu sepanjang saya kat KMNS nih. (apsal plak ayat camnih??.. ) huhu.. terharu..

Tuesday, November 1, 2011

BIRTHDAY NAZRI

Dah lama.. awal bulan dulu... dah makin tua kawan kite nih.. cuma belum lagi ada surinya.. bile ye?? musti dia busan.. asik kena usik dengan kami.. bab ini... bukan tak mahu.. belum sampai lagi.. pasti akan ada nanti.. cuma tunggu timenya tiba...

sedap kan nampak choc indulgence tuh... bukan saya yang buat.. secret resepi yang buat.. bukan juga saya yang beli.. saya cuma makan sahaja.. hahaha.. sedap².. yum²... doa saya.. semoga kawan saya nih panjang umur.. murah rezeki.. sihat selalu... dan.. dapat kawan cepat².. sementara saya masih berkhidmat disini.. hehehe.. :)
Amin..

BUDAK BOTAK SAYA

Anak-anak saya sekarang botak.. tapi rambut sudah tumbuh sikit.. tapi yang paling comel bby Firas.. huhu.. cute jer tengok dia.. dah pandai bercakap ikut apa orang ajar... tapi masih sibuk nak menyusu macam dulu² juga.. tapi saya tak kisah.. bagi saya tanggungjawab saya terhadapnya sehingga dia 2 tahun.. sikit saja lagi... Alhamdulillah untuk Harraz berjaya saya sempurnakan dengan jayanya.. cuma Akif dulu saya gagal.. saya tak cukup kuat.. tapi tidak mengapa... manusia kan belajar dari kegagalannya.. :)

Ini sewaktu pulang dari pasar malam.. ayah pergi membeli burger.. kami semua menunggu dalam kereta.. (sila kunci kereta ya jika menunggu begini...) ya.. sentiasa beringat... takut² ada orang masuk dan larikan kami semua... dua abang berbaju angry bird.. masih tak hilang obsesnya pada burung marah itu.. ikutkan saja.. tapi kainnya juga sedap dipakai.. biarlah mereka pakai.. hingga buruk.. hehe..

Adik baby suka buat muka.. dengan pelbagai mimik muka.. sekejap membuka mulut luas.. terkadang berpaling kelain menunjukkan malu².. huhu... gatal (kata kakak siti di taskanya..) haha.. budak itu.. love u all...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..