klik2..

Monday, May 28, 2012

HATI RISAU, YA ALLAH PERMUDAHKANLAH..

Salam semua,

esok hari besar untuk saya.. kerana ada kerja yang sangat besar.. pendaftaran pelajar baru... yang sangat penting.. kerana tanggungjawab memastikan semua pelajar +-2k itu menggunakan sistem terletak atas saya.. dan bila malam ini saya mahu akses pada sistem itu, nampak seperti ada masalah..
ya Allah.. Alhamdulillah.. pasti ada hikmahnya.. sebab itu, pasti sukar melelapkan mata.. risaukan esok.. namun pasti hanya pada-Nya tempat berserah sekarang.. bantulah aku Ya Allah..

semoga semuanya akan berjalan lancar esok.. Amin..

Tuesday, May 22, 2012

KAMI 8 TAHUN LEPAS : HAPPY ANNIVERSARY!

Salam all,
speechless..

"tarikh yang sama lapan tahun lepas apa yang abang rasa..." jawab cik abang saya.. "takut.. sedih.. gembira..." "kenapa sedih?"... "nak tinggalkan zaman bujang!" .. huhu.. geram saja mendengarnya..
itu gurauan kami malam tadi..

dan sekarang saya sedih... kerana segalanya seakan terbentang di hadapan mata saya... suka.. duka.. pahit.. manis.. kegembiraan.. kasih sayang... dan sekarang saya rindukan dia.. huhu.. (kat opis kan??).. ntah pape..

for my beloved husband..
i love u so much..

thank you Allah.. pemberian berharga sebagai peneman saya mengharungi perjalanan ini.. Alhamdulillah...
“If I had a single flower for every time I think about you, I could walk forever in my garden.”

Diluar sana mahu hujan... tapi hati saya berbunga².. mahu bicara dengannya.. :)


Monday, May 21, 2012

SOLAT

Solat adalah satu hadiah daripada ALLAH S.W.T kepada umat manusia yang dihadiahkan oleh ALLAH sendiri kepada Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad S.A.W tanpa ada perantaraan malaikat Jibrail A.S.




Kalau kita baca kisah penurunan Al - Quran pun ALLAH S.W.T menurunkan Al - Quran itu kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril A.S. namun Solat dihadiahkan oleh ALLAH sendiri kepada Nabi MUHAMMAD S.A.W tanpa perantaraan sesiapapun semasa Israk Mikraj.



Sebenarnya, solat ini adalah perbuatan yang dilakukan oleh para malaikat. Ada malaikat yg akan bersujud pd ALLAH seingga kiamat, ada yg berdiri sehingga kiamat, ada juga yg rukuk sampai kiamat dan ada juga yg tahlil, dan tahmit pada ALLAH sehingga hari kiamat. Jadi apabila solat ini sampai pada umat manusia, ia sudah merangkumi segala perbuatan dan pergerakkan para malaikat.



Sebaik sahaja ALLAH S.W.T menciptakan malaikat Jibrail A.S., Jibrail A.S. telah sujud pada ALLAH S.W.T sebanyak 2 kali. Setiap kali sujunya adalah selama 1000 tahun, jadi 2 kali sujud jadi 2000 tahun. Sebaik sahaja selesai sujud, ALLAH bertnya kepd Jibrail A.S, " wahai Jibril, kenapa lama sangat kamu sujud pada ku?? ", Malaikat Jibril menjawab, ini adalah tanda kesyukuran sy pada Rabb aku yg menjadikan aku dengan sebaik2 kejadian. Namun ALLAH menjawab, akan datang satu umat nanti didunia dimana mereka akan sujud pada keadaan lalai dan tergesa2, sujud umat itu adalah lebih mulia disisi AKU berbanding dengan sujud mu, kerana kamu adalah maksum,hanya diciptakan utk beribadat pada AKU, namun mereka sujud pada AKU dalam dunia yg penuh dengan keperluan dan nafsu. Bertuahnya kita mendapat hadia yg begitu berharga daripada ALLAH kan...



Namun sebaik2 solat adalah diawal waktu, dirumah ALLAH ( Masjid @ Surau ) dan secara berjemaah. Namun kebanyakkan kita tidak berbuat demikian.



Apakah kelebihan solat di masjid ?

Antaranya ialah :



Dari Abu Musa As-Syaari RA katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang lebih besar pahala dalam mengerjakan sembahyang ialah yang lebih jauh, serta lebih jauh lagi perjalanan" ▬ Sohih Bukhari dan Muslim.



Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Sesiapa yang bersuci di rumahnya (berwudhu’), kemudian ia pergi ke salah sebuah rumah dari rumah-rumah Allah, untuk mengerjakan sembahyang fardhu, nescaya setiap langkahnya itu: yang satu menggugurkan dosanya, dan yang satu lagi menaikkan darjatnya setingkat lagi” ▬ Sohih Muslim.



Dari Jabir RA lagi, katanya: “Bani Salimah – salah satu kabilah kaum Anshar yang terkenal radhiallahu ‘anhum – bermaksud hendak berpindah tempat di dekat masjid. Berita itu sampai kepada Rasulullah s.a.w., kemudian beliau s.a.w. bersabda kepada Bani Salimah itu: “Sesungguhnya saja telah sampai berita kepadaku bahawa engkau semua ingin berpindah ke tempat di dekat masjid?” Mereka menjawab: “Benar, ya Rasulullah, kita berkehendak sedemikian itu.” Beliau s.a.w. bersabda lagi: “Wahai Bani Salimah, tetaplah di rumah-rumahmu itu saja, akan dicatatlah langkah-langkahmu itu – pahala melangkahkan kaki dari rumah ke masjid itu pasti dicatat sebanyak yang dijalankan. Jadi tidak perlu berpindah ke dekat masjid. Tetaplah di rumah-rumahmu itu saja, akan dicatatlah langkah-langkahmu itu.” ▬ HR Muslim.



Ertinya : Daripada Ibn Umar RA ,Nabi S.A.W. bersabda : “Solat berjamaah LEBIH AFDHAL daripada solat bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat(27) “ ▬ Sohih Bukhari dan Muslim.



Terdapat banyak fadhilatnya tetapi cukuplah dgn berita gembira ini dahulu…jika,seseorang yang lembut hatinya,nescaya sudah cukup bginya untuk terbuka hatinya…insyaALLAH

Tuesday, May 15, 2012

KEMPEN HIJAU KMNS

Salam all,

hari ini, saya pakai baju hijau.. tudung pon hijau... cuma seluar jer biru.. (takde track suit hijau.. hehe..) bawak tupperware bekal pon hijau... hari nih kami ada misi.. nak tanam pokok keliling kolej kami.. sikit jer.. bukan banyak pon.. tapi kami excited.. gembira lebih gitu.. hehe.. dah lama tak maen tanam.. cuma geram sikit kat diri sendiri.. lupa nak bawak pokok yang dah disemaikan kat rumah tuh.. huhu... ntah pape.. (sifat manusia kan... hmmm... )..

nanti nak amik gambar sikit.. nak gi isi perut dengan mee goreng harraz hari nih.. (sempat merajuk sbb saya nak goreng kuey teow... (paberet abang.. ) soo.. abang mengalah.. esok baru mama wat kuey teow ya... huhu...:)

: kulihat hijau...

Friday, May 11, 2012

MY WISHLIST - TRIO MIXER, STEAMER AND BUTTERFLY OVEN

Salam all..

Alhamdulillah... saya suka sangat hari... gembira sangat.. semoga Allah permudahkan urusan saya yang lain selepas ini... sebabnya.. dah bebrapa ari saya menggodek sana sini... saya kol sana sini... sebabnya saya nak cari ini...
FOOD STEAMER TFS-18 POWER STAND MIXER TPM-1000
* pic from http://triokaden.com

saya dah berangan nak beli mixer sebelum nih.. yelah.. saya suka baking.. pastu pakai hand mixer elba saya tuh.. sedih sangat... sebelum nih saya dah gi belajar wat fondant.. giler tuh nak kacau pakai elba saya tuh.. sooo.. saya gugel dan cari mixer yang heavy duty sikit tapi still affordable.. yelah.. saya nih kalau buat pape over bersungguh sikit.. tuh yang hampir nak gi puchong cari barang yang saya nak nih.. chef asma ada jual online dan pos.. tapi saya nih lagi selesa kalau dapat tengok barang yang besar² nih..

hari nih rehat panjang... dok bertanya kengkawan kedai barang letrik kat pilah nih.. diorang kata nape saya tak carik kat seremban... thye hin kedai yang saya slalu dok gi beli barang rumah tuh dah beberapa kali tutup time saya nak beli barang hari cuti.. dan bila saya kol semalam dia memang takde jual barang trio nih.. soo... akhirnya saya pusing Pilah.. dan Alhamdulillah.. Allah gerakkan saya pada apa yang saya mahukan.. dua barang nih saya dapat RM 820 jer.. dapatlah Trio Mixer 5lt dan sekali dengan steamer...

pastu.. saya gatal dok tengok oven sekali.. haaa... amik ko.. saya beli sekali Oven Butterfly 55 lt nih..

* pic from http://rcmesinmakanan.files.wordpress.com
penuh viva kecik saya... memula mmg taknak oven tuh... laen kali nak amik.. pastu dah tokeh tuh kata leh susun... soo.. sempit ler sikit kengkawan saya nak naik petang nih... sori ya kawan².. hehe...

Alhamdulillah.. :)

Saturday, May 5, 2012

PAPER QUILLING : FOR AKIF'S TEACHER

Salam all,

Cikgu Atiqah dan Cikgu Loke dah tamatkan praktikalnya di sekolah akif.. anak bujang saya minta saya buatkan sesuatu untuk cikgunya.. ini adalah tempat letak nota.. dari kayu.. kemudian saya buatkan kad yang ringkas dengan sedikit hiasan bunga paper quilling.. pink untuk c atiqah manakala kuning untuk c loke..
Tq cikgu atas segala ilmu yang dicurahkan untuk anak saya.. :)

:: next projek untuk teachers day plak.. :)

terima kasih singgah dan baca blog saya..

Friday, May 4, 2012

N9>PAHANG>TERENGGANU>KELANTAN

Salam,

tengahari ini, saya terpaksa memilih.. samada paper quilling atau updet blog... so... pasti anda tahu saya pilih apa..
cuma mahu cerita journey ke pantai timur.. saya memang tidak pernah sampai.. tapi entah kenapa gambar semua pada en terhebat saya.. hanya ini.. gambar dari meeting room kami di felda residence kuala terengganu.. seronok juga berjalan.. dan menikmati keropok lekor yang sedap.. memang lain rasanya daripada yang disini.. tujuan sebenarnya memanglah meeting.. (dah mention pon meeting room).. tapi saya menghangkut sekali seangkatan hero² saya...

maka.. kami pon bertolak dari seremban2 27 april yang lepas.. sampai dan check in pon sudah malam... esoknya, awal pagi sudah meeting... tidak berjalan ke mana lagi.. hinggalah abes meeting petangnya baru bawa anak main² di playground berhampiran hotel.. malamnya selepas dinner kami pusing² naik bas (excited hero² naek bas.. sampai tertido..) bersama angkatan yang telah seharian penat meeting..

esoknya baru cerita best.. sbb gi pusing kat pasar payang... best.. macam² ada.. cuma bawak hero² kecik nih besalahkan.. penat lah.. hauslah.. hehe.. kami singgah ke rumah fiza.. adik sepejabat.. malam itu, kami lepak di juita inn.. ok ler.. cuma dah agak berusia sikit biliknya.. esoknya after bekpes, kami ke pasar siti khadijah.. (tengok² jer..) pastu kepengkalan kubor.. ok ler tgk tempat orang.. seronok juga... cuma time nak kuar tuh kena 10% tax.. (hmmm.. pikir jap... kat mana duty freenya??).. ok.. saya tak kena pon sbb bukan bersoping sakan... sikit² jer.. (seat belakang sekali dan letak barang.. tak bulih bebudak baring tuh sikit ker??).. sempat beli periuk kat pasar payang.. mana taknya... huhu... sempat juga bertemu zura... adik serumah zaman belajar yang dirindui.. tapi tak sempat borak panjang.. :(

balik kami lalu pantai.. dari kelantan sampai kt semula sbb nak beli kopok.. cuma tpt byk dah tutup.. seb baek dapat.. cuma x cukup seperti yang di plankan.. habis ler suma kopok kedai tuh kami borong.. sedap.. memang best...

perjalanan balik.. hmmm.. tersangat ler jauh.. kami ikut karak sbb nak kuar kat s2.. sampai nak dekat pukul 4 pagi.. terima kasih en hubby.. yang drive.. yang tak tido.. yang penat.. yang segalanya.. tapi memang seronok lihat dunia lain ciptaan Allah.. Seremban dan Kota Bharu memang sangat lain... climate.. hmm.. susah nak describe.. kena buat satu entry asing kot untuk nih.. hehe..

ok.. cukup.. till then.. salam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..