klik2..

Monday, October 31, 2011

LOVE HER

 * pic from ice.happycircle.co.uk

EVERY HUSBAND SHOULD READ THIS:

"Love her …when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.

Love her…when she "pushes" you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

Love her…when she asks you to play with the kids. She did not "make" them on her own.
...
Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you

Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.

Love her…when her cooking is bad. She tries.

Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.

Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she's beautiful.

Love her…when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.

Love her...when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.

Love her…when she buys you gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always wanted.

Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change. Love her…when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell her its going to be okay

Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)

Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass

Love her…when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway

Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.

Love her…when she argues. She only wants to make things right for both

Love her…she is yours. You don't need any other special reason!!!!

All this forms part of a Woman's Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.

The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:

• Treat the women well.

• The best of you are those who are the best in the treatment of their wives."
By: Stunning Hijabs

Sunday, October 30, 2011

CHEESE BROWNIES - STEP BY STEP

Resepinya telah aku tuliskan disini.. cuma ini mahu tunjukkan step by stepnya.. khas untuk rakanku rina..
1) Saya cairkan butter dan masukkan koko dan kacau.. koko akan cair dalam butter yg masih panas.. gunakan kaedah double boiler okeh untuk cairkan butter tuh.....
2) Masukkan telur yang telah dikacau bersama gula.. saya gunakan whisk sahaja.. kacau lagi.. akan jadi warna cekelat gini... Masukkan susu cair dan kacau lagi..
3) Masukkan tepung yang dah dicampur dengan serbuk penaik dan soda bikarbonat kacau lagi... tepung masukkan sikit² tau.. sambil dikacau.. masukkan esen vanilla.. kacau..
4) Alas tin pembakar dengan kertas minyak dan disapu dengan butter.. kan nampak licin² tuh..
5) Ini ler adunan yang dah siap tadi... amik dua sudu makan masukkan dalam piping bag.. kalau saya memang saya guna plestik biasa jer.. nanti baru lubangkan ujung dia..
6) Dah masuk dalam piping bag..
7) Tuang dalam tin pembakar tadi.. biar hujung dia panjang sikit.. nanti senang nak kuarkan..
8) Siap dibakar.. tadaaaa.. dah naik sikit.. Suhu 175 darjah celcius selama 20 min.
9) Pukul cream chese hingga kembang.. masukkan gula, pukul, telur, pukul.. pastu tuang atas brownies tadi.. kemudian kita nak maen lukis²...
10) Buat garisan menegak yang jaraknya sama.. sampai siap.. seperti dalam gambar diatas dan bawah.. okeh sengek² gak ler.. takkan nak guna pembaris kot..
11) Kemudian guna belakang garfu atau sudu.. ikut rajah berikut.. tarik jer jangan sesegan.. hingga siap..
12) Lepas tuh masuk balik dalam oven.. bakar sekejap..  lagi 15 minit..
Last sekali tarik keluar dari tin pembakar.. potong sket tepi dia bagi cantik.. pastu leh ngap atau bagi kengkawan.. harap² rasanya mavellous cam yang saya buat.. hehehe..

tips.. kalau nak potongan cantik, gunakan pisau yang bersih dan direndam dalam air panas.. setiap kali nak buat potongan, bersihkan pisau.. hehe..

Saturday, October 29, 2011

PAPER FLOWER : ROSE?

100% made from paper... saya sangat suka.. sebab dia cantik.. ada 7x2 lapisan kelopak.. kena potong ikut sayes dia.. dari kecik sampai ler besar.. cuma yang saya buat nih agak besar sikit.. jadi hati belum berkenan lagi... nak terus cuba dan cuba.. bagi perfect.. cuma keadaan belum mengizinkan.. nantilah...
sebenarnya sangat ler susah nak dapatkan tutorial untuk diy paper flower nih.. kalau ada kesempatan nanti saya usahakan untuk dapatkan yang terbaek.. pehtu dah lupa amek kat mana.. nanti saya cari ya web dia.. ada nih.. dah simpan.. carik dulu..

rasa nak buat sendiri tak?? :)

Friday, October 28, 2011

RESEPI : CHICKEN PIE

Buat chicken pie follow cara bro ryo buat... nak tau camner bro ryo buat... sila kelik sini...

okeh.. berdasarkan resepi tersebut, saya tokleh nak ikut 100% (sbb budak kecik kat umah tak suka mushroom.. suka plak sosej..) .. jadi kire nih edisi derhaka ler nih (ayat bro mat gebu nih.. hehe) .. okeh.. camner saya buat...

Chicken Pie (Pai Ayam)
resepi asal:Ryo@ryoazhar.blogspot.com
(telah di modifikasi ikut saya.. huhu..)

Bahan-bahan;

* 200kg kentang
* 50 g butter
* 1/2 gelas fresh milk
* 200 gram daging/ayam cincang
* 1/2 labu bawang besar *dipotong dadu
* 2 ulas bawang putih *dihiris
* 4 batang sosej *dipotong kecil
* 1/2 cawan mixed vegetable
* 3 keping cheese slice/ cheddar/mozarella cheese
* 1/2 kiub ayam maggi
* Secubit garam
* Air untuk merebus

Caranya :

1. Rebus kentang,biarkan masak.Sambil tu buat intinya.
2. Buat inti : Tumis semua bawang sehingga naik bau.Kemudian masukkan daging/ayam cincang. Biarkan agak kering, masukkan semua benda lain, sosej, mixed vege. Pecah-pecahkan kiub ayam maggi. Kacau dan biarkan sehingga kering.
3. Dah masak inti, ketepikan. Tos dan lenyekkan kentang bersama butter,fresh milk dan masukkan secubit garam.
4. Tuang inti ke dalam loyang/casserol/bekas aluminium.Kemudian lapiskan kentang yang telah dilenyek. Ratakan. Kemudian koyak-koyakkan cheese slice dan tabur di atasnya.
5. Ketuhar dipanaskan pada suhu 180'c selama 10 minit.Kemudian masukkan pie tadi,tambahkan lagi masa 20 minit..Gunakan api atas je.
6. Bila cheese dah cair dan berwarna perang....masak ler tuh.
7. Dah siap.
saya sangat suka.. bagi saya sedap... en mavellous kata part kentang tuh banyak sangat.. dia tak bape nak gemar.. anak² makan gak.. tapi sikit jer.. saya jer makan banyak sowang².. sedap.. saya suka.. lean kali nak masak² pastu makan dengan kengkawan kat opis.. lagi best.. hehe..

AMBIL GAMBAR APA??

Gambar ini mereka ambil... rasanya Akif.. saya tak marah.. cuma bila upload gambar ke pc dan view.. saya tergelak.. anak2 seperti kami.. which means i and my mr mavellous.. huhu.. kami ambil gambar.. anak perhatikan gambar apa yang kami ambil.. dan mereka ambil bila mereka mahu.. hehe.. anak oh anak.. mereka memang sangat.. sangat celik it.. sbb kami begitu..

cuma.. kalau tertanya itu gambar apa.. okeh.. gambar akif itu diambil sendiri.. maknanya pegang henpon dan adjust camera ikut suka.. (maaf.. itu bukan saya kalau ambil gambar sendiri.. which means... hehe..)... then gambar custom harley itu en mavellous nyer buku.. dan bila saya amik gambar buku dia pon amik.. lagi satu tuh yang blur2 sket tuh gambar score masa negeri semilan lawan t team arituh.. boleh terima gambar nih pon nak amik???...

lagi satuh tuh gambar pc.. bukti mereka saya beri kelonggaran main games masa weekend.. huhu.. dan game yang diorang main?? jangan tanya saya.. banyak sangat kat www.racinggames.com tak caye.. klik sini.. (ups.. kalau kat kpmnet sure kena block.. hehehe... dari semasa ke semasa mmg saya dok perati game apa dia main.. cuma hari sekolah dan time nak exam tokleh.. :) yelah dulu time saya kecik dan melenting (istilah mak saya bile tak reti dok diam..) kek umah kengkawan bleh pulak.. kat bandar nih nak bagi dia melenting sesuka ati takder ler... nak bagi keluar gi umah kawan?? tak selamat... huhu.. (wajar ke kerisauan saya).. jadi kat umah samada main game kat pc.. menyelongkar kotak maennan kat bilik.. (baru buang satu kotak besar.. yang dah tak selamat.. dah rosak.. bersepah..) atau main bola kat luar rumah.. skang cuaca kurang elok.. jadi bermain ditaman memang keluar dari list.. kasihan mereka.. tapi hujung minggu still gi jusco or tesco.. maka kopaklah duit mak ayah mereka.. samada ke smar wonderland atau ntah apa nama tpt kek tesco tuh.. huhu..

ternyata dunia kecik saya dan mereka berbeza.. :)

Tuesday, October 18, 2011

KEMBALI BEKERJA

Huhu.. saya kembali bekerja selepas cuti 4 hari.. ok.. amik cuti jumaat dan isnin ya... tambah dengan sabtu dan ahad jadi ler 4.. hari jumaat dan 2 hari seterusnya memang berterusan memeluk si kecil itu.. sungguh banyak ragamnya.. Alhamdulillah demam dan chic pox nyer sudah baik.. cuma terkadang demam sedikit sbb gusinya pecah.. gigi geraham mau menunjukkan dirinya.. kasihan dia.. merah sungguh gusinya... itulah lumrah kejadian manusia.. dengan step by step... nanti oklah tuh.. :)

penat.. lepas berjogging keliling kolej.. satu pusingan okeh... better than nothing kan.. at least keluar sikit peluh saya.. huhu.. come and join us... every tuesday and thursday.. pasni nak mandi jap.. :)

Thursday, October 13, 2011

PERKHIDMATAN CUCI KERETA PERCUMA

Mamat nih bila cuci memang bersih giler.. dah tuh free pulak tuh... siap dengan kemeje hensem lagi... huhu.. tu yang buat saya teringat² giler kat mamat tuh.. namun begitu.. term and condition apply to free services nih ya.. hahaha... nih gambar mamat ensem yang cuci keta tuh...
|
 | 
  |  
 | 
  |  
 | 
  |  
v

bukan saya buli budak kecik nih ya.. memang suka rela.. hehe.. keta yang menjadi mangsa adalah kereta mak su dia... firas.. saya teringat giler kat dia... sbb dia demam arinih.. kena chickenpox (walaupon boss kata chicken pox meant for chicken..).. sian dia... pagi tadi nak gi keje pon dia merengek... oleh sebab papa tak dapat jaga dia dan mama dah sampai opis.. maka kena dok taska.. (dengan berat ati.. dan rasa tak patut..) tapi takpe.. esok.. dengan ari senin mama cuti... mama jaga adik ya... :)

nih gambar amik lama dah.. skang dia dah botak... licin.. but still very cute.. huhu.. rindu ler plak.. waaaa.. jam... cepatlah pukul 5... wanna fly home... mak budak biler risaukan budak.. :(

Angry Bird Keychain Giveaway By Lulu Caldina

Jom join.. kalau minat ler.. saya join sbb anak² saya suka.. mana tau kot² dapat.. hehe.. klik sini untuk join.. tq..

Monday, October 10, 2011

RESEPI : APAM DOT DOT

APAM DOT DOT  dari K Hana

Bahan-bahan

* 3 biji telur - dari peti sejuk
* 275 gm tepung gandum
* 220 gm gula halus -  k hana kurangkan.. saya pon sama.. guna 200 jer
* 150gm susu segar
* 3 sudu teh baking powder
* 1 sudu kecil ovallete
* Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
* Pewarna

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

NOTE dr K Hana:

* Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
* Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

NOTE dari saya plak:

* Memang sedap.. saya suka.. cuma leceh ler sikit.. dengan pertolongan anak².. lagi ler huru hara.. hahaha.. :)

Friday, October 7, 2011

CHEESE BROWNIES


MARBLE CHEESE BROWNIES
sumber: Rinnchan
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP dan SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.(saya terus masukkan dalam piping bag.. dalam 2 sudu besar)
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Ok.. yang dalam gambar atas tuh saya buat masa nak gi umah kak jes.. pastu saya buat lagi kali kedua untuk open house ICT library... pastu skang saya dok teringat².. memang sangat sedap dan saya suka.. :)

Kalau nak buat lorekkan macam saya buat tuh, memula buat garisan melintang sama saiz samapi siap.. pastu amik sudu/garfu.. saya guna pemegangnya dan tarik dari sudut bertentangan dengan tadi.. memula tarik dari atas ke bawah.. pastu bwah ke atas.. jadi.. hehehe.. <-- leh paham ker??

Thursday, October 6, 2011

TERIMALAH.. TERKADANG AKU MENANGIS..

*pic from google
Ya Allah, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh orang yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA”

saya petik dari sini..  
saya sangat suka membacanya.. sebab kadang² saya juga menangis.. terkadang sebab terharu.. terkadang sebab sedih.. terkadang sebab tertekan.. Allah jadikan setiapnya... atas 1001 sebab yang tak tak terfikirkan.. :) Dia Yang Maha Mengetahui..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..