Saya bukanlah pandai sangat membuat sirih junjung.. tapi memang saya suka jika disuruh membuatnya... ok.. saya nak tunjukkan cara buat siri junjung yang ringkas dan mudah...
bahan-bahan yang diperlukan
- sirih (jangan guna yang pelestik ya.. saya tak suka.. haha...)
- polisterina bentuk bulat.. sila alaskan dengan crepe paper/kain net.. atau apa sahaja supaya nampak cantik
- dawai yang agak keras... no bape tak ingat ler plak..
- span lembap (khas untuk cucuk bunga idup.. leh beli kat kedai barang pengantin)
- pita pelekat
- gam tembak (option.. pakai jarum peniti pon bulih)
- bunga ros hidup..
- bunga kecik2 dengan daun.. hidup gak..
caranya..
- potong span lembap bentuk 4 segi sama... dan ikatkan guna dawai pada bahagian tengah polisterine bulat.
- potong sirih seperti dalam gambar.. (saya pakai sirih yang besar.. jadi nampak macam pendek.. agak2 sepanjang jari telunjuk gitu..)
- saya susunkan sirih yang saya lapiskan 3 helai (besar sikit bawah, sederhana atas dan kecik sekali atas..) saya baringkan pada 4 penjuru.. saya guna gam tembak dan gamkan ke polisterin..
- sirih selebihnya saya gulungkan begini..
- buat dari kiri ke kanan...
- ambil dawai yang telah dipotong pendek.. (hendak dijadikan tangkai saja)
- dan gamkan guna pita pelekat..
- hasilnya seperti ini... buatkan banyak2...
- kemudian cucukkan dengan gaya bebas.. tengok pada bahagian bawah sirih yang saya baringkan dan lekatnya guna gam tembak tadi.. kalau guna peniti pon boleh...
- akhir sekali hiaskan dengan bunga hidup dan bunga kecik-kecik.. jangan bagi nampak batang bunga yang ada pita pelekat tadi... tadaaaa.. dah siap.. senang kan???
** bagi saya sirih junjung itu besar simboliknya... jadi saya suka gunakan semua yang hidup... sirih yang betul, bunga-bunga.. dan kalau kami orang johor perlu diselitkan sekali pinang, gambir dan kapur yang dah dibungkus kecil-kecil guna ribbon..
selamat mencuba..