klik2..

Monday, December 31, 2012

KEMAS YANG SEMAK.. 2013

*pic from Google..
Salam pembaca blog saya...

Terima kasih sebab datang lagi membaca disini.. sekarang sudah pukul 1:08 tghari.. sudah waktu saya berehat... saya penat... sbb mengemas opis saya... huhu.. satu kesimpulan saya... semakin lama seorang pegawai bertugas di satu jabatan, semakin banyak dia tahu... dan semakin menimbun juga dokumen yang perlu disimpan... saya bukanlah rajin benar memfailkan memo-memo, surat panggilan mesyuarat, surat-surat, dokumen arahan kerja staf saya, minit mesyuarat, dokumen kemaskini data.. etc.. jadi bila sudah beberapa bulan, saya jadi serabut... jadi.. walau saya ada mesyuarat petang ini dan ada kerja lain yang perlu dibereskan, saya gagahkan diri juga mengkategorikan kertas2 yang banyak, menebuk lubang dan memasukkan ke dalam fail berkaitan...

Satu kotak yang berat sudah saya minta 'badang' saya tolong angkat untuk di buang... kemudian, ada satu kotak lagi perlu dirincih.. huhu.. ada maklumat yang berkategori sulit.. hmmm... letih.. tapi puas hati.. sekarang pejabat saya lebih kemas.. meja saya sudah kosong.. hanya beberapa buku nota.. stationary.. dan fail2 nipis yang masih ada keterhutangan kerja di dalamnya...

Saya mohon bertukar.. dan januari ini saya akan memohon lagi dengan bersungguh.. bukan isu kerja yang menjadi masalah saya.. tapi lebih kepada isu peribadi.. dan memang susah sangat nak mencari F41 yang hendak berpindah ke Kuala Pilah.. saya tak putus semangat.. akan terus berusaha.. mohon.. disamping melunasi tanggungjawab saya sebaik mungkin.. saya berdoa agar Dia berikan yang terbaik untuk saya...

Walaupon gambar diatas itu kurang mesra. tapi itu bukan opis saya ya... cuma kesimpulan sepanjang tahun 2012 yang tinggal beberapa jam lagi, saya rasakan tahun yang berbahagia untuk saya... kehidupan berkeluarga saya... anak-anak saya... rakan-rakan di pejabat... tidak ada yang meninggalkan kenangan pahit untuk saya.. saya memang tidak menyambut tahun baru.. cuma ia menjadi titik untuk sesetengah perkara.. dan akan bermula yang baru untuk sesetengah perkara.. hhhmm.. rasa nak alih furniture dalam bilik pula.. hmm.. setat ler gatal2 tuh.. haha.. takkan meja nak menghadap lain pula.. hmmm ntah apa-apa pula..

Salam akhir kalam.. ** mcm tergantung pula n3 nih??

Saturday, December 29, 2012

GAMBARAN HARI KIAMAT


Luangkan sedikit waktu untuk membaca Gambaran Hari KIAMAT ini.

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Friday, December 28, 2012

MAAFKAN MAMA SAYANG


Kisah Pengajaran dan Pedoman

TAJUK: MAAFKAN MAMA SAYANG !!!!!!!!

“Kakak!!!!!!!”. Saya menjerit kuat.

Sudah terlambat. Saya hanya mampu memandang, cermin mata saya yang bingkainya sudah patah. Segera suami mengambilnya dari tangan Aqila.

Saya menahan marah, membisikkan pada diri supaya sabar. Sedang mengawal minda agar menekan butang ‘pause’ dari melakukan sebarang tindakan tidak wajar pada anak kecil itu.

Si kecil yang masih belum faham bahawa ibunya sedang marah, meluru pada saya. Senyum dan memeluk erat kaki si ibu ini.

Di saat kondisi kewangan yang agak menghimpit ini, untuk membuat cermin mata baru, ia satu masalah besar bagi saya. Silau mata yang agak tinggi tidak memungkinkan saya memandu dalam keadaan tidak bercermin mata.

Saya diam. Suami juga diam.

Membiarkan sahaja insiden itu berlalu.

Esoknya, satu beg kertas ada di atas meja, berisi cermin mata baru.

Diam-diam suami ke bandar, buatkan cermin mata baru untuk saya. Ditanya harganya berapa, dia hanya menggeleng kepala. Perasaan saya bercampur baur. Terharu dengan tindakannya, dan serba-salah juga ada. Memikirkan duit yang dikeluarkannya untuk cermin mata saya, di saat-saat begini..

Marah pada si kakak berjaya dikawal. Tidak seperti di awal-awal kelahiran si adik dulu. Si kakak kerap menjadi ‘mangsa’ saya melampias marah.

Marah kerana dia mencubit adik dan adik menangis.

Marah kerana dia ulang alik ke dapur, buka peti sejuk dan ambil telur mentah, acapkali pecah terhempas ke lantai.

Marah kerana dia sepahkan mainannya.

Marah kerana dia meragam tak tentu pasal.

Marah kerana dia menangis di tengah-tengah malam kerana saat terjaga, saya sedang menyusukan adiknya.

Marah dilampiaskan dalam bentuk pukulan dan tengkingan. Dan acapkali dia menangis saat menerima ‘habuan’ itu.

Entah bagaimana kacau bilaunya perasaan si anak yang menjadi kakak di usia setahun setengah itu. Masih kecil, masih belum mengerti apa-apa.

Entah betapa kecewanya dia, mungkin merasakan ibu sudah tidak sayangkannya sejak si adik menjengah dunia.

Entah betapa sedihnya dia menghadapi situasi yang berlarutan beberapa minggu ketika saya menjalani tempoh berpantang.

Mengenangkan jahilnya saya ketika itu, betapa saya ini tidak pandai mengurus emosi. Si anak menjadi mangsa.

Kerana itulah, airmata si ibu ini mengalir laju saat Ustaz Rujhan berkongsi kisah ini ketika ceramah beliau di kolej 2 minggu yang lalu. Kisah yang diceritakan oleh seorang ibu, perihal anaknya yang terlalu nakal.

Rumah yang sudah cantik dikemas oleh si ibu disepahkannya. Berulang kali, meskipun sudah dimarahi.

Si ibu ini sudah hilang sabar. Suatu hari, ditariknya telinga si anak bila dia menyepahkan rumah. Diajarnya pada si anak, agar setiap kali ibu menarik telinganya kerana kenakalannya, si anak perlu berkata: “Ibu, maafkan abang”.

Suatu hari, saat ibu sibuk memasak di dapur, si anak seperti biasa membuat sepah di ruang tamu yang telah dihias rapi oleh ibunya.

Ibu meradang. Si anak ketakutan dan lari ke luar rumah.

“Dummmm!!!”. Kedengaran bunyi sesuatu di luar rumah.

Sudah terlambat, saat si ibu meluru keluar, anaknya sudah terbaring di atas jalanraya. Darah merah memenuhi jalan.

Si ibu memangku si anak yang sudah nazak.

Dengan bibir terketar-ketar..si anak menuturkan kata-kata yang cukup mengusik hati si ibu:

” Ibu…maafkan abang.”. Si anak minta maaf kepada ibu kerana telah menyepahkan rumah tadi. Dan itulah ungkapan terakhir anak buat si ibu….

Saya mengesat airmata yang berlinangan. Mengenang saat saya memarahi anak.

Menyalahkan diri sendiri. Sukarkah memberi maaf pada anak? Kita juga pernah kecil seperti mereka. Bersabarlah wahai ibu! Maafkan mereka..

Hargailah saat mereka ada di depan mata. Kerana kita tidak tahu, sampai bila ianya akan begitu. Saat ia hilang, ia tentu satu perasaan yang sangat sukar untuk ditafsirkan.

Nakal anak tangani dengan hikmah.

Marah hanya membuatkan mereka keras hati. Berdoalah untuk mereka, kerana doa seorang ibu, sangat mustajab buat anaknya.

P/S : Anak-anak itu adalah rezeki. Hadirnya mereka bersama ujian, cabaran buat mematangkan ibu bapa. Sabar itu harus dipupuk sentiasa. Gerun saya memikirkan, anak-anak andai sentiasa dimaki, diherdik, ditengking ibu bapa sendiri yang tidak pandai mengurus emosi, bagaimana emosinya di saat membesar? Akan jadi pendendamkah anak-anak itu nanti?


Sumber : FB.. semoga jadi peringatan untuk kita semua.. termasuk saya...

Wednesday, December 12, 2012

KERETA ROSAK - FIKIRKAN

Salam pembuka bicara..

Bukan kereta saya rosak.. cuma mahu ingat perumpamaan ini...

Kalau kereta kita rosak, anta workshop, pastu mekanik akan repair.. kalau mekanik tak boleh repair maka tak boleh salahkan pengeluar kereta kan???
Sama juga kalau hantar anak pergi sekolah, cikgu mengajar.. kalau anak kita tak pandai, tak boleh salahkan mak ayah je kan???

Ada beberapa kemungkinan..
  • ada defect masa pengeluaran kereta..
  • pereka kereta tak pandai reka kereta..
  • mekanik tak cukup bagus..
  • masa yang diberikan untuk repair tak cukup..
  • kereta taknak berubah??
Huhu.. cuma mahu fikir-fikirkan.. sebab selalunya kalau kita menunding jari pada orang, lagi empat jari balik pada diri sendiri..

* entry ini saja-saja.. bukan sebab saya ada bergaduh dengan sesiapa.. hehe..

Thursday, December 6, 2012

RESEPI DURIAN CREPE

 * hasil tangan saya.. :)
RESEPI DURIAN CREPE - yang ini gunakan 5 jenis tepung.. dan yang saya rasa senang untuk membuatnya..

Sumber saya ambil daripada blog Zach yang memetiknya daripada Siti Hafizah@FB

Bahan untuk Crepe
A: 
20g tepung superfine
10g tepung ubi
10g tepung kentang/potato starch
10g tepung kastad
10g tepung jagung
1sb gula kastor
***Campur semua dan ayakkan dalam satu bekas.

B: 
1 biji telur Gred A
1sb minyak jagung/butter cair - saya guna minyak jagung, senang..
1st esen vanila
80 ml susu cair
110 ml air masak
Sedikit garam - nih saya tambah
***Campurkan semua dalam bekas lain.

Cara:
1. Campurkan Bahan A dan Bahan B. Gaul rata dan tapiskan.
2. Panaskan nonstick frying pan (saya punya 20cm.) Jika perlu, sapu sikit dengan butter/minyak untuk elak melekat. Saya gunakan api yang kecil..
3. Tuangkan sedikit adunan supaya tak terlalu tebal. Bila menggelembung terus angkat (tak perlu terbalikkan).
4. Biarkan sejuk baru letak inti whipping cream dan durian.
5. Simpan dalam peti sejuk baru sedap di makan.

Macam yang saya sebut sebelum ini, saya ambil dalam secawan whipping cream dan pukul hingga soft peak.. saya tak campur apa-apa.. Ambil sehelai crepe dan pipekan whipping cream, letakkan durian, tutup semula dengan whipping cream dan lipat membentuk bantal.

Saya dapat rasakan kalau campur cream custard mesti lebih sedap.. tapi 'M' saya besar.. lain kali kot.. hehe.. ok.. selamat mencuba...

Salam penutup bicara.

DURIAN CREPE

Salam  rakan-rakan pembaca,
Since beberapa hari ini saya cam rajin sikit nak meng'crepe' dek kerana keinginan untuk memakannya, maka saya pon membuatnya.. Hari Selasa saya beli durian di pasar malam @ Seremban2.. tapi tak bape nak sedap rasanya.. warnanya pon agak kurang menarik.. saya cuba usahakan juga.. memandangkan saya tak sempat nak menghadiri kelas Kak Zalina yang sepelaung sahaja jaraknya dari rumah saya.. maka saya surf internet sahaja untuk cari resepi.. ini bukan kali pertama buat.. sebelum ini guna tepung gandum.. hari selasa itu saya cuba yang guna 7 jenis tepung...

Saya sebenarnya mengikuti juga perkembangan 'panas' tentang crepe nih... bagi saya yang memang mengenali cikgu yang mengajar nih, memang puas ati kalau belajar... saya dah beberapa kali pergi kelas demo.. dan kelas diy juga... memang belajar dengan cikgu adalah yang terbaek... cuma kebelakangan ini hidup agak huru-hara.. sangat susah nak arrange masa... jadi saya buat mana yang 'dan' sahaja.. hehe.. cuma.. semuanya milik Allah.. kembalikan padanya.. kita kena faham adat orang meniaga.. dan kena faham juga kalau ada yang kata yuran kelas mahal... cuma.. tak perlu berkata sana sini.. tepuk dada tanya selera.. :)
Crepe yang saya buat malam tadi.. tq hubby amikkan gambar...
Di internet ada resepi crepe yang menggunakan 7 jenis tepung.. 5 jenis.. 2 jenis.. ikut suka nak guna yang mana.. cuma, masa first time try yang 2 jenis tepung tu, cam susah sikit nak melipat.. masa cuba yang 7 jenis pula, macam tak menjadi.. maklumlah.. saya nih beginner je.. bukan pandai sangat nak masak2 nih pon.. masalah saya tentang butter yang cair tuh... cam taknak sebati je.. saya pon pakai butter murah jer.. pastu saya cuba resepi pakai 5 jenis tepung.. so far berpuashati dan sangat selesa.. hehe.. tu yang terhasil yg kat atas tuh..
Saya pack dalam bekas.. senang nak bawak g opis.. okeh.. cuma bab filling saya tak sempat yg bercream custard.. mesti lebih sedap.. jadi saya godak je whipping cream dan terus guna.. malas namanya nih... ok.. sbb masa mencemburui saya, maka saya akan masukkan resepi kemudian ya.. lagipon dah lupa sumber resepi.. nak kena cari balik.. :)

Okeh... salam penutup.. dan maaf,.. pagi² dah tunjuk makanan.. :)

Saturday, November 24, 2012

KASIH SEORANG AYAH

Salam..
**entry dari pesbuk..
KASIH SEORANG AYAH
===============

Bablu Jatav.38 tahun. Itulah nama seorang ayah yang tabah meneruskan sebuah perit kehidupan bersama anakandanya yang tercint...a, Damini. Damini yang berumur sebulan terpaksa ‘mengikut’ ayahnya : seorang penarik beca : kemana sahaja destinasi yang penumpang inginkan.
Diikat Damini di dadanya sambil sebelah tangan menapu kasih belakang anaknya itu. Dengan kudrat yang ada, sebelah tangan lagi memegang handle becanya dan kedua-dua belah kakinya menarik kuat pengayuh untuk menggerakkan beca usang yang dinaiki penumpang. Sungguh sayu..
Pernah sekali, Damini demam panas akibat cuaca yang begitu membahang. Kekeringan dan kehausan terpaksa insan kerdil ini tanggung. Manakan tidak.. Bayi seusianya yang lain masih berbedung sedangkan dia sudah ‘bekerja’.
Di manakah ibunya? Mengapa si Ibu tidak menjaga Damini?
Untuk pengetahuan Ibu-Ibu sekalian,, Ibu Damini , Shanti telah pun meninggal dunia ketika melahirkan Damini. Kini, anak kecil itu sudah tidak ada sesiapa lagi melainkan ayahnya. Saudara-mara hilang entah ke mana.
Tanpa mengenal apa itu erti berputus asa, Bablu Jatav, ayah yang begitu pengasih dan penyayang berkata “ Walaupun tiada sesiapa ingin menjaga anak saya, biarkan.. Biarkan tiada. Kerana saya sendiri yang akan menjaganya dengan membawanya bersama biarpun ke akhir usia saya’’

Menitis Air Mata Admin Ketika Membaca Kisah Sedih Ini. Ingatlah.. Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa.. Ayah.. Maafkan Segala Silap Salahku. Semoga Allah Sentiasa Merahmatimu.. :,((

Sumber : dailymail.co.uk

Diolah oleh : karyawanbisu

Friday, November 23, 2012

Aku dan DIA - Episode 1

Aku tahu tentang DIA masa aku kecil lagi.. sebab dulu mak sebut nama DIA.. masa itu aku bukan kenal dan tahu sangat... bila mak sebut aku ikut... abah pon sebut sama... mak selalu ajar aku benda-benda yang baik.. bezanya dengan yang jahat.. yang tidak baik.. aku duduk felda... kira macam kampung.. jadi persekitaran sangat terkawal.. kawan-kawan sepermainan aku semua kawan rumah dekat².. kebetulan ramai yang sebaya dekat dengan rumah aku..

Selalu kami main baling selipar.. main kejar²... main masak².. berkemah kat belakang rumah.. makan sama-sama kat atas pangkin.. takpon main congkak.. main galah panjang sekali.. cuma masa tuh tak panggil galah panjang... ntah apa namanya.. tak ingat dah aku.. ada masanya.. kitorang main capteh ler.. main layang-layang buat sendiri guna surat kabar.. main rounders yang berenti bila bola dah tercampak atas bumbung.. takpon main teng-teng.. hihi.. tergambar kenangan masa kecik aku.. dari abang ejan yang duduk sebelah rumah... ani.. dilla.. semua kengkawan aku.. kiranya zaman kanak² yang sentiasa gembira...

Takde masalah nak pikir.. paling kuat kena marah pon sebab tak ingat nak nak balik rumah.. abah selalu marah time nak makan tengahari sbb anak-anak dia tak balik².. ingat lagi.. mak aku kata.. "Kalau dah melenting tak ingat nak balik".. haha.. mak jarang sangat nak marah kitorang... paling kuat pon dia membebel jer.. dengan abah memang kami takut.. jadi tak berani buat abah marah.. kalau dengar bunyik moto abah balik keje, kami berlari balik rumah.. hihi..

Petang... kami kena pegi mengaji kat rumah Cik Tum.. mak Ani, kawan aku.. sama-sama mengaji muqaddam.. dari kena alif, ba, ta sampai boleh baca quran.. ada hari tertentu Cik Tum ajar solat.. wuduk.. Cik Juremi, suami Cik Tum pon ajar kami sekali.. mak pon ajar kami di rumah.. suruh kami solat.. tapi solat waktu itu sekadar solat.. baca semua yang patut.. tapi biasalah.. time ada cerita ultraman tak pon ciaki memang solat ala kadar sungguh.. dok mengejar nak tgk tv.. huhu...

Kalau orang-orang sekeliling cerita tentang DIA, memang aku dengar.. dan menurut.. sedang sebenarnya aku tak kenal pon siapa DIA waktu itu.. tidak terasa langsung dalam hati..

Wednesday, November 21, 2012

HAMBA YANG LUPA DIRI

Salam rakan,

Hari ini saya masih berlegar dalam beberapa blog yang sama.. selain beberapa blog lain yang saya teroka...

Cuma hari ini saya bersedih.. sebab sebagai hamba, saya selalu lupa diri.. bila terlalu mempersoal sesuatu.. cuba lihat diri kita.. kalau anak² kecil di rumah terlalu banyak bertanya juga sikap malas menjawab dan api kemarahan itu mudah benar marak... tapi Dia Yang Maha Kaya itu tidak sedikit pun terjejas dalam terus memberi walhal hamba terlalu banyak mempersoal... terkadang kita beremosi.. selalu fikirkan orang ini tidak begini... orang itu tidak begitu.. pendek kata ada sahaja orang lain tidak menjadi seperti yang kita fikirkan... sedangkan sebenarkan kitalah hamba yang sedang diuji di situ... 'orang lain' itu hanyalah elemen tambahan yang menjadi alat untuk ujian kita... sedarkan kita?.. saya selalu terlupa.. terkadang bila tersedar kita beristighfar.. kemudian kita terlupa lagi... dan kita disedarkan lagi.. Alhamdulillah bila kita tersedar.. Dia masih sayangkan kita..

Bila kita diuji lagi... wilma dengan hanya demam atau sakit mulut... selalu benar kita mengeluh... bersedih hati.. dan mula mempersoal... lagi lupa diri... tidak ingat kita hamba.. kalau kita diberi demam itu, ingat juga kita diberi oksigen untuk terus bernafas, nasi sebagai rezeki, darah yang masih terus mengalir dalam urat saraf hingga ke otak.. dan banyak yang lain lagi... apalah sangat dengan demam itu..

Jika ujian itu lebih besar... anak sakit... kereta rosak... lagi kita mudah lupa... kita jadi mempersoal... bukan kita bersyukur... Ya Allah... jangan Kau jadikan aku hamba yang lupa diri... walau sesaat pon... Amin Ya Rabbal Alamin...

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Paling malang, manusia kerap terlupa bahawa dirinya hamba. Terutamanya ketika diuji. Sebab itu Allah mengajar kita agar mengucapkan kalimah ‘istirja’ setiap kali diuji… Innalillah wa inna ilahihi rajiun, yang ertinya, “kami ini milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan.” Ya, inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita ini milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sekali-kali menolak apalagi ‘mengamuk’ apabila diuji. Kita hanya hamba…


Namun untuk meringankan kepedihan ujian yang menimpa, hendak kita mengenal Allah yang memberi ujian itu. Kenallah sifat ilmu, kasih-sayang dan belas ihsan Allah yang Maha hebat. Sebagai hamba ilmu kita terbatas, ilmu Allah yang Maha Luas. Kasih sayang kita cuma seraut, kasih sayang Allah selaut. Orang yang mengenal Allah, akan mencintaiNya. Bila sudah cinta, kuranglah derita diuji. Bukankah cinta itu buta?
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
  Baca lebih lanjut klik sini..   Memang sebak hati saya membacanya.. banyak yang terkena pada batang hidung sendiri... jadi perlu baiki diri.. Beriku kekuatan Ya Allah.. Amin..   Salam akhir bicara.

Tuesday, November 20, 2012

CHARGER HATI


Salam rakan-rakan..
Hati manusia umpama bateri telefon bimbit yang mesti dicas selalu untuk berfungsi. Jika bateri telefon perlu dicas dua atau tiga hari sekali, maka hati manusia perlu dicas dengan solat sebanyak lima kali sehari.
Hati manusia yang tidak solat umpama bateri yang kosong. Maka manusia yang tidak solat, umpama telefon yang sudah kehabisan bateri. Apabila hati “mati”, tidak berguna wajah yang tampan dan badan yang sasa pada seseorang manusia, seperti tidak ada gunanya telefon bimbit yang canggih dan cantik tanpa bateri!
Di manakah kita meluahkan segala rasa hati? Dengan siapa? Hakikatnya “pemberi” masalah dan “pemegang” hatilah yang berkuasa memberi ketenangan hati dan membantu menyelesaikan masalah. Siapa pilihan kita?
Ini bukan tulisan saya... untuk baca lanjut, klik sini..
Alhamdulillah.. Allah temukan saya dengan genta-rasa.com.. banyak yang hendak saya baca selanjutnya..
Mari sama-sama kita kesana.. buat bekalan untuk nanti..
Salam akhir bicara..

Sunday, November 4, 2012

CINTA MANUSIA

Salam all,

kalau bercakap bab cinta, mesti fikir cinta lelaki dengan perempuan.. cinta saya dengan boipren saya.. haha... boipren saya masa belajar di universiti itu suami yang jadi ketua rumah saya sekarang.. Alhamdulillah.. harap jodoh sampai ke syurga... cuma kalau bercakap pasal cinta manusia, banyaknya cinta saya.. cinta pada suami.. pada anak-anak. pada keluarga.. mak ayah adik beradik.. mak bapak mertua, ipar2.. juga cinta yang ada dalam diri saya pada 'passion' saya kononnya.. cinta pada craft.. cooking.. working... (ada cintakah pada working???).. ada.. dan dek kerana cinta itu, saya selalu terluka..

apa maksud saya ya... saya cakap tentang diri saya... yang terkadang kerana komitment pada kerja, saya lupakan Dia.. bukan lupa terus.. tapi saya abaikan.. lambat.. tak ingat... sedih hati saya bila terkenang zohor yang sudah hampir ke asar... asar yang bila sampai rumah baru nak ditunaikan... almaklumlah jarak tempat kerja saya jauh.. jadi sampai ke rumah memang selepas 6.15.. waktu itu baru saya teringatkan Dia.. walhal Dia tak pernah tarik sesaat pon oksigen untuk saya.. :(

terkadang juga, kalau saya frust dengan seseorang, saya jadi frust sangat.. sedangkan.. Allah dan bagitau supaya cinta terhadap manusia itu berpada-pada... tapi saya degil.. memang saya belum paham sepenuhnya cinta pada Rabb itu.. sebab itu cinta saya pada mausia itu berlebihan.. dan di kala saya menangis kerana ke'frust'an saya terhadap manusia, baru saya mencari Dia... dalam tangisan itu, saya teringat betapa teruknya saya.. semua ini hanya cabaran dan dugaan untuk saya.. sebab itu, beberapa hari ini, segala kegagalan saya menahan diri terbentang di hadapan mata... dan saya gagal dalam usaha mengawal diri... betapa saya tidak dapat menahan diri bila terusan terpaksa mengekori kereta yang duduk tengah seolah mahu memotong lori itu.. tapi kesempatan demi kesempatan tidak diambilnya.. saya jadi frust.. jadi bila ada kesempatan walaupon sedikit bahaya saya memotong kereta itu... selepas itu saya mengurut dada... apa terjadi pada saya?? hanya sedikit dugaan dunia, saya biarkan setan itu pengaruhi saya...:(

anak-anak dan suami.. semua pinjaman Allah.. apa yang saya mahukan?? Anak-anak yang menurut kata 100%... di syurga kah saya?? mengharap semua yang sempurna... bila menunding jari atas kesilapan orang, empat jari balik pada diri sendiri kan?? saya terpana lagi... justeru, saya mencari diri.. mengenal diri supaya saya dapat mengenal Rabb saya.. ada waktu memang saya tenang.. saya dapat bersabar.. tapi bila ditimpakan ujian sedikit saya sudah melenting.. sedetik saja saya sudah lupa janji mahu mengawal diri.. semuanya saya kembalikan kepada yang Satu.. Dia yang berikan saya jalan ini.. lebih baik daripada saya terus hanyut dalam cinta manusia saya... hanyut menyintai dunia..

Ya Allah, aku serahkan diriku pada-Mu.. tunjukkan aku jalan terbaik untuk diriku.. jangan Kau kurangi iman yang Kau beri padaku.. dan insan yang banyak berdosa ini memohon lagi supaya Kau berikan aku.. iman yang sepenuh-penuhnya.. Amin ya rabbal alamin..




Tuesday, October 30, 2012

MILIK DIA

Dan... setiap satunya adalah milik-Nya... kembalikanlah kepada-Nya... dalam setiap yang diberi pinjam itu, ada suatu tanggungjawab.. dan bukan milik mutlak.. maka tunaikanlah tanggungjawab itu sebaiknya... khalifah itu datang dengan tuntutan yang berat.. yang hanya difahami dan dimengertikan.. bagi orang-orang yang berfikir... maka jadikan diri.. sebagai orang yang berfikir..

Dan.. setiap milik-Nya.. nyata milik-Nya.. tiada kompromi.. maka bersedialah.. jika satu hari.. pinjaman itu ditarik semula... memang bukan milik... tiada satupun milik makhluk lemah... sesungguhnya.. Dialah Maha Pencipta... pemilik bumi dan langit.. dan segala isinya...

Monday, October 22, 2012

KELAS GUM PASTE YANG MENGGEMBIRAKAN

Salam rakan-rakan..

Ini pula cerita gembira... entry sebelum ini sudah cerita yang tidak gembira.. cerita kelas saya hari sabtu yang lepas... saya sangat gembira semasa kelas ini.. walau ada gangguan sedikit dengan rasa sakit kepala saya.. tapi bila mefenamic acid itu telah memberi kesan saya kembali bersemangat.. 
Lihat kuntuman indah ini.. memang sangat memukau jiwa.. selalu saya menjengah blog k jun melihat bunga-bunga cantik hasil tangan k jun.. masa saya pergi kelas fondant lagi saya memang menyimpan hasrat hendak berguru lagi dengan k jun.. semuanya jadi pembakar semangat jiwa saya dan ditunjukkan jalan  oleh-Nya..maka sampailah saya menunaikan hasrat itu..
Ini cikgu saya untuk seharian hari sabtu lalu.. K jun memang mencurahkan segala pengetahuan dan pengalamannya untuk kami hari itu.. tanyalah apa sahaja.. semua dijawab dengan sabar.. yelah... seperti saya ni bukan ada business cake atau apa.. dan pengalaman menggunakan gum paste memang zero.. tidak pernah menyentuhnya.. cuma saya sangat sukakan seni.. bagi saya, ia memberi saya ruang untuk berkarya.. dan yang paling penting menghargai keindahan yang Allah bagi... muhasabah diri.. ok.. berbalik cerita kelas saya itu, ini gambar gum paste pertama yang saya sentuh.. penting kah?? ya.. penting bagi saya...

Ada banyak juga gambar yang saya ambil... ada yang saya upload di fb untuk rakan-rakan... step by step bagaimana membuatnya rasanya kena tanya sifu yang pakar.. saya baru bermula.. dan sangat bersemangat untuk meneruskan perjalanan berkarya dengan gum paste.. nih k jun sedang mengajar kami membuat ros..
dan ini hasil karya saya... hehe..
sempat juga saya berjumpa dan bergambar dengan blogger 1001resepi.. k ida yang glamour itu... best-best.. kira pakej.. gi kelas.. jumpa k jun yang glamour juga.. dan k ida sekali.. cuma tak sempat bergambar berdua dengan k jun, alia dan sha-su(betulkan ejaan saya.. sugarpinkicing).. gambar dgn k ida tu memang nampak kan saya happy... tengoklah saja senyuman jual ubat gigi saya tuh.... hehehe...
peonies yang baru dicantumkan kelopaknya.. sangat cantik..
dan ini, saya bersama rakan-rakan lain yang menyertai kelas itu.. disebabkan saya bawa 50mm maka lensenya tidak boleh diadjust jadi gambar sedikit senget.. lain kali bawak yg sesuai dengan situasi ya.. ok boss... saya belajar ya.. (nasihat en suami ler tuh..)
ok... waktu bercanda di tepian komputer sudah habis.. mahu solat sebelum meneruskan perjuangan mengulit komputer pula... ada se'lab' komputer perlu ditengok.. manakala 5 lab lagi berada dalam tanggungjawab saya... esok pula mahu mesyuarat meninggalkan anak buah mengerjakannya... Alhamdulillah.. harap semua dapat saya lunasi dengan sebaik mungkin...

** mahu bagitahu.. semalam sudah mula mencanai gum paste di rumah... tapi baru sempat sedikit sahaja.. belum dapat diwarnai lagi kerana pewarna di rumah semua water base.. kedai kek dekat dengan rumah itu namanya 'Sunday Bakery'.. jadi sunday dia tutup.. haha.. pulang dari kerja akan saya usahakan.. caiyok... semangat sedang membara..

Salam penutup bicara tghari ini.. :)

Sunday, October 21, 2012

KEMALANGAN.. BEGITU RASANYA..

Salam rakan2..

Pagi ini bila bangun, sakit kepala semalam masih terasa... mengapakah... banyak berfikir dan letih barangkali... ditambah dengan mendung dan cerahnya hati silih berganti.. mengapa begitu, kerana dua peristiwa silih berganti semalam..

Entry ini hanya saya mahu menceritakan kemendungan hati.. hati banyak kali sudah dipujuk supaya meredhakan.. tapi bisikan-bisikan itu suka mahu menerjah ke sudut hati yang sudah redha... dan saya mahu menceritakkannya supaya tak tersimpan dalam kepala dan asik berfikir-fikir mahu diluahkan..

ESTIMA VS VIVA..

Kereta kami sama-sama putih.. cuma bezanya kereta dia 5, 6 kali ganda harganya dari kereta saya... ya... viva saya tuh umpama tin saja.. dan kereta dia pasti besi berkualiti tinggi setanding harganya... cuma, kita sama-sama manusia.. apa salah saya pada dia hingga dia langgar kereta saya begitu... keretanya WVS jika tak silap pandangan saya yang ada sedikit rabun ini... masih baru lagi... tapi mungkin 'apa ada hal' setakat bercalar sedikit..

Saya memandu di lane tengah, semasa kejadian.. menuju ke KL untuk mencari kegembiraan saya semalam... sudah sangat hampir dengan exit Nilai.. tiba-tiba, sebuah kereta dengan kelajuan tinggi dari lane paling kanan memintas kereta saya dengan penuh bergaya.. kononnya lah.. sambil melanggar depan bahagian kanan kereta saya.. Alhamdulillah saya tidak terlalu laju kerana mengekori kereta depan.. saya terdorong sedikit ke lane kiri.. waktu itu, hanya Allah yang tahu perasaan saya... dan dengan sungguh berlagaknya saya nampak estima itu terus memandu laju menaiki exit nilai... (dia sudah hampir terlepas sebenarnya jika tidak memintas saya dengan penuh berbahaya).. saya tidak berani berhenti dan meneruskan pemanduan seperti tiada apa-apa.. saya tidak lihat langsung apa yang terjadi pada viva saya... cuma semasa memandu itu saya menangis... antara perasaan geram.. marah.. dan segalanya...

Bertemankan kekuatan dari-Nya saya teruskan perjalanan menuju kelas yang memang telah saya rancang lama untuk menghadirinya.. cuma bila difikirkan semula.. dan membayangkan kejadian itu, saya sangat bersyukur diberi peluang meneruskan perjalanan.. bisa saja saya antara yang mungkin cedera parah atau terbunuh atas kesalahan yang bukan daripada saya.. ya.. itulah kemalangan.. cuma.. jika anda yang membaca adalah pemandu estima putih itu, saya redhakan apa yang anda buat pada saya.. cuma ingat... jangan hanya memikirkan diri sendiri.. hidup bukan untuk kita sendiri sahaja.. jika semalam, orang yang anda langgar itu mati, atau anda yang mati, pasti ceritanya berkesudahan duka.. ingat itu..

Dan bila sampai di rumah, en suami beritahu, bukan hanya sekadar calar, kena chassis sekali.. dan sedikit dengan tayar.. Alhamdulillah.. semoga apa yang berlaku mempunyai hikmah terbesar untuk kami... dan en suami pon sangat memahami dan bersyukur saya selamat.. semuanya memang sudah tertulis.. begitu juga dengan perjalanan pergi dan balik selepas itu yang telah dipermudahkan-Nya.. Alhamdulillah...

*Viva itu bukan saya punya, Dia pinjamkan sahaja...

Salam penutup bicara..

Friday, October 19, 2012

RACUN DAN UBATNYA

Dunia itu racun,
zuhud itu ubatnya.

Harta itu racun,
zakat itu ubatnya.


Kata yang sia-sia itu racun,
zikir itu ubatnya.

Seluruh umur itu racun,
taat itu ubatnya.

Seluruh tahun itu racun,
Ramadhan itu ubatnya.

Thursday, October 18, 2012

SEBELUM TIDUR, BUATLAH..


pesanan nabi sebelum tidur...1 minit shj...  

Sekadar ingat mengingati.. ...  
 
SEBELUM Tidur   Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )   Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur   sebelum melakukan empat perkara, yaitu :   
 1. Sebelum khatam Al Qur'an,  
 2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,  
 3. Sebelum para muslim meridloi kamu,  
 4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....  

Bertanya Aisyah :   "Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara   seketika?"   Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : 
 1. Al Ikhlas   tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.      
 2. Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua   akan memberi syafaat di hari kiamat.   
 3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.   
 4. Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka   seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Sekian untuk ingatan kita bersama.  

 * Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang   lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orag yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Wednesday, October 17, 2012

SAKIT ITU ANUGERAH ALLAH

Salam rakan-rakan,

*pic from google

Semalam pulang dari kerja, kaki saya sangat lenguh².. usai semua urusan yang patut, saya terus melumurkan minyak pada kedua kaki saya.. letih memandu jauh... dan pagi ini, bila mahu jalan ke pejabat, terasa lutut saya sakit.. tidak mengeluh, cuma lupa bersyukur.. kenapa?? kerana selepas itu...

Selepas itu, saya terserempak dengan k indah.. pensyarah yang dulu pernah menjadi cikgu di sekolah saya.. maksudnya jarak umur kami agak jauh.. waktu itu saya di sekolah menengah, dan k indah sudah menjadi cikgu... cuma perjalanan hidupnya sangat tercabar sebab kesakitan yang dialaminya... dalam pertemuan itu, saya bertanya kabarnya... dia bercerita, sekarang bekas operationnya sudah susut bengkaknya, tapi selepas seharian dan petang selepas balik ke rumah memang akan membengkak semula.. dan bila ia melibatkan tulang belakang pasti sangat sakit rasanya... dia akan hanya berbaring... saya mula terfikir, entah bagaimana makan minumnya... hendak mengurus dirinya dalam keadaan begitu... sedih saya... tapi sesuatu buat benak saya tidak berhenti berfikir...

Sebelum mengakhiri pertemuan, k indah sebutkan... "Allah bagi sebab Dia sayang kita"... "Alhamdulillah" sahut saya.. cuma dalam hati saya rasa mahu menangis... sungguh kuatnya dia... mengharungi semuanya... memang saya sangat mengenali dia sebagai seorang yang sangat kuat.. tidak mengeluh walau ujian sangat hebat kepadanya... dan bekerja seperti orang normal.. saya muhasabah diri... sikit saja, saya sudah lupa bersyukur... Ya Allah, jadikan saya hamba yang bersyukur.. dan sentiasa ingat... setiapnya datang dari-Mu.. yang Engkau Maha Tahu terbaik untuk setiap hambanya... Alhamdulillah...

Salam diakhir tulisan.. 

Tuesday, October 16, 2012

SABAR & IKHLAS

Salam all,

ok.. sampai kat opis hari nih ada masa sikit nak berceloteh... entahlah... semalam rasa kesabaran kurang sesangat.. huhu.. nak kena belajar banyak lagi untuk jadi orang yang lebih tenang... banyak bersabar.. dan dapat mengawal diri sebaiknya... semalam saya marah staf saya.. tak patut sungguh saya.. tapi manusia selalu begitu.. terbawa-bawa dengan emosi... semalam lagi rasa hati dah tidak tenteram.. sungguh tidak selesa bila begitu.. kadang² kena terima bila ia berkait dengan kerja dan tanggungjawab.. tapi dari satu sudut lain, ia memberi bekas pada hati.. wah.. rapuhnya... hati manusia...

hmmm.. lupakanlah tentang itu, harap semuanya akan jadi baik.. cuma saya sangat berdoa.. semoga Allah tempatkan saya di tempat yang sesuai.. jangan sampai saya akan menganiyai orang... yelah, kalau saya marah bukan pada tempatnya, maka saya tidak adil.. kemaafan memang mudah diucapkan tetapi apa yang berbekas itu saya tidak suka.. hmmmm...

ok.. semalam juga.. mangga terakhir musim ini di hadapan rumah saya telah hilang.. bila bukan saya, dan bukan en suami.. pasti ada yang lain yang berminat.. bukan saya tak redha... cuma.. (bila dah ada cuma tuh bukan 100% redha kan??).. pokok itu berbunga lagi.. banyak.. rezeki kami².. nak diberi² pada jiran² juga... cuma bila ditinggalkan hanya sarung buah mangga tuh hati saya jadi panas.. dah ler amik buahnya, tinggalkan pula sarungnya... sungguh kurang sopan.. susahnya nak ikhlas.. tapi setiap sesuatu yang Dia beri pinjam itu memang bukan milik kita... ingat tu.. kita hanya pemilik sementara sahaja.. dan semoga Dia tetapkan hati saya... ikhlas... jangan ada berprasangka.. andaikan orang itu terlalu inginkan buah itu.. dan kesedapannya membuat dia teringat² dan mahukan lagi.. saya akan terus menyampul... ambilllah... bukan milik saya...

mahu breakfast.. dan, ada perjuangan yang perlu diteruskan...

p/s semalam juga hati panas... bila A yang kita sebutkan, jadi ABC..Z pula... haha... namanya manusia.. :(

Saturday, October 13, 2012

RESEPI TAKO

Salam rakan,
Alhamdulillah.. sejak sekian lama, baru sekarang mood memasak saya benar-benar ada.. seingat saya, selepas bergelumang dengan kek buah masa raya haritu, mood memasak tak pernah jadi seperti sekarang.. dan hari ini, entah mengapa, berkobar semangat memasak nasi lemak kukus dan sambal udang (lebih seperti asam pedas sebab banyak kuahnya, dek kerana anak-anak suka nak berkuah dan cilinya pon dikurangkan supaya tidak terlalu pedas..) aksesori lain memang tak ada.. anak2 bukan makan jika digorengkan kacang tanah atau ikan bilis.. cuma telur dadar yang sangat digemari saya gorengkan sekali untuk mereka..

Khamis malam Jumaat sehingga jam 11 saya membuat kelongsong untuk tako.. sangat teringin nak memakannya.. saya usahakan juga bangun awal pagi.. mengacau adunan untuk lapisan tako.. mudah sahaja rupanya.. saya bawa ke opis untuk dengar komen kawan2.. sedap kata mereka.. cuma terlebih manis sedikit kalau mengikut tekak saya.. jadi saya tak menikmatinya sungguh2.. jadi hari ini, saya gunakan lebihan daun pandan dan mengadunnya lagi..

Resepinya mudah.. mengacau nya juga tidak rumit.. cuma tidak boleh buat kelakar tinggalkan adunan tu di atas api.. perlu sentiasa dikacau.. ok.. bebel2 panjang.. mari kita lihat resepinya..

Resepi Kuih Tako

sumber asal : Chef Norasikin Basri

Bahan-bahan:
Lapisan Atas:

30 gm tepung jagung/tepung hoen kew hijau
1 st pes pandan
250 ml air
100 gm gula pasir (saya kurangkan jadi 80gm)
1 biji sengkuang cina (saya tak letak sbb x jumpa yang elok.. :) )

Lapisan Bawah:
15 gm tepung beras
250 ml santan
secubit garam

Cara membuatnya:
1. Bentukkan kelongsong menggunakan daun pandan. (Rujuk cara-cara di blog chef - klik sini)
    Sehelai daun pandan jika besar dan panjang boleh dapat 2 kelongsong.. dan untuk resepi ini, perlu
   10 hingga 15 kelongsong sahaja.
2. Masukkan semua bahan lapisan atas kecuali sengkuang ke dalam periuk. Kacau rata. Nyalakan api
   dan sentiasa mengacau. Kecilkan api bila adunan semakin pekat. Tuang ke dalam kelongsong yang
   telah diletakkan sengkuang yang telah dipotong kecil2. (saya letak 1/2 sahaja daripada ketinggian
   kelongsong)
3. Lakukan yang sama untuk lapisan atas.
4. Biarkan sejuk dan nikmati.

Banyak yang menarik dalam blog chef nih.. dan harini saya masih terus menjelajahinya.. ok kawan2.. selamat mencuba..

salam..

Friday, October 5, 2012

SUDAH LAMA - APA ALLAH AJAR DALAM SOLAT..

Salam rakan,

lama sungguh tidak menulis sesuatu.. banyak sungguh yang mahu dituliskan.. tapi bila difikir² semula.. banyak yang takut mendatangkan fikiran lain pada pembaca.. entahlah.. takut termasuk unsur riak.. takabur.. menunjuk².. walhal bukan niat begitu.. terkadang hanyan mahu berkongsi.. lantaran itu, blog ini dibiarkan sepi.. mengambil langkah selamat.. cukuplah hanya difikir-fikirkan sahaja.. tak perlu diluah² kan..

hari ini jumaat.. jadi waktu rehat agak panjang.. dalam kepala.. terfikir banyak benda hendak dibuat.. quilling yang dirindui.. hendak ke kedai buku mencarikan buku kerja untuk budak yang terasa sudah mahu sampai ujian akhir tahunnya.. dalam berkira² akhirnya biarkan sahaja.. sekarang mahu duduk sahaja disini.. seorang didalam opis.. sambil merehatkan kepala otak... okeh.. sempat complete satu level plant versus zombie.. <-- ntah apa² kan???

pembelajaran untuk projek juga berjalan lancar.. dapatlah belajar beberapa perkara baru hari ini.. kertas kerja preeventive maintenance pula tidak siap sepenuhnya lagi.. petang ini wajar siapkan draf surat.. next week minta boss sain.. huhu.. cam bagus sahaja merancang.. tapi semua itu perlu.. kan?? jika nak siap semua, atau biarkan satu part tak sentuh langsung nanti ada projek yang tidak menjadi...

Alhamdulillah.. kebelakangan ini kesihatan kurang memberangsangkan.. redha.. sekejap en suami.. sekejap anak².. malam tadi diri sendiri.. dan pagi ini juga begitu.. ambil ubat.. selebihnya berdoa supaya diberikan kesihatan yang baik agar dapat melunasi setiap tanggungjawab dengan A.. kalau sekadar nak buat memang boleh.. cuma antara bersungguh dengan tidak itu pasti ada bezanya.. sekadar buat.. atau buat dengan penuh semangat..

Jarak kuala pilah dan seremban.. lately ini dirasakan sangat jauh.. huhu.. sbb kaki sakit dan badan tidak sihat.. balik rumah dilumurkan dengan minyak berangin supaya hilang segala lenguh.. tapi esoknya sudah mahu jalan jauh lagi.. terkadang hati sangat redha.. pasti setiapkan ada seribu satu hikmah tersembunyi.. tapi rapuhnya jasad dan bisikan² syaitan membuatkan diri asik mengeluh.. dan hilang semangat.. manusia selalu begitu.. cuma mahu jadi positif dan balik berserah pada-Nya itu sangat sukar.. dan perlu selalu diingatkan..

Hari ini sempai pergi BUDAYA AL-QURAN.. sempat juga dapat secebis ilmu yang diingat² dan difikir² dalam kepala.. solat.. dan apa yang Allah ajar dalam solat yang kena kita buat bukan hanya buat dalam solat tapi kita amalkan dalam kehidupan... antara yang boleh saya ringkaskan disini:
1) Tepat waktu - Allah perintahkan kita supaya solat di awal waktu.. ada waktu yang telah ditetapkan.. maka kita ikuti... begitu juga kalau kita bekerja.. atau jika kita membuat temujanji..
2) Ada step by step yang perlu diikuti - rukun solat.. dan jika kerja kita ada standard procedure.. kalau tak tertulis atas kertas pon, pasti sendiri sudah tahu.. kalau kita memask di rumah juga pasti ada turutannya apa yang perlu diikuti..
3) Khusyuk dalam solat - maknanya kalau kerja juga perlu begitu.. bagi tumpuan sepenuhnya.. jika guru mengajar, sudah ada perkara² yang perlu diajar.. jika tidak buat, maka kuranglah keberkesanan P&P dan jika dalam solat kuranglah pahala..
4) Pelajari ilmu solat - kalau dalam solat kita kena sentiasa lengkapkan diri dengan ilmunya, contoh bacaan dengan tajwid yang betul, diingati dengan sempurna semua bacaannya.. jadi jika kita bekerja juga begitu.. kalau selalu kita buat surat, dari hari ke hari mesti kita mahu belajar untuk buat surat dengan lebih baik lagi.. atau macam saya, perlu sentiasa cuba untuk upgrade skil IT saya..

okeh.. itu antaranya.. ada yang ustaz cakap, ada yang saya fikir² untuk banding dengan kehidupan.. adakah bagaimana kita solat menunjukkan bagaimana kehidupan kita?? wallahualam.. tak pasti pula saya..
lagi satu yang ustaz sentuh adalah berkaitan dengan konsep team work.. dalam islam sebenarnya dah lama ada.. jika lihat dalam solat, Allah suruh solat berjemaah, saf yang dirapatkan.. menunjukkan ciri-ciri ini.. disiplin, bekerjasama.. barulah boleh menuju kejayaan - dalam azan ada sebut ini..

wah.. sudah lama tidak menulis sekali tulis panjang pula.. okeh.. gtg.. setiap yang baik itu dari Yang Maha Agung dan yang silap, yang lemah itu dari diri saya sendiri..

Salam akhir kalam (ayat k jun nih.. hehe)
:)

p/s nak ucap tahniah pada rakan² yang dapat baby baru.. siti haniza, yana, en muhad.. dan nak ucap tahniah juga pada semua rakan² yang berjaya dengan cemerlang dalam setiap yang dilakukan.. caiyok..

Tuesday, August 28, 2012

FIRAS, IZAM DAN RAYA

Ini anak saya.. yang belakang itu adik saya.. ini tema baju kami raya tahun ini.. dan angpau raya tu saja ditayangkan sebelum disepahkan sana sini.. (mama akan kutip.. dan selamat di tabung hajikan.. )

Beberapa hari sebelum kami bertolak tu adik saya ini ada dirumah saya.. itu yang menjadikan manja lebih dari biasa budak kecil ini dengan pakciknya.. dan izam ini pula memang disukai anak-anak.. sampai masa bertolak balik kampung pon boleh saja si kecil ini tidur dipangkuan cik jam nih.. hehe..

Terimbau saya kenangan silam.. nama izam nih, saya yang berikan.. yelah.. jauh juga beza umur kami.. dan waktu mak lahirkan dia saya dah bersekolah menengah.. itu yang saya berikan nama padanya.. adik lelaki saya ada 3 orang.. shahril, shahrizam dan shahrizal.. upppsss.. nama siapa yang ada 'y' ya.. hmmmm.. sudah lupa saya...

Alhamdulillah, Allah berikan adik² yang baik pada saya... dan boleh diharap juga untuk menjaga mak.. izam nih sudah bertunangan.. tak sempat pula saya bersua ju (tunangannya) raya yang lepas.. singkat sungguh waktu... berhenti dahulu.. nanti ditulis lagi.. Salam akhir kalam..

Friday, August 24, 2012

SALAM AIDILFITRI

Salam rakan-rakan,

hari ini, ketika ini, saya di opis.. sebelum ini, tidak mahu update blog.. bukan sebab masa.. bukan sebab 'M' yang sangat besar.. tetapi tiba² seperti hilang kata²... kehidupan saya seperti biasa... penuh dengan kegembiraan.. Alhamdulillah.. Dia memberikan yang terindah untuk saya.. Alhamdulllah.. sangat bersyukur..

Syawal kali ini kami sambut dengan tema purple di rumah ibu bapa saya.. sangat meriah dan penuh kegembiraan walau penat.. semua adik beradik saya ada.. gamatlah rumah nenek dan atuk dengan belasan orang cucu²nya.. ditambah 3 hero saya.. sempat juga pergi marhaban bersama mak.. dan raya kedua kami pulang ke kampung.. bertemu dengan 'mamang²' (istilah untuk pakcik² saya) dan 'obek' (makcik saya).. adik beradik emak.. sempat juga singgah di rumah 'wak' (abang abah saya)..

Raya kali ini, saya berjumpa beberapa orang yang dulunya saya jumpa dalam keadaan sihat.. tetapi kini terlantar sakit.. saya insaf.. rapuhnya jasad manusia.. dan Dia Maha Mengetahui setiap yang disuratkan-Nya.. bagi yang melihat, insafkan diri.. selagi boleh menjaga amanah yang diberikannya.. diri ini satu amanah.. jauhkan jika perkara boleh mendatangkan mudarat.. pemakanan perlu jaga.. kesihatan perlu jaga.. jika diberi ujian, itu normal.. tapi selagi mampu cuba jaga sebaik mungkin..

Banyak yang ada dalam kepala.. cuma.. sikit² sahaja mahu cerita.. nanti² saya menulis lagi..

Salam kalam..

Tuesday, July 24, 2012

RAMADHAN KALI INI

Salam pembaca blog saya...
Setiap Ramadhan episodenya berbeza.. saya juga begitu.. dan setiap hari dengan pelbagai ceritanya..

Ramadhan 1..
Tinggal Akif sahaja puasa.. Harraz dah buka jam 5.. merengek dan sudah tak boleh ditahan lagi.. berbuka di rumah ibu mertuaku.. tapi hari² kurang menarik kerana en suami tak sihat.. kasihan dia.. penangan aeon member day dan entah apa yg dimakannya...

Ramadhan 2..
Penat sungguh seharian nak memujuk budak² berdua itu.. yang paling memeningkan budak yang no 2 itu.. walhal tahun lepas bulih pula tinggal 3 hari sahaja.. yang lain penuh puasanya... akhirnya pukul 4 berangkat ke jusco.. opps.. aeon..en suami masih tidak sihat.. maka beberapa kali membuat pusingan keliling jusco... lollypop pon sanggat menarik dan sedap.. begitu juga roti coklat.. dan donut.. dan cistat.. haha.. budak².. layankan saja.. akhirnya kami buka di tempat ini:
Ini bukan gambar menu hari itu.. sudah tidak sempat ambil.. tapi basenya sama.. seafood nyer set.. sedap.. tapi over kenyang... tak habis pon kami makan berlima... berjaya puasa juga untuk Akif dan Harraz...

Ramadhan 3..
huhu.. sungguh laju memandu balik kerja.. banyak pula kereta slow... ramadhan bulan kesabaran.. sabar jelah.. sampai rumah, masak nasik ayam... cuma pukul 7.15 diduga lagi... tak sabar Harraz kehausan.. siap menangis.. menjerit... akhirnya... berjaya juga mereka...

Ramadhan 4..
Ya Allah permudahkanlah... semoga anak² akan dapat menahan puasa.. bersahur 5 orang.. penuh meja.. budak kecil 2 tahun itu pon bersungguh makan.. haha... tapi tahu.. "mesti yas tak pose".. mama dah siap gorengkan cekodok satu pinggan besar bawak gi taska... nanti makan dengan kawan-kawan seangkatan.. hehe..

Itu cerita Ramadhan saya.. bila malam saya sudah sangat letih... dengan anak-anak berpuasa memang sahur satu kewajipan.. jadi saya akan membuat onar di dapur seawal jam 4 pagi.. (huhu.. sori jiran².. suma saya kejutkan skalik..)..

:) Alhamdulillah..

Friday, July 13, 2012

HERO SPE'GETI

Salam rakan,

mahu tulis sedikit sahaja.. dan mahu tepekkan gambar yang saya sangat suka... ini 3 hero saya.. Akif, Harraz dan Firas..
merekalah yang buat saya pening.. dan buat saya ketawa.. yang peluk saya.. yang picit kaki saya kalau saya lenguh  (nih harraz yang rajin nih..).. yang merengek mintak saya bawak ke taman.. dan ajak saya jalan ke tesco atau jusco.. inilah mereka.. yang selalu tolong saya sepahkan.. dan kemas rumah... yang rajin tolong basuh pinggan..

pagi nih.. 6.20 am..  "Cuba teka mama masak apa?""Nasik goreng!" kata Harraz.. "Mihun goreng" kata Akif.. "Bukan.. bukan.." ujar saya... "Spe'geti.. spe'geti" kata Harraz.. "Abang cakap dulu.. " kata Akif.. (saya pon tak reti nak eja.. mengikut sebutan bebudak itu..) hahaha.. saya dan ayah diorang tergelak sahaja... spaghetti ler anak²...

hehe.. saya takde gegirl.. jadi 3 hero saya nilah yang saya harapkan untuk jadi anak yang soleh... Alhamdulillah.. Kau titipkan mereka padaku...

Tuesday, July 10, 2012

1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

Salam rakan-rakan,

dulu jika aku mahu updet blog.. selalu mahu letak gambar.. sekarang hampeh... malas sungguh aku... banyak faktornya.. tapi faktor itu tidak mahu aku jadikan alasan.. biarlah sekadar M itu sahaja yang besar... dan hari ini.. sebagai kuli di KPM maka aku secara tak langsung kena bersenam robik juga.. sesekali seronok juga.. cuma kena keluar pagi.. (hmmm.. mengeluh lagi.. dimana ikhlasnya??..) pagi² kami sudah berkumpul di padang... dan berbekalkan pergerakan instruktor itu, kami membuat senaman yang lebih pada ikut suka.. hehe.. akulah itu... entah... kurang selesa mahu berjoget sakan... banyak mata yang memandang (ada ker orang pandang??) cuma sbb aku tidak boleh menutup mata lelaki... jadi tak perlulah aku buka... (fahamkah??)...

aku ikut sedikit² sahaja... bukan atas faktor kesihatan.. cuma kerna aku kurang selesa.. pergilah perkataan 'sporting' itu.. bukan bererti aku tak buat langsung.. cuma agak terkawal pergerakan.. hehe.. ikut keselesaan sendirilah kan??... akif juga menghadiri aktiviti yang sama.. cuma yang bezanya, dia di sekolahnya dan aku di sini... pagi tadi sempat aku gorengkan ayam, nugget dan nasi goreng... harap² budak kecil itu bergembira menikmati sarapan paginya...

jika ada kemahuan pasti ada jalannya.. dulu, terasa tidak sanggup menyediakan sarapan... yelah.. mahu bangun awal dan bersilat pula di dapur.. kemudian bergegas ke tempat kerja.. balik rumah bersilat lagi untuk sediakan makan malam... tapi bila fikirkan semula.. memang terasa puas.. asalkan anak dan suami gembira menikmatinya.. Alhamdulillah.. terima kasih atas kekuatan yang Kau berikan... juga, aku amalkan Zikir Fatimah.. terutama bila gelodak hati berkecamuk dengan kemarahan dan keletihan... InshaAllah..

semalam pula.. melalui pemeriksaan kesihatan... jika mengandung memang kesihatan selalu diperiksa... tapi bila sudah pencen ini mestilah kena sentiasa mengambil kesempatan untuk membuat pemeriksaan.. bila saja aku terbaca.. memang mahu pergi... dan terima kasih pada kakitangan yang bertugas.. Alhamdulillah.. aku sihat sahaja.. gula 6.2.. tapi ambil lepas makan mee dan minum teh dengan bersungguh.. hehe... cuma bp aku agak rendah.. 90/60 sahaja.. asalkan aku terasa sihat dan tidak semakin menurun, aku ok..

akhir bicara, ada urusan perlu disegerakan.. dan masa itu untuk yang lebih penting...
salam akhir bicara, ampun maaf jika tersilap kata.. :)

Monday, July 9, 2012

KEMALANGAN

Salam pembaca blogku...

Hari ini, peristiwa dalam perjalanan ke tempat kerja membuatkan air mataku gugur.. begitu juga Gee yang berada disebelahku.. waktu itu kami berhenti kerena lampu merah.. aku masih teringat².. waktu itu, menggigil juga aku.. melihat seorang budak perempuan seusia anakku (mungkin..) dan seorang lagi perempuan, di bawah kereta kancil itu.. yang tidak berbaju sekolah itu kulihat bergerak.. keluar dari bawah kereta... cuma anak kecil itu, diam sahaja...

jarak beberapa meter kulihat seorang perempuan (ibunya barangkali..) menjerit "adik. adik.." sambil berlari mendapatkan tubuh kecil itu.. saat itu, air mataku hampir luruh.. orang sekeliling mula membantu mengangkat kereta itu.. dan sekujur tubuh itu didakap ibunya...

bunyi hon kereta belakang mengejutkanku.. lampu sudah bertukar hijau.. aku bergerak dan berhenti selepas lampu isyarat dihadapan untuk mengambil Ezzah.. hiba hatiku... aku pasti dan kuyakini setiap yang berlaku atas perancangan Dia.. aku tidak pasti apa jadinya dengan budak itu.. selamatkah dia?.. aku hanya mampu berdoa.. jika hidup adalah yang terbaik untuknya, Kau sihatkanlah dia..

persimpangan Taman Ampangan itu sangat bahaya.. sudah sangat banyak kemalangan berlaku di situ... jadi ingatan untuk aku yang melalui tempat itu saban hari.. dan jika anda juga lalu disitu, berhati-hatilah... dan jangan terlalu laju...

Ya Allah, waktu bertemu dengan Mu itu pasti.. semoga kami akan sentiasa mengambil ikhtibar atas setiap yang terjadi..

Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..