klik2..

Monday, February 27, 2012

SUDAH BERHABUK

Blog ini sudah lama saya biarkan berhabuk.. bulan yang agak sibuk.. dan saya juga malas.. dalam kepala ada banyak benda.. terutama macam² tutorial yang tak complete lagi.. nantilah...

Cuma mahu bagitau.. saya masih ada.. dan sihat walafiat.. nanti² saya update.. dan terima kasih banyak pada yang sudi menjenguk.. dan sudi follow... :)

Sunday, February 12, 2012

CARA MEMBUAT POM POM

Salam,

cara saya membuat pom-pom ini mudah sahaja.. mengikut apa yang dibuat emak dedulu.. mula-mula, saya cari kerusi yang mempunyai jarak kaki bersesuaian dengan panjang pom-pom yang hendak saya bentuk. Saya gunakan tali rafia yang biasa sahaja.
Saya baringkan kerusi, dan mula menggulung tali.
Gulung sehingga dirasakan sesuai untuk ketebalan pom pom yang hendak dibentuk. Pastikan tinggalkan baki tali dalam semeter.
Ikatkan pada satu hujung seperti di bawah.
Hanya pada satu hujung sahaja manakala satu hujung lagi dibiarkan.
Keluarkan dari kerusi. Ini bentuk yang terhasil.
Buka tali selebihnya dan gunakan kelebarannya untuk mengemaskan bahagian pemeganga. Gulungkan berkali-kali hingga kemas.
Inilah hasilnya untuk dijadikan tempat pemegang. Hujungnya perlu diikat kuat untuk mengelakkannya terbuka.
Hujung satu lagi digunting.
Inilah hasilnya.
Step terakhir dengan mencarikkan menggunakan garfu atau apa-apa yang tajam supaya ia akan menjadi halus. Pisau untuk membuang sisik ikan juga sesuai digunakan. Lebih halus pom pom, lebih menarik rupanya.
Selamat mencuba.. :)

Saturday, February 11, 2012

CARA MEMBUAT FOAM CAP

Salam,

baiklah... sudah lama gambar ini terpendam.. sekarang baru saya mengoreknya semula.. kerena saya teringat pada janji mahu membuatnya.. ok.. caranya juga tidak terlalu detail.. ini langkahnya..

Foam ini boleh dibeli di Jusco atau pasaraya besar yang lain. Dijual dalam gulungan lebih kecil dari manila kad. Harganya sewaktu saya membelinya adalah rm 5.90. Banyak juga cap yang boleh dihasilkan. Bergantung kepada berapa saiz cap yang hendak dibuat.
Kemudian, ambil topi dan buat ukuran pada bahagian visornya sahaja. Topi orang dewasa sudah memadai kerana foam ini sedikit akan mengikut bentuk kepala, jadi biarlah lebih besar dari kepala budak.. Potong seperti di bawah.
Untuk bahagian tepinya, saya gunakan eyelet plier. Saya buat lubang dahulu, kemudian klipkan eyelet.
Ini hasilnya. Kemudian, gunakan getah seluar saiz paling kecil dan potong mengikut kesesuaian kepala budak. Jangan terlalu ketat kerana foam mudah koyak.
Dan ini hasilnya dipakai oleh budak.. cuma ia tidak berapa tahan lasak kalau orang yang menggunakannya lasak.. cuma, ia lebih baik daripada manila kad.. dalam acara sukan sekolah sangat sesuai dibuat untuk budak².. nampak kemas..
Atasnya boleh dihiaskan sesuka hati.. selamat mencuba.. :)

Friday, February 10, 2012

ANAK BUJANG

Salam,
freeze moment kat depan jusco. saat menunggu pintu terbuka, saya biarkan mereka berlarian.. huhu... :)

Thursday, February 9, 2012

PAPER QUILLING : MAKING PAPER FLOWER III

Ini bunga kertas yang simple sahaja.. tapi lama juga saya cuba membuatnya.. ini pun belum cantik betul.. cuma mahu kongsi.. dengan rakan²..

Mula², saya potong kertas A4 kepada dua, saya potong lagi kepada 12. Maknany, saya lipat lagi dua kali, dan belah 3 menjadi 12 bahagian. Saya ambil satu bahagian, saya lukis seperti di bawah.. tiada menggunakan sebarang template.. free hand sahaja..

Kemudian saya guntingkan menjadi seperti ini.
Menggunakan quilling tools, saya masukkan daripada sebelah dalam pada hujung kertas tersebut. Kemudian, gulung perlahan-lahan.
Ratakan dan kemaskan sambil anda membuat gulungan.
Sehingga habis dan gamkan pada bahagian hujungnya.
Tadaa.. jadilah bunga anda.. dan hiaskan dengan daun serta perkemaskan hasil kerja anda. Anda juga boleh menggunakan gunting yang mempunyai corak untuk memberikan kesan bunga yang lebih menatik.
Selamat mencuba.. semoga membantu anda! :)

Wednesday, February 8, 2012

PAPER QUILLING : IDEAS

Salam,
Subhanallah.. bila Dia mahu memberikan sesuatu.. datangnya dalam pelbagai bentuk.. dari apa yang dilihat.. dari apa yang di tarikan pada jemari.. terhasil pelbagai bantuk.. dan Dialah yang menggerakkan semuanya... hati gembira.. nikmat diberi-Nya.. dan semangat mula berkobar.. mahu menghasilkan lebih lagi.. semoga kawan² juga dapat inspirasi bila melihatnya.. :)

Tuesday, February 7, 2012

PAPER QUILLING : MAKING PAPER FLOWER II

Pertama sekali, buatkan bulatan, mengikut saiz kelopak bunga yang hendak dihasilkan.. dalam kes saya ini, diameter bulatan tersebut adalah 6 atau 7 kalau gunakan pembaris bulatan atau 1.5 cm. Cara paling mudah, ambil botol apa² yang saiz muncungnya sesuai, gam sikit bahagian hujung kertas, dan gulung sampai habis 1 helaian (strip), gam lagi hujungnya. Saya pakai hujung botol gam (white craft glue bersaiz 120g).
Kemudian, sehelai strip kertas saiz A4 saya potong kepada 4. Ini hasilnya.. Biasanya kita akan pilih warna yang berlainan dari warna tadi untuk lebih cantik..
Strip yang telah dipotong 4 tadi dilipat pula kepada 2. Sama panjang.
Dengan menggunakan tools untuk quilling, masukkan pada satu bahagian hujung yang berlipat tadi. Mana² boleh, sama jer. Ikut arah mana kita senang buat pusingan.
Kemudian gulung, dua² sekaligus.. Tak perlu digam hujungnya.. free sahaja.
Buatlah sehingga mencukupi. Biasanya untuk satu kelopak dengan saiz yang saya buat tadi, saya akan gunakan 3 biji benda bulat nih. Kemudian sumbatkan dalam lingkaran bulat tadi. Dua di bahagian atas, satu di bawah.
Ini adalah, persediaan saya untuk buat kelopak² bunga saya.
Ini contoh kelopak yang dah siap. Biasanya saya akan gunakan 5 buah kelopak untuk hasilkan satu bunga.
Hasilnya... tadaa...
Format lain plak.. haha.. gambar ambil kemudian.. dah siap buat tutorial baru perasan takde contoh plak bunga yang sedang dibuat.. nih tak gam.. main susun jer.. :)

Monday, February 6, 2012

NEW GADGET PAPER QUILLING

Salam,
saya nih.. obses pada craft.. especially melibatkan paper, glue, scissor, felt, fabric.. banyak.. semua saya suka.. kirenya kalau saya bersara, hari-hari saya buat craft.. (mungkinkah??) hahaha... kirenya ayat nak menunjukkan saya sangat suka ler.. selain dari memasak.. sekarang saya terbayang² jer benda yang saya dah belajar dalam kelas masak haritu... maknanya, saya teringat pada slices cake, sponge mix etc..  haha... ok.. back to craft story, i share my passion with my SIL.. Nur yang banyak mengajar saya.. dan.. dia membantu saya mendapatkan ini..
thank you so much sis.. dan kami membeli sikat.. hehe.. kire macam comb quilling ler.. huhu.. ikut suka jer.. jumpa kat kat hot market... best... dah lama saya mengidamkan cutting mat nih... yang nur belikan nih sangat murah... seronok... Alhamdulillah..

dan.. dengan bersungguh saya testing buat apa yang lin ajar.. nak tau apa? sila klik sini.. huhu.. gumbira.. Alhamdulillah.. dengan izin-Mu, aku sangat bersyukur.. :)

February 2012 Blog Giveaway

Salam rakan²,
Jom ramai² join GA nih... kalau nak tau banyak pasal paper quilling nih, leh gi blog Lin nih.. kire otai ler nih.. memang cantik hasil kerjanya.. dan saya sangat kagum!.. huhu... :).. leh klik sini.. sangat mudah...

Sunday, February 5, 2012

BUAH ASAM GELUGOR

Sebelum menjadi asam keping, ini adalah buahnya.. selepas dicuci dan dipotong², buah akan dijemur dibawah panas mentari sehingga menjadi asam keping... saya suka jer tengok buah yang saya tak pernah nampak.. kat johor tak pernah pulak jumpa.. kat negeri sembilan nih saya kerja di kawasan yang agak jauh dari bandar.. jadi banyak ler bebuahan yang baru saya kenal.. hehe... :)

Friday, February 3, 2012

ADIK JUGA MAHU IKUT PAPA SOLAT

Gambar ini agak blur.. sebab amik tergesa-gesa.. dan saya resize kecil sahaja selepas saya crop.. yelah.. agak sexy juga adik yang comel ini...
Disebalik segalanya.. adalah kesungguhan mahu ikut solat.. itu rukuk.. saya sedang ajar dia perlahan²... bila lihat abang², dia memang teruja mahu mengikut.. walaupon terkadang memberatkan leher tika saya sujud.. huhu... waktu ini baru keluar dari toilet.. tidak sempat dipakaikan seluar lagi... tapi bila dia terpandang saya mensenap gambarnya.. terus tidak jadi ikut papa solat... adik.. adik...harap² adik rajin solat sampai bila-bila.. :)

Wednesday, February 1, 2012

Segmen Cerita Kreatif : Blogger dan Cermin mata


Jemali mengamuk sungguh.. kemarahannya meluap-luap.. habis kerusi meja ditendangnya.. sakit benar hatinya.. bukannya dekat perjalanan hendak ke bandar itu... hampir 40 kilo terpaksa meredah hutan belantara.. dah ler duduk jauh kat dalam hutan... keje jadi pembantu am jer... kena plak jauh dicampak...

"Penipu punya cina.. siap ler.. aku parangkan kau nanti..".. Cikgu Yakob yang baru habis mengajar berjalan pantas ke pejabat.. "Kenapa nih Jemali? Bawaklah bertenang.." tanya Cikgu Yakob.. "Macam mana saya nak bertenang cikgu... duit saya dah abes 250 nih... kena pulak tipu dek cina pekan tuh.. cikgu suruh saya beli spek kan... cikgu kata nanti senang saya hapdet belog saya.. dah tuh senang nak baca belog Ben Saari*.. saya pegilah... saya dah tanya spek tuh power tak... cino tuh kata power... balik.. balik saya test tak nampak pon tulisan kat kompiter tuh..." jawab Jemali.

"Bak sini saya tengok spek awak tuh..." kata Cikgu Yakob. "Inilah spek yang saya beli tuh..." jawab Jemali sambil menunjukkan spek yang hensem dibeli dari apek kedai cermin mata kat pekan...
(Ini gambar spek itu..)
(Ini pula gambar Cikgu Yakob..)
(pic Google)
*Ben Saari* ----> ini je yang Jemali nampak... kihkihkih...
Sekian, terima kasih..


KALAU DAH 'M' BESAR..

Tak mahu memberikan alasan.. hanya mahu membuat pengakuan... M sangat besar untuk menghapdet blog.. memang banyak yang ada dalam kotak fikiran.. dan banyak kali berfikir benda yang mahu dituliskan.. sambil mengharungi 45 km dari seremban ke kuala pilah juga saya berpikir²... bahan² yang mahu dihapdet.. tapi bila kepentingan lain didahulukan... maka yang tinggal... blog yang berdebu dek tidak dilap.. huhu...

Saya mahu menulis... mahu membuat tutorial yang banyak.. sebab saya lebih suka mencurah apa yang saya tahu.. gambar sudah ada.. cuma mahu tuliskan sahaja caranya.. hmmm... M besar... jadi terbengkalai.. sekarang juga saya ada projek untuk paper quilling.... mahu membuat sesuatu dengan scala besar... nanti.. hasilnya saya paparkan.. juga sudah pandai buat beberapa bunga kertas baru.. huhu...

Ini baru sahaja lepas makan pot luck.. sudah banyak kali makan² di unit matematik... jadi malam tadi sempat saya membaking Marble Cheese Brownies untuk mereka.. kemudian.. sempat juga saya buat spagethi untuk sarapan dan bekalan anak² dan saya... okeh.. M saya memang besar.. tapi M untuk menghapdet blog.. yang lain saya masih buat.. tangan saya masih rajin menggentel.. kerja² di rumah saya usaikan... kerja pejabat juga... cuma kalau mahu menghapdet blog.. kena ambil masa lain di sana sini.. huhu... hujung minggu ini mungkin...

* mahu berpikir di luar kotak.. bagaimana??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..