klik2..

Monday, November 29, 2010

BANTUAN - Lakukan yang termampu.. Moga Disembuhkan.. AMIN

Salam all,




saya panjangkan apa yang saya baca... moga bermanfaat.. seorang ibu pasti lebih memahaminya...

MANUSIA SENTIASA DIUJI, HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN HARI KITA
KAWAN SAYA MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI...

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM
Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan
dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed
Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang
40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana
tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.


Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa
anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana
kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada
darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa
yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya
rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja.
Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama
seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan
anak
mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan
anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan
yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin
dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang
mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi
belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang
dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air
liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman
pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor
sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak
bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana
dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana
kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang
menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna
tiub, tak tahu menelan...kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin
dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir,
begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini
adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana
Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian
dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak
saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah.
Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar
anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada
otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya
Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda
rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana
dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat,
pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini
saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian
amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah
maha mendengar doa dari hambaNya.


Solat Hajat


1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak'ataini lillaahi ta'aala.


2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi
1x,
dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.


3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta
hajat
kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.


Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu
sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi,
man
dzal-la-dzii yasy-fa-'u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya'-lamu maa
bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm
min'ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-'a kursiy-yuhus samaawaati
wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal 'aliy-yul azhim.


Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU
nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan
jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula
nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.

Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju.
Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat
saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula
ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan
jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher
dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan
melalui mulut.
Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan
dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU
kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.



Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk
menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah
atas ujian yang diberikan. Saya redha.


Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari
kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar
seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.


Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang
baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa
yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat
fardu dan solat hajat.


Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha
saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

semoga doa2 kita membantu Hana.. Amin..
-doamama-

THE BEST ENTRY WITH SINAR RAUDAH

Salam all,

Kalau rasa-rasa nak join leh ler klik sini... cuma due datenya dah nak sampai... esok malam... anyway.. nak try gak... sebenarnya baru terperasan kat blog k.suzie tadik..

First time bukak blog SINAR RAUDAH nih.. (hmmm.. raudah nih nama member dan anak member...)

Ok... so back to the GA...

Nih dia entry yang aku rasa paling best skalik...
 leh baca detail kat sini..

kenapa dengan entry nih???
bagi aku entry nih yang paling ikhlas... paling menggambarkan aku waktu tuh...
dan entry yang wat aku rasa paling puas... walaupon air mata aku mmg sukar nak ditahan setiap kali aku baca entry tuh tapi aku mmg bebetul rasa dekat ngan blog aku nih..

satu tahap pasti sebagai manusia akan mengalami kesukaran dan cabaran...
namun setiap dugaan itu pastinya hadir dengan hikmah yang berganda dari yang Maha Agung...
manusia yang mentadbir, namun Allah jua yang menakdir..

dalam hari menerima dan cuba menguatkan diri... berkongsi terkadang ubat terbaik untuk melegakan.. meleraikan rasa dihati yang terkadang menghimpit jiwa.. untuk yang sama menghayati entry aku nih... terima kasih banyak...

uish.. dah ke lain plak... untuk itu aku nak tag...

tu ler... tq all..

-mamamoodGA-

ANAK .. Bukan semua orang dianugerahkan..

Salam all,

betapa bersyukurnya aku... bila memikirkannya...
walaupon hanya lelaki² yang dikurniakan oleh-Nya..

kisahnya, sabtu lepas kami sekeluarga makan malam di sebuah restoran di senawang..
sehabis makan, tiba² seorang perempuan yang berjalan masuk ke dalam kedai bersama suaminya..
dari jauh dah tersenyum kepadaku..
aku balas senyumanya.. dalam hati.. 'rasa-rasa tak kenal perempuan nih..'..
dari caranya macam dia mengenali aku..

dia terus datang kepadaku sambil berkata.. 'boleh saya tengok dia sekejap'..
'ya??'.. dia mengulangi soalannya... 'boleh'.. balasku sambil menghulurkan Firas padanya..
'comelnya.. siapa nama dia?'.. seterusnya aku menjawab dan berbual mesra dengannya..

dari meja belakang aku mendengar suara suaminya memanggilnya..
dia menyerahkan semula Firas kepadaku dan mengucapkan terima kasih...

sebak hatiku... dalam dunia dimana ada insan yang tak tahu menghargai anak,
masih ramai yang seakan kurang mampu mengawal diri..
mungkin terlalu inginkan anak..

kasihan ku kepadanya... semoga Allah kurniakan wanita itu anak...
Amin...

oleh itu, jika anda memilikinya, hargailah... kerana ada insan yang sangat inginkannya...
tapi tiada..

-mamasayanganak²mama-

Saturday, November 27, 2010

Tertinggal kunci... RUMAH...

Salam all,
nih kes minggu lepas nih... ari Khamis..masa bih en hubby outstation plak...
fiza (adik sekerja) teman kan aku...
balik ke rumah plak naik WUE fiza...
masa berenti kat keta tuh dah terpk... apa nak amik ya...
sampai ke sudah x ingat...
tapi bila dah nak sampai ke rumah ( lagi beberapa km je)..
baru terpk...
waaaaaaaaaaa... nak buat camner...
nak gi amik balik mmg ilang akal ler.. nak dekat 50 km...
pastu nak balik semula???...
enup... tido umah MIL je... seb baik dekat ( 12 km jugak ler..)
tp ok ler dpd 100km gi balik amik..
mmg habis sejak beberapa bln lepas tinggal kunci dalam keta...
(tpt paking mmg selamat.. sbb dlm kaw kolej je..)
salah ker???
dimana tpt terbaik simpan kunci???
pengajarannya...
sedang aku pikirkan.. (haha.. bulih plak camtuh...)

-mamatghpk-

Giveaway Kecantikan #5 - by Ardini Humaira

Salam all,

huhu.. seb baik terperasan Dini nyer GA nih arini... sempat lagik nih..
walaupon dah lama follow + admire blog Dini nih tapi leh tak perasan plak...
kalau nak join masih sempat lagik nih...
cepat².. sebelum pukul 10 malam... klik kat sini...
especially untuk yang perempuan... siapa yang tak suka benda² untuk cantik nih kan...
hehehe...

anyway.. thanks to Dini untuk GA yang sempoi dan mudah nih...
mana tau kan... hehe..

-mamamoodGA-

KUNCI - dimana patut disimpan??

Salam all,

Selepas penat berfikir dan beberapa kali mencari sumber yang sesuai...
(macam-macam kaedah guna... comment entry yang lepas, borak ngan kengkawan, google...)

Aku rasa beberapa perkara berikut perlu diambil ingatan..
1) Pemiilihan kunci - carilah yang berkualiti.. cthnya : SOLEX dan bukan COLEX.. nih untuk keselamatan ler nih...
2) Wajib kena ada kunci spare - tapi jgn tinggal bawah pasu bunga, kalau nak tinggal gak carik tempat yang terpikirkan dek akal.. dalam kasut pon jangan (nanti kasut ilang, kunci spare ilang skalik).. yang terbaik, bagi pada jiran yang boleh dipercaya.. dalam kes aku, aku nak tinggalkan satu kat umah MIL aku..
3) Kunci kereta - jangan letak dekat dengan pintu sbb ada kes org pecah rumah untuk cari kunci keta.. pastu larikkan keta..
4) Jangan labelkan kunci anda - sbb kalau ilang orang tau mana nak cari rumah/keta tuh.. sbb dah ada label.. kalau nak labelkan gak pastikan yang kita je paham..
5) Jangan tinggalkan kunci dalam keta - sbb kalau keta ilang atau orang pecah keta mmg ilang ler kunci kita.. so.. skang ada satu beg Milo (dapat free ntah biler) dalam handbg aku.. khas untuk 3 kunci.. kunci umah, kunci keta ngan kunci opis... (jangan ler handbag lak ilang.. minta dijauhkan)..

so... tu ler antaranya.. kalau rasa-rasa ada benda2 yang boleh ditambah, komen jerlah kat sini.. hehehe... sangat dialukan..

-mamapk-

Friday, November 26, 2010

CARA MUDAH DAN MURAH HAPUSKAN NYAMUK

 Salam all,


mari kita sama-sama cuba untuk menghapuskan nyamuk..

CARA MUDAH DAN MURAH MENGHAPUSKAN NYAMUK

Nyamuk cukup mengganggu dan sangat berbahaya
sebagai penyebar berbagai penyakit dan menyebabkan kematian.
Cairan pembunuh serangga di pasaran kurang
efisien dan bahkan membawa kesan sampingan
yang serius.

Berikut ini cara MUDAH dan MURAH yang
boleh dicuba.

Yang diperlukan :
- 200 ml air
- 50 gram gula merah
- 1 gram ragi 
- botol plastik 1,5 liter

Langkah-langkah membuatnya

1. Potong botol plastik di tengah.
Simpan bagian atas/mulut botol.



2. Campur gula merah dengan air panas.
Biarkan hingga campuran sejuk dan kemudian tuangkan
di separuh bagian potongan bawah botol.



3. Tambahkan ragi.
Tidak perlu dikacau.
Ini akan menghasilkan karbon-dioksida.



4. Pasang/masukkan potongan botol bagian atas
dengan posisi terbalik seperti corong.



5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam,
kecuali bagian atas, dan diletakkan di beberapa
sudut rumah anda.



Dalam dua minggu, anda akan melihat jumlah
nyamuk yang mati di dalam botol.



Selain membersihkan habitat mereka,
tempat berkembang biak nyamuk, kita dapat
menggunakan cara yang selamat ini di
di sekolah-sekolah, hospital dan rumah.

(Sebarkan kepada rakan-rakan supaya nyamuk dapat dihapuskan)


-mama-

Thursday, November 25, 2010

Hukum Binaan Di Atas Kubur?

Salam all,

mari kita sama-sama menkajinya...

Hukum Binaan Di Atas Kubur?

by Yie's Black on Tuesday, November 23, 2010 at 1:04pm

Telah diharamkan oleh syara menghias, membuat batas, meninggikan tanah di atas kubur, memayungkan, mendirikan kubbah, bangunan, menulis apa pun tulisan dan mengecat kubur berdasarkan hujjah syara dan fatwa Imam as-Syafie rahimahullah:

Dari Abdullah bin Hasanah berkata: Aku lihat Uthman bin Affan radhiallahu anhu memerintahkan agar diratakan kubur. Maka dikatakan kepadanya: Ini kubur Ummu Amr binti Uthman, maka beliau menyuruh agar diratakan (tanah di atas kubur tersebut). (Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam (المصنف) 4/138. Abu Zarah dalam (تاريخه) 2/66, 2/121. Sanadnya sahih dari Abdullah. Dan telah diwaridkan oleh Ibn Abi Hatim dalam (الجرح والتعديل) 3/81-82.)

Dari Abi al-Hayyah al-Asadi berkata: Berkata kepadaku Ali bin Abi Talib: Tidakkah aku mengutus engkau atas apa yang telah Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam mengutusku? Janganlah dibiarkan satupun berhala kecuali engkau menghancurkannya dan tidak dibiarkan sebuah kuburpun kecuali engkau meratakannya. (H/R Muslim, 3/61. Abu Daud, 3/70. an-Nasaii, 1/285. at-Turmizi, 2/153-154. al-Bahaiqi, 4/3. at-Tayalasi, 1/168. Dan Ahmad (741, 154). Ada beberapa jalan pada Ibnu Abi Syaibah, 4/139 dan at-Tabrani dalam (الصغير) hlm. 29.)


Berkata al-Allama Imam al-Baghawi rahimahullah:

Dilarang (diharamkan) dari meletak payung di atas kubur, kerana Umar radhiallahu anhu setelah melihat payung di atas kubur maka beliau menyuruh agar dibuang payung tersebut dan berkata: Biarkanlah amalnya yang memayungkannya.

Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah (beliau salah seorang dari kalangan ulama besar as-Syafieyah) menjelaskan dalam kitabnya (المنهاج) bahawa Imam as-Syafie telah berfatwa:

Dibenci mengapur, membaca dan menulis tulisan di atas kubur, samada menulis namanya di atas batu di sebelah kepalanya atau di tempat-tempat yang lainnya.


Semua fatwa-fatwa tentang larangan tersebut antaranya berdasarkan hadis sahih:

Dari Jabir radhiallahu anhu berkata: Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam telah melarang kuburan dikapur, diduduki atasnya, didirikan bangunan di atasnya, ditambah atau ditulis di atasnya.

Setelah berpandukan hujah-hujah syara dan fatwa Imam as-Syafie, maka Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan:

Dilaknat pembuatnya (orang yang bersolat, membina masjid atau binaan di kuburan), wajib bersegera merobohkannya dan merobohkan kubbah yang dibina di atas kubur kerana membinanya lebih bahaya dari masjid ad-Dirar yang dibina kerana bermaksiat terhadap Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam yang mana baginda telah melarang dari melakukan yang sedemikian.


Imam an-Nawawi rahimahullah dari kalangan ulama besar as-Syafieyah juga telah melanjutkan fatwa Imam as-Syafie yang berkaitan dengan hal ini:

Tidak dibolehkan bertawaf di kubur Nabi sallallahu alaihi wa-sallam, dilarang meletakkan perut dan dada ke dinding kubur. Abu Ubaidillah al-Hulaimi dan selainnya yang mana mereka semua menjelaskan fatwa Imam as-Syafie: Dibenci menyapu dengan tangan dan mengucup kubur Nabi.

Jika di kuburan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa-sallam dilarang dari bertawaf, merapatkan perut dan dada maka di kubur-kubur lain tentu diharamkan juga.

Wallahu 'alam..

Jika anda fikir note/catatan ini bermanfaat, sila klik share/kongsi. Terima kasih.

-mama-

Wednesday, November 24, 2010

Al-Fatihah - Takziah

Salam all,

Semoga arwah ditempatkan disisi hamba-hamba-Nya yang soleh. Sedih baca.. tapi kehidupan manusia yang kerdil ini tertulis mengikut qada dan qadar yang Maha Kuasa.. moga damai di sana..

Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Aishah.. ceritanya yang masih boleh kita lihat di sini..
Melihat gambar 3 kembar perempuan itu buat aku terharu...
hampir menitik air mata... tapi semuanya ketentuan Tuhan..

Berita ni dapat dari Abg Ben dan Mrs Bubu..

-mamasedih-

PEREMPUAN - AURATMU YANG WAJIB DIJAGA

Salam all,

maklumat berguna yang boleh dikongsi bersama.. dan semoga sy juga boleh mengikutnya.. Ya Allah berilah kekuatan... Amin..

 

MUSLIMAH !!! AWAS !!!!!! 13 AURAT MU YG WAJIB DI JAGA..

by شوهدا موجهده on Friday, November 19, 2010 at 11:30pm
Untuk dikongsi bersama..... .......

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

...........................................................................................
Syuhada Morris Abdullah
19 november 2010
3.00 am..

sumber : facebook

-mama-

Tuesday, November 23, 2010

Lelaki Oh Lelaki..

Salam all..

kejadian Allah... memang lelaki lebih kuat...
lebih berkemampuan berbanding perempuan...
kudrat itu...
memang takkan sama..

jadi kalau perempuan itu...
mengharapkan lelaki itu...
lebih dari yang mampu dilakukan oleh perempuan itu...
tidakkah wajar???

tetapi lelaki itu, jika terlalu banyak perempuan seperti itu,
yang berharap padanya...
tercapaikah tangannya...

memang sunnah itu untuk 4...
tetapi syarat dan perinciannya yang lebih penting...
jangan hanya yang itu saja sibuk mengikut sunnah...
yang lain punah...

hidup perempuan itu, jika dia seorang isteri..
adalah ditangan seorang LELAKI...
yang namanya... SUAMI...

oleh itu, jika ada lelaki+suami...
ingatilah, apa yang isteri anda sedang buat... tika ini...

-mama-

FiRAs.. MamA DuKUng

Salam all,

bby sy Firas dah 8kg lebih dah skang nih... walaupon nampak kecik jek... huhu...
dah dekat 6 bulan dah umurnya...

camner sy dukung bby sy yang montel nih... so sy gunalah sling yang sy ikat sendiri...
masa akif dulu memang dah ada semuanya.. stroller... baby carrier.. tapi diorang nih x reti dok diam..
asyik nangis je kalau dah dok dalam tuh... tuh yang malas nak guna.. suma dok dalam stor je...
so... sy beli kain 5.5m (panjang sangat tinggalkan 4.5m jer).. potong dua dan ikat..
camnih ler rupanya...
Firas memang suka dok dalam tuh... kalau gi shopping dukung jer..
tido dalam tuh pon dia selesa.. huhu... bebiler eh wat tutorial camner nak ikat...
memang kuat.. selamat dan best biler dukung bby tuh...
rasa dekat ngan budak, selamat.. dan part paling best...
dua2 tangan free..
tuh yang leh buat kek tuh...
hehe...

-mamadukungfiras-

cAKe ChOcOlaTe MoISt,,

Salam all,
layan pic dulu..

huhu... project last week...
start from thursday night buat 2 biji kek... untuk anak-anak tersayang...
Akif yang ada pot luck utk last day school.. so mama pon watkan ler..
then Harraz pon nak gak nak makan ngan kawan-kawan taska...
enn up ngan mama wat 2 biji kek malam tuh...
early friday morning letak topping.. siap tabur choc rice.. hehe.. bg comey sket...

papa yang tgk mama wat tanya plak... 'utk papa takde ke'..
so right after amik diorang friday afternoon tuh mama gagahkan gak kacak lagi satu...
ala.. bukan lama sangat... 10 minit kacau + kemas then an hour utk kukus..
ayah rasa dulu... pastu bg kat jiran sblh sket.. (kes pulangkan pinggan ler nih..)..
tinggal 3 slices... makan ngan budak2 petang tuh terus abis...

sian plak biler diorang dok tanya lagi...
so ari ahad sambil ma dukung firas tuh leh kacau lagi satu...
baru puas diorang makan... tapi x sempat bertopping lagi ler... hehe..

wahh... 4 biji kek choc rupanya...

camner ma buat???
senang je...

Kek Coklat Moist D'Ros

Bahan-bahan:
Tepung D'ros..
Telur 4 biji - size sederhana
Minyak masak
Susu pekat manis 
Air mendidih

Cara-cara:
Pukul telur 50x.. pakai whisk je... takyah guna mixer (kes malas nak kuarkan ler nih..)..
Masukkan tepung D'ros tuh...
Masukkan 3/4 cawan air mendidih, minyak masak dengan susu pekat manis..
Kacau sampai sebati.. tuang dalam loyang yang dah disapu minyak dan tabur tepung (xnak melekat)..
Kukus 1 jam...
Gerenti masak dan sedap..   
*dalam tepung tuh dah ada cocoa utk topping skalik... memang senang... tinggal campur minyak ngan susu je..

Sedap dan senang.. thanks kak ros... buat tepung yang memudahkan kitorang yang malas rajin nih...
hehe...

-mamatimerajin-

"THE BEST MOMENT OF WEDDING" by littlepreciousphotography

Salam all,
walaupon dot tag untuk contest lain tapi tergerak plak join yang nih...

senang je nak join.. klik sini..

Cantik2 gambar dalam blog nih... bilerlah nak jadik cam diorang nih... walaupon ada dslr tapi still x pandai guna... malas rajin sangat nak belajar... hehe... (hubby dah banyak kali bebel... suh blaja)...

anyway, nih pic yang diingati (sangat diingati)... huhu...




saat-saat hubby membacakan lafaz taklik (betul ke??) 6 tahun yang lalu...
syadu beb... waktu tuh kena pulak nikah kat rumah tok kadi.. (dah arwah dah..)..
sbb nyer arwah tuh dah sakit-sakit time nak nikahkan kami...
best pren abah tuh...

hmm... sebak plak rasa... tiba2 tokleh lak nak nulis panjang...

-mamaterharuplak-

Thursday, November 18, 2010

aKU tERkEDu... tERkEJut... gUmBIra..

Salam all...

mesti pelik kan??... tajuk entry aku nih...
AKU EXCITED GILER...
dan semangat nak nulis blog terus berada di tahap yang tertinggi...
NAPE???...

sbb... ABANG BEN ada comment kat entry aku yang kat bawah tuh!!!!..
huhuhu... hahahaha... mestilah aku gumbira... dulu masa KAK SUZIE comment entry aku pon aku dah rasa gumbira sesangat...
3 blogger yang aku salute giler dan sentiasa aku follow...
- ABANG BEN
- KAK SUZIE
- ABANG MAT GEBU

pastu siap ABANG BEN tuh jadik aku nyer follower yang ke 57 lagik...
memang ler aku terkedu...

aku cuma blog kecil yang nulis biler aku free.. (alasan jer... hendak seribu daya)...
tapi ada cita² yang besar... dan sejak beberapa minit lalu cita² aku bertambah besar...
hehe... Insyallah...

thanks to ABANG BEN for your support...

semoga orang takkan boring baca omelan aku nih...
cam aku yang tak pernah boring baca omelan diorang...

-mamaexcited-

Kenapa lelaki jer asyik dipersalahkan - By AbAnG BeN

Salam all,

Antara blog yang aku sentiasa follow.. blog ABG BEN..
dan tertarik aku nak comment panjang apa yg abg ben tuliskan...

hmm... pengalaman aku... ada lelaki yg mmg saja jer nak ikut suka ati dan kepala otak sendirik...
tak cukup ngan sorang... padahal yang sorang tuh dah hampir sempurna.. (manusia mana ada sempurna kan??)..
tapi kalau dah muka cantik, perangai baik... bersyukur sangat ler...
nih tak.. masih carik lain...

dan perempuan itu.. (merujuk kepada perempuan2 baik yang ramai di luar sana....)
memang sangat setia.. terkadang dah tau lelaki itu *$@#$%...
namun masih tetap menyinta...
masih tetap setia...
dengan harapan lelaki itu akan berubah...

tapi lelaki yg tak reti bersyukur itu tetap begitu...
kalau sudah jadi tunangan.. sudah jadi suami... x wajar hanya 5% je kepercayaan...
sbb tu perempuan sanggup menderita..
dek lelaki yang ntah hapa2...

namun bukan semua lelaki begitu...
manusia tak kira lelaki dan perempuan pasti pernah menipu...
cuma menipu dan setia itu berbeza..
jadilah lelaki.. yang menghargai wanita...
dan meletakkannnya pada darjat yang sesuai..
jangan disakiti.. (bukan fizikal shj.. tapi mental dan emosi sekali..)..

terkadang aku terjumpa...
lelaki yang tidak matang...
mahukan semua... walhal bukan hak..
kerana tiada kemampuan...

jadi fikirkanlah...

semoga aku dijauhi dari lelaki seperti itu...
dan semoga 4 lelaki dikelilingku..
tidak menjadi lelaki begitu...

-mama3lelaki-

Wednesday, November 10, 2010

Hari ini 10 November 2010

 Salam all,

Satu hari lagi aku..(kami kot lebih sesuai) berkampung dalam Bilik Mesyuarat nih...
membincangkan takwim yang banyak masalahnya... hmmmm...
semalam dah amik sick leave...
tak larat tol... dengan demam dan sakit kepala...
biasalah kalau dah jadi mak orang nih...
bila anak2 tak sihat endup dengan mak budak pulak tak sihat...
cabaran tu... Alhamdulillah...

Misiku hari ini .. preparation utk bengkel Scala...
Aku bersyukur .. dah makin sihat harini...
Aku mengenakan .. kurung pahang purple putih ngan tudung warna sama ...
Aku merasa .. boring.. malas sikit nak terlibat dalam perbincangan ini...
Aku mendengar .. suara bos2 tak setuju dengan prog unit math..
Gambar ini .. harraz atas sejadah... ntah bila gambar ni diambil... cuma sejuk mata memandang.. huhu..
-mamabosan-

Tuesday, November 9, 2010

S.A.K.A

Salam all..

Saja nak dengar pendapat kengkawan yang pernah atau sedang mengalaminya...
Arinih terpikir nak google pasal benda nih...
Since... ada kaitan dengan kami sekeluarga... (mi famili bukan hubby)..
So arini sy study sikit kat sini..
Skang nih nak carik penawar²... maksudnya ayat² dalam quran yang perlu diamalkan hari²...
Dan... azam yang kuat nak jaga solat.. (kengkadang terikut gak godaan syaitan yang direjam tuh!!)..
Nak banyakkan zikir...
Doakan sy ya...
Dan kalau ada info berguna/pengalaman, share lah dgn saya... just paste the link in the comment box..
Moga Allah permudahkan urusan sy dan kita semua...
Amin...

-padamutempatberserah-

Monday, November 1, 2010

Hari ini 01-11-2010 + Konsert Akif

Salam all...
waaa... sangatlah letihnya hari ni (camner ni??.. baru sampai opis dah letih???)...
hmmm... dengan Akif yang x bape sihat dari sabtu.. pastu sabtu tuh dia ada rehearsal plak untuk konsert..
petangnya gi tesco bli barang umah... malam ayah tgk bola.. (sian ayah N9 kalah... takpe.. taun depan leh cuba lagi...)
Pastu semalam pagi gi umah MIL.. petang tgk konsert akif... best tgk anak bujang aku tuh menari... 

(x test link nih...) almaklumlah... byk kena block... hmmm...

Di luar sana .. cuaca cerah... dan sunyi...ada sikit cam nak ujan...
Misiku hari ini .. menyiapkan laporan...
Aku bersyukur .. lelaki itu yang diberikan Allah untukku... tq hunie...
Aku mengenakan .. kebaya pink nak ke maroon kot...
Aku merasa .. sedikit letih dan kurang bermotivasi... sbb isnin ke??.. lapar laktu.. semua cafe tutup.. kena gi carik makan jauh ler arinih...
Aku mendengar .. bunyi aircon je... bunyi pintu dibuka.. kat sblh.. tech baru sampai kot..
Gambar ini .. gambar lama dah... tapi aku amik sbb semalam firas pakai bju yg sama... huhu... capatnya besar budak montel tuh....
ok... gtg.. nak menyiapkan 1 report sblm gi bfast...
-laparnya...-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..