klik2..

Tuesday, November 24, 2015

FREEMARKET dan AKAK..

Assalammualaikum..

Terlebih dahulu akak mohon maaf.. banyak sangat comment yang akak tak tengok kat blog ni.. maafkan akak.. terutama yang nak minta soalan peperiksaan.. dulu ada je masuk kat email akak.. ntah nape sekarang takde.. maafkan akak..

Tapi akak nak cerita tentang freemarket.. akak bukan sesiapa.. baru belajar untuk buat.. belajar untuk urus.. tapi akak ada pendirian sendiri.. bila akak buat FM akak nak FM tu dibayangkan sebagai free.. percuma.. dan.. akak tak suka banyak karenah.. akak taknak buat sorting orang.. akak taknak bagi pada orang tertentu sahaja.. akak taknak.. akak tak menilai orang.. akak tak tahu baca berapa gaji daripada baju yang dipakai.. akak tak nampak berapa orang anak kat rumah daripada seorang perempuan.. akak tak boleh nampak ke syurga atau ke neraka bila sorang perempuan datang masjid tak pakai tudung.. akak tak boleh.. akak tak nampak.. dan akak taknak nampak..

FREE itu PERCUMA.. dan akak tak paksa untuk buat donation. Menderma juga ikhlas dari hati.. jadi macam yang akak sebutkan kalau bersama akak kena berpegang pada itu.. jangan menilai orang.. kalau orang berebut ambil atau dia cuba ambil lebih pasti ada sebabnya.. Mementingkan diri? Tamak? Layak ke kita cakap macam tu? Diri sendiri pon jauh lebih hina dari batu di tepian jalan. boleh ke cakap macam tu? tahukan kita apa yang tersirat.. Berebut kerana ada 5 mulut yg dah lama x makan lauk.. hanya nasi dengan garam.. bila dapat beras adalah sedikit duit buat beli sayur.. ada rasa tak bila akak tulis begitu? Jika tiada check hati sendiri.. hati akak hitam.. memang hitam.. semoga Allah mudahkan akak untuk putihkan.. ni dalam proses.. tengah buat persediaan.. tiada apa nak dibawa bila mengadap NYA nanti..

Syarat kalau nak menderma atau terlibat.. jangan JUDGE.. jangan buat PENILAIAN.. itu serah pada Allah.. serah pada DIA.. bukan hak kita.. kalau nak tapis2.. nak sort2.. tu akak biarkan orang lain buat.. banyak lagi jabatan.. bukan akak buat..

FREEMARKET untuk semua.. tanpa kira golongan mana.. Kalau kaya tak boleh pergi FREEMARKET? tak boleh ambil apa2.. siapa cakap? kalau perlu ambil.. jika tak jangan ambil.. AMBIL KERANA ALLAH.. selebihnya serahkan.. serahkan pada DIA..

-Akak-

2 comments:

Unknown said...

Kak Effi, kuatkan semangat ye. Biarlah orang cakap apa pun, yang penting Allah tahu niat kita. Pada yana, setiap kali yana join FM, yana berdoa agar ia menjadi saham akhirat buat kita semua, tak kiralah samaada kita ni organiser, penyumbang, pengunjung etc. Betul kata akak, kita tiada hak untuk menilai. Jom, sama2 kita tambahkan saham akhirat :)

Anonymous said...

Tahniah puan...saya suka pendirian puan...siapalah kita untuk menilai kejujuran seseorang...serahkan sahaja kepada Allah SWT...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..